CRUSH
PART 3“sampai hati Namjoon MC senyap-senyap tak ajak aku. huh siaplah dia nanti, aku taknak share nota dengan kau” bebel Ji Hye sambil melangkah laju ke kelasnya. Tanpa disangka dia terlanggar seseorang membuatkan dia jatuh tergolek.
“wei buta ke apa tak nampak aku hah? Kalau dah tau rabun pakai spec lah!” marah Hye Jin. Dahla hatinya tengah panas fasal Namjoon ambil MC tak ajak dia sekali. kali ni dia jatuh tergolek hampir masuk longkang.
“sssorry.. sorry saya tak perasan ada orang tadi. Awak okey?” soal 1 suara. Ji Hye mengangkat mukanya. Mukanya berubah biru.
“eh Sunbae! Maaf saya ingat siapa tadi” cepat-cepat JI Hye meminta maaf. Tak fasal-fasal hilang keayuannya di hadapan Jimin.
“eh saya yang langgar awak, saya yang patut minta maaf” Jimin membantu Ji Hye berdiri. Suasana menjadi senyap seketika.
“class kat sini ke?” soal Jimin.
“a’aah, dahla sekarang tengah hari buta, boleh lecturer buat class kat tingkat 5. Kalau ada lif takpe jugak” ujar Ji Hye.
“wei Jimin cepatlah!” panggil 1 suara. Jimin & Ji Hye sama-sama berpaling. Beberapa orang lelaki sedang memanggil Jimin.
“erm saya pergi class dulu, tu kawan Sunbae dah panggil” Ji Hye meminta diri.
“erm jap Ji Hye..” Jimin menggaru-garu belakang kepalanya. Ji Hye menaikkan keningnya sebagai tanda kenapa.
“erm sss saya nnn nak number awak bb..boleh?” ujar Jimin.
“boleh je, jap” Ji Hye menulis nombor telefonnya di atas kertas dan menyerahkan kepada Jimin.
“Thanks! Nanti saya text awak. Bye!” Jimin menepuk perlahan kepala Ji Hye & berlalu pergi.
“Kyaaa!! I need to tell Namjoon about this!” Ji Hye sudah terlompat-lompat tanpa menghiraukan pandangan student lain yang memandang pelik padanya.
***************************************************
“dah-dah la sengih macam orang gila aku tengok” ujar Namjoon sambil meletakkan pek ais di atas kepalanya. Demamnya masih belum surut walaupun dah kena inject.
“aku terkena panahan cintaa Park Jimin yg buat aku jadi gila macam ni” Ji Hye masih tersengih-sengih.
“kau yakin ke dia sukakan kau? Entah-entah dia saja game kau. Mana mungkin dia sukakan tenuk macam kau. Tschh teruk betul taste Jimin. Muka hensem tapi taste teruk. Yukss!” ujar Namjoon. Senyuman Ji Hye terus mati.
“sampai hati kau kutuk aku. majuklah camni. Dahla aku nak baliklah” Ji Hye acah-acah merajuk & ingin keluar.
“haa bagus, aku pun nak tidur. Jangan lupa tutup lampu. Dah blah” halau Namjoon.
“takpe..takpe kau siaplah nati. Aku taknak dah belikan cotton candy kat kau” ujar Ji Hye namun Namjoon masih lagi memejamkan matanya. K anda kejam Namjoon. Namjoon membuka matanya apabila merasa bunyi pintu ditutup. Baru sahaja ingin berpaling ke tepi.
“barghh!” satu suara menyergahnya membuatkan Namjoon jatuh tergolek ke bawah katil.
“oh Eomma!!” latah Namjoon. Ji Hye ketawa terbahak-bahak. Namjoon buat muka.“k..k.. I’m sorry. Aku tak kacau dah. Kau rehat, malam nanti aku datang balik” dengan tawa yang masih tersisa Ji Hye betul-betul keluar. Namjoon hanya menjeling tajam Ji Hye.
*****************************************
“aish boringnya Namjoon takde. Taehyung ni pun satu, suruh aku tunggu kat bustop bagai. camne aku nak pegi bustop hujan camni” bebel Ji Hye di hadapan fakultinya.
“awak tunggu seseorang ke?” muncul Jimin.
“eh taklah, tunggu hujan berhenti. Nak pergi bustop kat depan sana” tunjuk Ji Hye.
“erm jomlah saya hantar balik, kereta saya parking depan tu je. jom” ajak Jimin.
“eh takpe, saya dah janji dengan Oppa saya. Harini dia jemput saya” terang Ji Hye. Jimin memandang ke arah bustop yang ada di luar pagar. Tanpa sepatah kata dia menuju ke arah keretanya & mengeluarkan payung.
“jom saya teman awak sampai bustop” ajak Jimin.
“takpelah, lagipun hujan dah nak berhenti” tolak Ji Hye.
“alah jomlah, nanti kesian Oppa awak tunggu kat luar” ajak Jimin. Ji Hye mengangguk. Jantung Ji Hye berdegup kencang apabila Jimin memeluk bahunya menjadikan kedudukan mereka sangat rapat. Bau minyak wangi Jimin menusuk hidungnya.
“maaflah kalau awak tak selesa saya peluk awak, saya takut awak kena hujan. Yelah payung ni kan kecik” ucap Jimin.
eh takpe saya lagi suka HAHAHAHAHA.
“takpe, terima kasih la Sunbae tolong saya” ujar Ji Hye apabila mereka berdua tiba di bustop.
“sama-sama” ucap Jimin sehingga menampakkan eye smilenya. Rambutnya yang sedikit basah dikuak ke belakang. Ji Hye mengawal dirinya dari cair melihat Jimin.
‘ACHOOMM!’ Ji Hye terbersin.
“sejuk ke? nah pakai sweater saya” Jimin menanggalkan sweaternya. Namun Ji Hye menolak.
“pakai jelah. Baru hilang sejuk tu. Ke nak saya peluk?” usik Jimin dengan sengihan nakalnya.“k..k saya pakai” Ji Hye mengalah.
Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapan mereka.
“ah, Oppa saya dah sampai. thanks for everything Sunbae” Ji Hye meminta diri.
“it’s not a big deal” ucap Jimin.
“bye Sunbae!” laung Ji Hye dari dalam kereta. Jimin membalas lambaian Ji Hye sampailah kereta tersebut meninggalkannya.
(di dalam kereta)
“tu la crush kau? Nampak macam jahat je” ucap Taehyung.
“kau ni Oppa, dia baiklah. Dia tolong aku tadi. Siap bagi aku pakai sweater dia. Eh alamak sweater dia” Ji Hye menepuk dahinya. Terlupa nak pulang balik.
“pape jelah” ujar Taehyung malas.
--
Finally dh update! So harap korang yg baca dapat vote + comment. Sama-samalah kita saling menyokong antara 1 sama lain. Okey bebeh?
YOU ARE READING
[C] CRUSH [PARK JIMIN : 박 지민]
FanfictionKisah seorang perempuan yang naif, dengan crushnya