LUCYNTHIA WHITESNOW
"Dan ingatan yang kuat merupakan penyakit paling sakit."
Burung berkicauan dengan riangnya. Senyuman terlakar di bibir. Ini adalah hari baru untuk aku! Aku pasti ini adalah cara terbaik untuk aku lupakan kesemuanya. Semua yang aku ingat di masa lalu.
"Morning Snow White! Dah sedia untuk hari yang baru?"
Sapa Vennessa di pintu bilikku. Anak kepada bapa saudara aku. Sepupu aku.
"Hai, Ven. Aku sedia untuk hari ni!"
Baju gaun pendek paras lutut berlengan panjang menjadi pilihan aku. Warna gaun itu berwarna putih yang dipadankan dengan warna rambutku yang berwarna putih bak salji. Ni memang warna rambut asal. Kata ibu, nama Whitesnow ini juga sempena rambut keturunan kami yang putih bak salji.
Skinny jeans berwarna hitam untuk dipadankan dengan bajuku. Rambutku hanya disepitkan belah kiri memandangkan rambutku hanya sampai paras bawah telinga. Ven hanya mengenakan baju T-shirt hitam yang digabungkan dengan jaket hitam. Seluarnya panjang berwarna hitam dan rambut hitamnya dibiarkan mengurai.
Dia tak rimas ke dengan rambut sampai paras pinggang tu? Kalau aku, jawapannya ya.
"Lucy, kita patut naik kereta kau atau kereta aku?"
"Kereta kau."
"Ok then."
Kata Ven
Dia mengambil kunci kereta dia di biliknya manakala aku turun dari tingkat atas (dikira sebagai rumah double storey). Tujuan utama aku adalah dapur. Nak sarapan kan?
"Hey, Lucy. Dah sedia untuk hari baru?"
Tanya Teresa, ibu kepada Ven.
"Ya, Makcik Teresa. Lucy tidak sabar untuk mengenali dunia Heart Beast."
"Baik kamu berhenti berharap perkara paling baik akan berlaku di sini, Lucy."
Sampuk Pakcik Henry.
Pakcik Henry sibuk menyelak surat khabar di tangannya. Eh? Apa maksud pakcik?
"Henry, tak patut abang kata macam tu kat dia."
Kata Makcik Teresa.
"Tapi, dia patut tau keadaan Heart Beast. Ianya bukan seperti apa yang dia harapkan."
"Henry, ianya sama seperti kucing kita yang dulu. Dia tak patut tau yang awak ni takut kucing."
"Dan siapa yang bawa kucing tu ke rumah ini?"
"Sanggupkah abang nak biarkan kucing itu mati kesejukan?"
"Memang abang tak sanggup tapi ianya soal nyawa abang juga."
"Kucing bukannya boleh bunuh orang."
"Tapi abang boleh mati akibat ketakutan juga."
Dan selera makan aku dah termati. Aku beredar dari dapur dan aku pergi ke ruang tamu. Aku tak sanggup nak dengar pergaduhan pasal hal kecil tu je. Mungkin dari rupa mereka berdua, mereka nampak matang.
Sebenarnya, tidak.
Aku melangkah masuk ke ruang tamu. Kelihatan Ven sedang duduk di atas sofa. Dia memandang aku dengan wajah pelik.
"Bukan kau pergi sarapan ke?"
"Sarapan kat sekolah je lah. Mak ayah kau buat hal lagi."
"Pasal apa pula kali ini?"
"Pasal kucing."
Ven hanya menggeleng. Memanglah bunyinya macam serius tapi aku pasti, kalau Ven di situ, dia pasti akan gelak.
"Kita ada masa sejam lagi untuk sekolah mula. Jomlah."
Ajak Ven.
Aku hanya mengangguk. Beg sandang aku capai. Warnanya berwarna hitam. Sesuai untuk baju aku harini. (Walaupun semua baju pun memang sesuai dipadankan dengan beg sandang hitam tu)
I wish it's gonna be a great day!
》《》《》《》《
Kereta Volkswagen kuning masuk ke dalam parking sekolah. This school is crazy! Bangunan sekolah ni terlalu besar kalau nak dibandingkan sekolah lama aku. Pelajarnya boleh tahan ramai. Dan kebanyakan mereka memakai baju yang mahal. I guess this is a place where all these rich teen met each other.
Aku keluar dari kereta Ven. Mataku menyapa beberapa lelaki yang masuk ke pintu utama sekolah. Lelaki berbaju kulit warna hitam berlengan panjang menjadi tatapan mata. Kesemua mereka berundur apabila mereka melewati orang ramai.
Who are they? Kenapa mereka begitu dihormati?
Well, i felt like something's wrong with this school.
"Hey, Lucy. Jom kita pergi cafe. Kita sarapan kat situ."
Kata Ven. Aku hanya mengangguk. Kepala aku masih menyimpan seribu soalan. What just happen? Why those people respect all of them?
Lucynthia Whitesnow
Vennessa Silton
So, how was it? Is it cool or too boring? Relax! Ini adalah permulaan untuk mengenali dunia mereka!
Sila Vote dan Comment untuk tunjukkan minat korang semua!
Nufa, Navambar
YOU ARE READING
Whitesnow (ongoing/editing)
Teen FictionLucynthia Whitesnow. Demi keinginan untuk memulakan hidup baharu sebagai seorang remaja lagi sekali membuatkan dia berpindah ke bandar yang terkenal di Kerajaan Narytal Moden, Heart Beast, dimana bapa saudaranya tinggal. Tetapi kau fikir mudahkah ma...