(I wrote this story in 2009. Forgive me if it's kind of cheesy wedges)
Aku menatap wajahnya dari kejauhan. Keluhan sekali lagi keluar dari mulutku. Apa yang perlu aku lakukan? Bagaimana caranya?
Dari kejauhan, Adam melambai kepadaku. Aku mengukir senyuman hambar sambil membalas lambaiannya. Dia berlari-lari anak menghampiriku di tepi padang. Mukanya dibasahi keringat selepas bermain bola sepak.
"Lama dah kat sini?"tanyanya sejurus duduk di hadapanku. Tangannya cepat saja mengambil buku di hadapanku dan membeleknya.
"Hmm...nice book,"komennya. Aku tetap diam. Pertanyaannya kubiarkan sepi. Lamunanku terbang disapa angin bila tangan Adam melambai dekat diwajahku. Dan untuk kesekian kalinya, aku tersenyum lagi.
"Adam teman Fan balik balik hari ni boleh?" ajakku. Dia mengarahkan jarinya ke porch motosikal di tepi pagar sekolah. Fahamlah aku yang hari ini dia datang menaiki motosikalnya. Perasaanku mendesak-desak aku untuk memintanya menemankan aku pulang sekali lagi.
"Bukan adik Fan datang jemput ke?" memang benar adikku Fahim akan datang menjemputku menaiki basikal. Sekadar peneman jika aku ada kelas tambahan atau group discussion di sebelah petang. Tetapi kali ini aku benar-benar mahu dia menemankanku sekali walaupun Fahim ada. Aku tahu yang Adam sudah maklum aku tidak suka berdua-duaan dengannya. Aku memandangnya dengan pandangan penuh berharap. Bila dia memandangku lama dan kemudian tesenyum, aku menghela nafas lega.
************
"Kiranya rumus ni salahlah?" Adam mengangguk. Aku memotong semua jalan kira yang kulakukan dan mula mengira yang baru. Walaupun aku ligat mengira, mataku tetap dapat menangkap pandangan Adam yang tepat wajahku.
"Fan," panggilnya.
"Hmm....,"balasku endah tak endah.
"Nur Faneeha," suaranya sedikit tegang. Segera aku memandangnya.
"Iya Adam,"dia mendengus geram seolah marah bila aku tidak serius.
"Apa yang tak kena ni? Kenapa Fan nampak pelik lately ni? Cuba Fan cerita kat Adam,"tanyanya. Kali ini nada dan postur duduknya sudah berubah. Seratus peratus tumpuannya diberikan kepadaku. Aku mula cuak. Adam perasan dengan perubahanku.
'Banyak yang tak kena Adam. Banyak yang Fan nak cerita dan beritahu. Tapi Adam boleh terima ke?'. Hatiku merintih. Terasa meronta ingin meluahkan apa yang terpendam tetapi kekuatanku hilang tatkala melihat bening matanya yang redup merenungku. Aku jatuh kasihan dan sedih melihatnya.
"Kenapa tanya macam tu? Ada apa - apa yang Fan tak patut buat ke?" aku memulangkan soalan. Adam diam seketika.
"I know you're hiding something from me. Fine!" habis berkata, dia terus keluar dari kelas. Aku makin dilanda kesedihan. 'Apa perlu Fan buat Adam? Kita dah tak sesuai bergandiangn lagi. Family Fan dah muflis!'
******************
Adam Datuk Azmi. Lelaki pertama yang berjaya mengambil tempat di hatiku selepas keluargaku. Dia lelaki yang cukup serba-serbi. Wajah, kepandaian dan kemewahannya menarik hati ramai gadis untuk mendekatinya. Tetapi, aku juga yang dipilihnya. Dan sehingga kini sudah 2 tahun kami berpasangan.
Ada kala, perasaan lucu menerjah di hati bila mengingatkan zaman awal perkenalanku dengannya. Aku, Nur Faneehah, sangat susah untuk didekati insan bernama lelaki. Bukan kerana aku benci ataupun takut dengan mereka. Itu adalah zahirku. Aku kurang sensitif dengan kehadiran lelaki di sekelilingku. Hinggalah Adam muncul suatu hari di hadapanku dan mengaku bahawa dia suka padaku semenjak dia terlihat aku di sebuah bus stop di bandar.
Memang melucukan. Cuba bayangkan, aku , seorang gadis yang kurang peka dengan lelaki sekelilingku disukai seorang jejaka idaman ramai. Adakah itu yang sedang terjadi?
Akhirnya selepas 3 bulan berusaha, aku menerimanya sebagai teman lelakiku. Aku jatuh suka pada kematangan dan sikap bersahajanya. Mungkin sudah terasuh dengan keluarganya yang sibuk dan bersahabat dengan ramai orang ternama. Dan apa yang membuatkan aku bersetuju juga adalah kerana dia tidak seperti sesetengah lelaki yang berfikiran sempit dan kotor. Dia hormat padaku dan tidak pernah menyentuh hal peribadiku.
Walaupun begitu, aku dan dia tetap terhubung dengan sesuatu. Perasaan yang kami sendiri tahu wujud di antara kami. Dan perasaan yang dibajai selama ini benar-benar membuatkan aku dan Adam memahami diri dan kehendak masing-masing. Di sekolah,kami digelar pasangan yang paling ideal memandangkan kami pasangan yang sangat menjaga batas dan antara pelajar yang terbaik di sekolah. Aku sukakan dirinya dan dia juga begitu. Tidak perlu untuk kami mengubah diri semata-mata untuk menjadi pasangan yang perfect.
"Adam sukakan Fan. Your way, appearance and your way of thinking is more than enough for me. That's all. I want nothing more than that. No need for Fan ubah atau berlakon. I like you,the way you are,"cebisan kata-katanya yang membuatkan aku percaya dengan keikhlasannya kepadaku. Aku tahu, Adam ikhlas padaku..dan aku juga tahu, hatiku pastinya susah mahu memudarkan namanya semula.
************
Aku mendekati Adam yang sedang memperkemaskan duduknya di atas motosikalnya.
"Adam," perlahan suaraku. Cukup untuk pendengarannya seorang. Dia terpinga seketika melihatku. Belum sempat dia bersuara, aku cepat-cepat memotong.
"Kita jumpa esok. 5 petang dekat bus stop biasa. Kita berdua saja. Fan tunggu," dan aku terus melangkah pergi. Pasti dia terkejut kerana ini kali pertama aku mengajaknya berjumpa tanpa ditemani adikku Fahim.'Adam kena datang! Fan akan beritahu semuanya esok. Dan sama-samalah kita hadapi hakikat yang bakal terjadi nanti'
YOU ARE READING
Kompilasi Cerita Pendek ( ✔ )
RomanceKompilasi cerita pendek : 1) Cinta Tak Ternilai 'Why don't you kill me instead Rafiq? I'd rather die than humiliating my mother like this.' 'Where's the fun in that? Kalau you nak mati, you boleh pergi lintas jalan or terjun gaung. Tak perlu I bu...