Bab 6

46 4 0
                                    

#INNOCENTanakMama
#Bab6
#ByRNY@2018
Con Jun2019

Semakin lama semakin ketara Manis cuba menggoda Martin. Dia semakin merapatkan diri dengan Innocent dan adik-adiknya. Apa lagi sekarang dia sudah berhenti sekolah kerana menjaga ibunya yang sedang terlantar sakit di dalam rumah.
Manis selalu memungut pakaian kotor Martin dan anak-anak untuk dicuci, menghantar lauk kepada mereka siang dan malam dan membersihkan serta mengemas rumah mereka. Lagipun Innocent sibuk belajar dan menghadiri kelas tambahan untuk persediaan UPSR.
Innocent dan adik-adik berasa amat selesa dengan bantuan Manis itu. Begitu juga dengan Martin.
Manis selalu berada di dalam rumah sewa mereka sehingga keadaan itu menyakitkan mata kejiranan dan adalah yang mungkin tidak tahan hati membuka mulut kepada ketua kampung.
Satu malam aki ketua kampung datang mengunjungi Martin di rumah sewa.
"Eh, kamu pula ni Kotua Kampung. Masuklah."
"Ia bah.Torima kasih."
"Apa hajat kotua kampung datang ni? Pasal tu projek? Kalau pasal tu ada beberapa minggu siaplah tu."
"Bukan bah Martin, ni ada orang kampung tidak berapa sanang nampak kamurang rapat sangat sama si Manis. Inda juga salah tu sebab ko pun duda, si Manis pun bujang. Macam ni, apa kata kalau kamu kahwin saja dengan si Manis. Lagipun kasihan juga si Manis tu. Mama dia sakit, bapa dia pun sudah tidak boleh nampak sebab telampau tinggi kancing manis. Sewa rumah ni saja sama bantuan kebajikan bikin dorang makan. Kalau ada kamu kali bolelah kamurang tulung menulung."
"Eh, sya bukan apa Kotua kampung. Muda betul ba si Manis tu. Sagan pula sya mau tanya kalau dia suka sya kah inda"
"Bah sya tulung ko tanya dia. Kalau si Manis sama koluarga dia suka, kita jangan kasi lama. Lansung saja. Lagipun dia biasa sudah juga sama anak-anak kau kan"

Selepas 3 hari, si Manis sudah bagi jawapan yang dia setuju terima si Martin. Innocent dan adik-adiknya pun gembira sebab selama ini Manis sangat baik sama mereka. Martin membawa Manis balik kampung berjumpa dengan ibunya. Ibunya tidaklah melarang sebab mungkin itulah yang terbaik untuk cucu-cucunya. Tidaklah dia risau sangat.
Martin dan Manis melangsungkan perkahwinan mereka. Innocent telah dihantar ke kampung neneknya kerana dia terpaksa berada di sekokah lamanya untuk menduduki UPSR. Martin, isterinya Manis dan adik-adik Innocent tinggal bersama mereka.
Projek mini dewan telah selesai tetapi dia terpaksa tinggal di rumah Manis kerana dia tidak boleh tinggalkan ibunya yang terlantar kena strok dan bapanya yang semakin hilang penglibatannya kerana kencing manis. Martin kini tiada pekerjaan.
"Apalah saya mau buat ni kalau kau suruh sya diam di sini saja Manis?"
"Larr ada tu kebun getah di kebun belakang rumah ni tu, toreh sajalah.Kan Manis sorang saja anak mama bapa, itu semua tanah Manis.Toreh saja.Kalau tidak mahu pun tidak apalah. Tinggalkan saja Manis. Manis sanggup bercerai daripada tinggalkan mama bapa Manis."
"Ehm bah, macam mana lagi kan."
Martin terpaksa akur dengan kata-kata isterinya yang cantik, muda dan lemah lembut itu kerana takut sekali lagi kehilangan teman hidup.
Hari demi hari, keadaan ekonomi semakin merundum. Martin bukan pernah menoreh getah, bukan pandai sangat menoreh. Dia baru belajar, memang kurang hasil pungutan getah kerana lambat menoreh getah.
Wang kebajikan cukup-cukup untuk belanja perubatan ibubapa Manis.
Manis mula mengeluh dan berkasar dengan anak-anak Martin terutama masa mereka meminta makanan sebab tekanan. Ichi lah yang paling cerewet pasal makan. Mahu juga berlaukkan ayam atau sekurang-kurangnya telur goreng.
"Mama, mau telur goreng"
"Banyak kali sya cakap, jangan panggil sya mama. Panggil anti saja. Sya bukan mama kamu. Minta mama kamu di kuburan kalau kamu mau macam-macam. Anti inda kaya. Tiada duit bikin beli telur. Makan saja tu ikan masin yang anti goreng tadi. Deiii menyusahkan. Cerewet punya budak."
Dari jauh, Martin dengar Ichi menangis.
"Kenapa kamu nangis ni Ichi? Mana boleh menangis kalau sudah 6 tahun."
"Si anti, dia marah sya minta goreng telur."
"Kenapa Manis tidak gorengkan dia telur. Kan ada lagi telur tuna atas peti sejuk."
"Aik, pigilah kau beli telur untuk tu anak. Kau kasi manjalah dia tu sangat. Ni kalau tiap kali makan minta telur, apalah bikin campur sayur nanti."
"Itulah bah ko Ichi. Makan sajalah apa yang ada. Jangan minta-minta."
"Adapun telur tu, siapa bilang tiada."
"Sudah, nah seringgit .Oyal, Ones pigi kamu beli 2 bijih telur di kadai kajap. Nanti bapa goreng. "
"Kasi manjalah betul tu anak-anak tu sayang. Sekarang ni kita susah. Karang-karang minta beli lagi macam-macam."
Martin hanya menggelengkan kepala dan diam. Serbah salah.
Sementara itu Innocent masih di kampung, tinggal di rumah neneknya.
Kelihatan adik-adiknya dikurung di dalam bilik dan dibiarkan tidak makan selama berhari-hari. Mereka menumbuk-numbuk pintu dalam keadaan tidak bermaya sambil memanggil Innocent.
"Kakak Tanak!"
Tanak berpeluh-peluh. Duduk di atas katil sambil memegang dadanya.
"Oh mimpi rupanya. Tuhan, apalah musibah yang berlaku dengan adik-adik ku. Semoga kalian sihat sahaja di sana.
"Odu, bolehkah kalau selesai saja UPSR, Tanak kembali ke kampung tempat bapa dan adik-adik?"
"Kenapa kau ni Tanak, tidurpun menangis. Lepas tu tiba-tiba mau balik di sana"
"Buruk mimpi sya odu.Sya mimpi adik-adik kena kurung tidak di kasi makan. "
"Apalah kau ni Tanak. Kan kau juga cakap bilang bagus si anti Manis."
"Ialah.Mimpi sya bah. Sya temimpi gitu."
"Kau saja baitu Tanak.Risau sangat pasal tu adik-adik."
"Sya rasa sya mau balik sana tinggak sama dorang."
"Ish kau ni Tanak, inda lama lagi tahun depan kau tingkatan 1 sudah. Tinggallah kau di asrama macam si Kakak.Biarlah dorang tu.Kan ada bapa kamu."
"Ialah kan."

INNOCENTanakMama(COMPLETED S1)Where stories live. Discover now