CRUSH
PART 9“Ji Hye, badan dia panas sangat!” ucap Taehyung risau. En Kim segera berlari ke bilik Ji Hye. Tak sampai 2 minit dia turun sambil mendukung Ji Hye. Taehyung segera mencapai kunci kereta. Mereka semua bergerak ke Hospital.
(Di Hospital).
“anak Encik tak serius sangat. Mungkin sebab depression menyebabkan suhu dia naik mendadak. Biarkan dia kat sini 2-3 hari dulu” terang Doktor Lee. En & Pn Kim mengangguk-angguk.
“saya minta diri dulu. kalau ada pape boleh panggil saya” Doctor Lee meminta diri.
“Taehyung, Appa & Eoma kena pergi Hong Kong. Kamu jagakan Ji Hye” ucap Pn Kim.
“baik” ucap Taehyung sambil memeluk Eomma & Appanya.
“Namjoon, kau ada nombor Jimin?” soal Taehyung.
“takde bruh. Tapi kalau kau nak aku boleh mintak kat kawan-kawan dia. Nak?” ujar Namjoon. Taehyung mengangguk tanda setuju
“aku tak sangka selama ni Jimin permainkan dia. Well Jimin satu-satunya lelaki yg dia suka kat Uni. Sejak dari tahun pertama dia dah sukakan Jimin” kata Namjoon.
“nanti kat Uni kalau kau nampak Jimin cuba nak dekati Ji Hye, atau Ji Hye sendiri yg nak dekati Jimin, kau cepat-cepat tarik Ji Hye. Jangan biarkan adik aku dekat dengan Jimin. Boleh?” soal Taehyung.
“no problem” Namjoon membuat tabik hormat.
“ugh erm Oppa? Namjoon?” soal Ji Hye yang baru membuka mata.
“kau okey?” soal Taehyung.
“sakit” Ji Hye menunjuk tanganya yg tercucuk jarum IV drip.
“sikit je. Nanti hilanglah sakit ni” Taehyung menggosok kepala Ji Hye.
“eleh manja” cebik Namjoon.
“kau janganlah fikir sangat pasal Jimin. Now aku nak kau fokus. Kau lagi 1 bulan nak grad tau” ucap Taehyung.
“ye aku taulah. Aku dah buang dia dari otak aku ni ha” ucap Ji Hye.
“ K now kau makan dulu. Parent kau takde ni. Diorang dah pergi Hong Kong” ucap Namjoon.
“haih Eomma Appa ni asyik outstation je. Aku rasa mcm anak yatim kot” bebel Ji Hye.
“diorang pergi 3 hari je. Dah kau makan dulu, pastu tidur” arah Taehyung sambil menyuakan sudu yg berisi bubur ayam.
*****
Jimin yg dari tadi menyorok di sebalik tiang hanya memerhatikan pelajar yg keluar dari class GA-1. Kelibat yg dicarinya masih belum berjumpa.
“eh Namjoon nanti!” Jimin menuju ke arah Namjoon.
“what?” soal Namjoon dengan muka menyampah.
“mana Ji Hye? Dia tak datang ke? Please bagi aku jumpa dia. Dari tadi aku cari dia tak jumpa” muka Jimin nampak seakan merayu.
“dia ambil cuti” balas Namjoon ingin berlalu.
“dia sakit?” muka Jimin nampak terkejut.
“yup and kau puncanya” jeling Namjoon lalu berlalu pergi.
**********
“sikit lagi” ucap Taehyung sambil menyuakan bubur ayam. Namun Ji Hye menggeleng akibat terlalu kenyang. Bunyi pintu dibuka membuatkan kedua-duanya berpaling.
“Namjoon aku rindu kau! Weh ada gosip tak kat Uni?” soal Ji Hye sambil memeluk lengan Namjoon.
“Jimin jumpa aku tadi. Dia cari kau” ucap Namjoon. Ji Hye merungkaikan pelukanya. Memang dah 2 hari dia langsung tak angkat call Jimin.
“kau cakap apa?” soal Ji Hye.
“aku just cakap kau tak sihat” ucap Namjoon. Muka Ji Hye nampak muram.
"Dahla, takyah fikir pasal dia lagi. Lepasni jangan jumpa dia lagi" arah Taehyung. Ji Hye mengangguk namun mukanya kekal muram.
************
Jimin hanya memerhatikan Ji hye yang sedang tidur dari pintu luar. Setelah memastikan Taehyung & Namjoon tiada dia membuka pintu & masuk. Dengan perlahan dia menarik kerusi untuk duduk.“saya minta maaf, jangan bencikan saya. Saya tau saya salah. Tolong maafkan saya” ucap Jimin perlahan sambil mengusap pipi Ji Hye. Dengan pantas dia mengeluarkan gelang yang berada di dalam poketnya & beredar.
YOU ARE READING
[C] CRUSH [PARK JIMIN : 박 지민]
FanfictionKisah seorang perempuan yang naif, dengan crushnya