Bab 10(Tamat Siri 1)

74 3 0
                                    

INNOCENTanakMama
#Bab10
#ByRNY@2018
Con Jun2019

Tanak duduk bersandar di salah satu pokok getah. Terlalu penat...Setiap hari menjaga nenek dan datuk tiri yang uzur.Memandikan mereka, menukar lampin seperti bayi, memberi mereka makan dalam masa yang sama menjaga adik-adiknya dan menoreh getah selepas masa persekolahan dan hujung minggu, mengangkat karung penuh dengan getah skrap dengan tubuhnya yang kecil dan kurang rehat itu untuk mencukupkan perbelanjaan mereka. Sudah 3 bulan mereka terbiar tanpa perbelanjaan yang cukup, langsung tidak dijenguk oleh bapa dan  ibu tiri mereka walau sesaat.

Hidup menumpang di  rumah dan kampung orang. Pelbagai tomahan daripada orang kampung. Mereka anggap mereka ini bagaikan pelarian. Semua ini memenatkan Tanak. Dia mendongak ke awan dan mula menangis..Dia rindu sangat dengan mendiang ibunya.

"Mama!Mama! Huhuhu...Tanak penat. Tolong Tanak...Tanak penat sangat. Kalau bapa tidak mahu kami, bagus lagi mama ambil bawa kami semua tinggal dengan mama.Tanak penat...huhu"

Tanak sangat lemah dan berputus harap. Matanya fokus ke satu sudut di kebun getah yang banyak cendawan merah.Dia masih ingat pernah sekali bapa dia larang menyentuh cendawan itu kerana katanya beracun.

"Bagus lagi kami semua mati. Biar kami tinggal dengan mama. Bapa tidak mahu kami lagi.Tanak penat.Tiada guna lagi hidup di dunia kalau tiada siapa yang peduli."

Tanak memungut cendawan merah beracun itu dan membawa pulang. Dia masak bubur nasi dengan cendawan itu dan membawa ke tiga orang adiknya makan bubur itu bersama-sama.
"Apa ni kak, macam pelik saja rasa ni bubur" kata Ones.
"Makan sajalah, takkanlah kakak bagi kamu makan yang tidak bagus"

Selepas beberapa minit siap menyuapkan bubur itu, Ones adalah orang pertama pening, Tanak mula risau dan susah hati.Dia mula menyesal dengan apa yang dia lakukan apabila melihat seorang demi sorang adik beradik dia jatuh tidak sedarkan diri.Sehinggalah adik kecil mereka Ichi mula menangis katanya, "Kakak! Kenapa ni pening, Ichi mau muntah"

Tanak berlari dapatkan Ichi dan cuba mengorek kerongkongnya agar Ichi termuntah. Tetapi Tanak sendiri pun terasa seperti di awangan.Pening yang teramat sangat lalu terjatuh. Ichi mungkin hanya makan sedikit jadi hanya rasa pening tetapi tidak terjatuh.Dia teriak-teriak menangis. Tanak mengagahkan diri melawan kesakitan dada lalu menghulurkan tangan cuba mencapai Ichi untuk menenangkannya tetapi gagal, dia tidak bermaya lagi. Hanya samar-samar kedengaran suara tangisan Ichi lalu akhirnya hilang.

Tiba-tiba Tanak melihat dirinya bepakaian serba putih.Sedang berjalan di atas permukaan seperti awan. Sejuk tetapi tidak menyakitkan tulang. Dia berjalan ke hadapan. Fikirannya kosong. Dia hairan dan berjalan sahaja ke hadapan tanpa tujuan. Akhirnya kelihatan daripada jauh seorang wanita berambut panjang. Berpakaian seperti puteri salju.Putih, bersih dan berhiaskan kelopak bunga mawar merah yang sangat harum. Wanita itu tersenyum dan menghulurkan tangan seperti mahu memeluk Tanak. Tanak mengenali wanita itu.Wanita yang dia sangat rindui. Tanak berlari menuju ke arah wanita itu.Mendakap erat dan mengucup pipinya sambil menangis.
"Mama! mama...Tanak rindu mama" sambil menangis teresak-esak.
"Ia Innocent Tanak mama. Ini mama. Mama pun rindu kamu juga."
"Mama, Tanak mahu tinggal dengan mama."
"Mama pun mahu kamu tinggal dengan mama tapi belum masanya nak. Pulanglah. Adik-adik kamu perlukan kamu nak. Berikan ciuman mama untuk mereka."
Kabus Tiba-tiba menutupi tubuh Emelda.Dia melepaskan pelukan dan tangan Tanak. Berundur seperti dibawah pergi oleh awan yang bergerak . Hanya senyuman dan lambaian yang kelihatan semakin lama semakin hilang.
"Mama!!!!"
"Tanak, Tanak..tenang Tanak. Ni kakak Grace ni. "
Tanak membuka mata perlahan-lahan. Dia terkejut dan hairan.Dia diam sebentar. Cuba mengingati saat terakhir  sebelum dia berada di katil hospital. Grace memeluk Tanak dan menangis.
"Ko ok kah ni Tanak?"
Tanak teringat tangisan Ichi yang terakhir dan bayangan adiknya satu persatu terkulai layu di atas lantai dan di hadapan mereka ada mangkuk bubur cendawan merah.

INNOCENTanakMama(COMPLETED S1)Where stories live. Discover now