Aku sedikit terkejut bila Adam datang bersama gitarnya. Dahulu dia kerap menelefon dan mendendangkan lagu dengan gitarnya.
Terasa lucu bila teringat dia pernah merajuk denganku gara-gara aku tertawa mendengar nyanyiannya. Aduhai..Adam...Adam... Bila sikap kenakannya terlihat, mudah benar dia berjauh hati dengan semua tingkahku. Walaupun dia kelihatan sangat matang, tetapi ada juga waktunya dia agak childish. Mungkinkah semua ini akan berlaku lagi?
"Adam nak nyanyikan satu lagu untuk Fan. Tapi masa nak balik nanti," ujarnya bersama senyuman. Nafasku terasa disekat dengan kata-katanya.
"Sekarang tak boleh?" aku mencuba nasib. Aku bimbang. Mahukah dia menyanyikan lagu untukku selepas apa yang bakal terjadi nanti?
"Nope. Masa nak balik nanti," tegas suaranya, Seperti tiada lagi kompromi terhadap permintaanku. Mataku terasa panas tiba-tiba. Terasa dia jauh denganku walaupun perpisahan ini belum lagi terjadi.
"Walau apa pun penghujungnya pertemuan kita ni, Adam akan tetap nyanyikan lagu ni untuk Fan masa balik nanti," sambungnya lagi. Saat itu, tanpa ditunggu-tunggu lagi, air mataku serentak bertakung dan menitis keluar. Adam tetap tenang memandangku.
"Fan sayang Adam,"luahku. Tiada lagi segan dan silu dalam diriku. Dia bangun dan menghampiriku. Aku merenung matanya dalam dan menarik nafas panjang.
"Let's break,"dengan sekali nafas saja, aku sudah terasa tikamannya di hatiku. Adam apatah lagi. Matanya cukup jelas menggambarkan rasa hatinya.
Inikah perasaannya bila pasangan berkasih berpisah? Tidak, aku jauh terasa lebih hebat penangannya. Kerana hubungan kami ini bukannya biasa. Kami tidak berkasih sehingga ke langit ketujuh seperti pasangan lain. Kami tidak dibuai mimpi indah bersulamkan janji-janji manis seperti pasangan yang lain. Dan kami tidak juga hanyut dengan dorongan nafsu di dalam diri.
Aku dan Adam berpijak di bumi yang nyata. Aku dan dia sentiasa memastikan kami masih di dunia nyata.
Kami tidak pernah berjanji manis, kerana kami tahu bahawa janji itu tidak mempunyai jaminan di dalamnya.
Kami tidak pernah membuai mimpi indah. Kerana kami tahu mimpi itu takkan menjadi nyata jika kami berterusan di dalam dunia fantasi cinta. Jadi apa yang sedang aku rasakan ini,jauh lebih hebat pedihnya dari pasangan lain. Berpisah secara baik ada kalanya lebih menyeksakan dari berpisah dengan pergaduhan.
Sedetik, dua detik berlalu. Akhirnya baru Adam bersuara.
"Betul ini apa yang Fan mahu?" aku terkaku. Terkaku dengan ketenangannya menerima semua ini.
"Adam, Fan sebenar...,"
"Betul atau tidak?" Adam memintas. Aku sudah habis daya mahu melawan apa yang terjadi. Anggukanku memberikannya jawapan.
"I accept it,"terimanya.
Esakanku mula pecah. Aku sedih melihat ketenangannya sedangkan ini adalah apa yang aku harapkan selama ini. Aku tidak mahu dia bersedih. Tetapi, bila ianya menjadi kebenaran, aku pula yang terasa dirobek. Mengapa aku tidak tenang sepertinya?
"Don't cry Fan....you're hurting me...," dia ketawa sedikit dan menggeleng. Seperti tidak menyangka ayat itu akan keluar dari mulutnya.
Aku gagahkan diri menyapu sisa-sisa air mata di pipi. Terasa bodoh bila menangisi perpisahan ini tanpa sebab yang kukuh. Dia dan aku masing-masing tahu, kami tidak menginginkan semua ini. Sedaya upaya aku cuba mengukir senyuman untuknya.
"Adam, Fan mintak maaf sangat-sangat. Fan pun taknak jadi mcam ni,"
"It's okay. Whatever it is, Adam terima sebaik mungkin. Even Adam sendiri tak tahu apa sebabnya,tapi Adam yakin Fan ada reason yang kukuh untuk semua ni,"
"I want to stand by your side forever, if I can. But, Fan nak kita bergandingan dalam keadaan yang sama. I want to stand on my own feet. Bukan di atas nama dan kesenangan orang lain. Fan harap Adam boleh faham,"aku menegaskan pendirianku.
Adam merenungku lama. Cuba memahami maksud yang tersirat. Aku tahu Adam bukannya bodoh untuk memahami apa yang sedang aku bicarakan. Dengan status keluargaku yang sudah muflis sekarang, aku perlu sedar diri. Aku sudah tidak sesuai lagi dengannya.
Dan sekarang, aku mahu bangun dengan segala kudrat yang ada. Bila tiba saatnya, aku akan kembali ke sisinya jika ruang untukku masih kosong. Aku tidak mahu dipandang rendah oleh sesiapa pun meskipun aku tahu Adam mungkin tidak kisah bagaimana keadaan hidupku.
"Adam faham. Tapi,satu benda Adam nak minta,"aku memandangnya. Menunggu dia menghabiskan bicara.
"Promise,"ungkapnya.
"Promise what?"tanyaku pantas.
"Adam tahu kita dah break. Tapi, Adam tahu Fan pun tak mahukan semua ni. I want Fan to make a promise. So do I. Janji kita akan bersama semula nanti. I'll always want you. Only Nur Faneeha. I want to be your lifetime love," aku terharu mendengar patah-patah perkataan yang Adam ucapkan.
"Jangan berjanji,"aku mengingatkan. Adam menggeleng.
"No. Adam mahukan janji ni. Adam tahu hati manusia mudah berubah. Tapi Adam tahu hati Adam. Sepanjang Adam hidup, ini first time I want something this bad. From the first moment I saw you. Fan lah perempuan pertama yang berjaya buat Adam terbuka hati. And for that, you have to take the responsibility,"aku tersenyum-senyum kelucuan. Tidak pernah Adam bermadah sebegini.
"Adam serius ni!"bentaknya bila melihatku tertawa. Sikap keanakannya terserlah benar di mataku.
"Besarnya tanggungjawab Fan. Bukan Fan pun yang suruh buka hati tu. Yang Adam memandai-mandai buka tu siapa suruh?"tempelakku. Hilang suasana sedih yang menyelubungi tadi.
"Your eyes tu yang buka hati Adam ni. Mata nampak lurus dan shining tu yang buka hati Adam ni. So, Fan kenalah bertanggungjawab. Jangan pandang orang lain, selain Adam seorang. Nasib baiklah Fan ni jenis yang tak hirau lelaki sekeliling. Kalau tak, mesti Adam tak dapat Fan sekarang,"panjang lebar ulahan Adam.
Dialah orang pertama yang berkata begitu tentang mataku. Bukannya cantik tetapi kelihatan telus dan lurus. Adam..Adam...aku sendiri tidak tahu apa yang membuatkan dia jatuh hati padaku. Rupa memanglah sempurna, tetapi jauh sekali untuk digelar cantik jelita.
"Emm...song dedication please...."bersahaja aku meminta lagu yang dijanjikannya.
YOU ARE READING
Kompilasi Cerita Pendek ( ✔ )
RomanceKompilasi cerita pendek : 1) Cinta Tak Ternilai 'Why don't you kill me instead Rafiq? I'd rather die than humiliating my mother like this.' 'Where's the fun in that? Kalau you nak mati, you boleh pergi lintas jalan or terjun gaung. Tak perlu I bu...