Parti Topeng

117 14 0
                                    

Aku mengetuk gelas kaca yang berisi air. Mata kuliarkan mencari kelibat temanku, Crystal. Dua jam aku menunggu, namun bayangnya langsung tak kunjung tiba.

Sesekali, topeng mata dibetulkan. Pakaian ala-ala puteri kerajaan dahulu kala terasa merimaskan.

Aku memerhati sekeliling. Jack-O'-Lantern dimana-mana. Pai labu dan caramel apple kelihatan terhidang di atas meja. Sebu terasa.

"Hi. Tak ada partner ke, princess?" asyik aku memerhati, tiba-tiba suara maskulin menyapa disebelah. Aku berpaling sedikit sebelum menggelengkan kepala.

"Come, dance with me," ajaknya dengan senang hati. Namun aku yang terasa segan, cepat menolak pelawaannya dengan alasan aku mahu pulang.

Aku terus berdiri meninggalkan jejaka bertopeng hitam itu lalu berjalan ke arah pintu gerbang bertanda exit.

Dengan perasaan sebal terhadap Crystal, aku berjalan menghentak kaki sambil membebel.

"Aduh! Sejak bila pulak ada dinding kat depan pintu ni?" aku menggosok lengan.

Kepala terus kuangkat, melihat 'dinding' yang kulanggar. Terlopong mulutku seketika. Orang rupanya! Si dia memperbetulkan topeng mata biru gelap yang dipakainya sebelum anak mata silvernya jatuh tepat ke wajahku.

"Dinding? Excuse me, princess. Jalan elok-elok ya, jangan menghentak kaki. Nanti terlanggar dinding mana pulak," ujarnya sinis seraya tersenyum. Tersentap pulak aku.

Kaki terus ku angkat, niat untuk beredar. Namun, lenganku terasa ditahan. Serta-merta langkahku mati. Mataku tajam melihat dia. Seperti faham, lantas lenganku dilepaskan.

"Nak balik? Awalnya. Parti belum mula sepenuhnya," ujarnya sambil membelek jam tangan.

"Not your concern. Excuse me, I have to go," ujarku dengan nada jengkel. Dah perli-perli orang, acah-acah nak peduli pulak.

"Janganlah balik dulu. I tak ada partner, you pun sama kan? Will you be my partner tonight, princess?" tanpa kuduga, si dia melutut dihadapanku sambil menghulurkan sebelah tangannya. Apakah?!

"Err.. Encik, janganlah. Aduh.. Bangun encik," aku mula menggelabah. Tak pernah aku hadap situasi macam ni dalam hidup aku.

Si dia tidak mengendahkan permintaanku, malah makin mengunjukkan tangannya. Teragak-agak aku ingin menyambut, namun tetap tapak tanganku di dalam genggamannya.

"So, shall we?" ajaknya sambil menunjukkan ruang ballroom. Aku mengangguk sedikit, gementar.

Langkah kami berdua dibawa ke ruang tengah khas untuk tari-menari.

Muzik tiba-tiba bertukar romantik lalu kami mula menari hingga malam kian melabuhkan tirainya. Aku terus meminta diri untuk pulang.

Esoknya di kolej, aku memarahi Crystal kerana tidak muncul malam tadi.

Eddie tiba-tiba muncul dari arah belakang kami lalu mengunjukkan sekeping surat kepadaku.

Dengan muka pelik, aku membaca surat itu.

Hi princess! Nice to meet you there last night. Thanks sebab sudi menari dengan I.

Hareez

"Apa tu?" Crystal menyibuk untuk turut membaca. Segera aku berikan kepadanya.

"What?! Hareez??!" terkejut aku bila tiba-tiba Crystal menjerit.

"Kenapa kau ni?" aku merampas surat tadi.

"Kau tau tak Hareez nerd yang selalu usha kau tu? Kau menari dengan dia semalam?!" ujar Crystal separa menjerit sebelum aku menampar bahunya perlahan.

"What? Tak mungkinlah. Hareez semalam charming sangat," aku terus menyangkal kata-katanya.

"Tak boleh ke kalau I jadi nerd semata-mata nak stalk crush I?" tiba-tiba suara familiar muncul dari arah belakang.

Pantas aku berpaling sebelum mulutku terlopong. Sekali lagi. Aduh!

 Aduh!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Trick Or Treat! HalloweenVaultWhere stories live. Discover now