CRUSH
PART 15“Sampai bila awak nak lari dari saya Kim Ji Hye?” ucap Jimin apabila Ji Hye melintasinya. Namun Ji Hye hanya berlalu tanpa menjawab soalan Jimin.
“perasaan saya masih tak berubah Ji Hye” ucap Jimin sedikit kuat. Ji Hye berhenti melangkah. Namun dia menyambung kembali perjalanan tanpa menoleh. Kini mata Jimin beralih pula pada Namjoon yang juga menunjukkan riak terkejut.“err Namjoon kau kenal ke dengan Doktor Park?” soal Chi Jun pelik.
“lebih dari kenal” jawab Namjoon berbaur sindiran. Jimin menuju ke arah Chi Jun bersama file di tangannya.
“it’s been a long time” ucap Jimin sedikit senyum.
“okeylah Chi Jun. nanti aku datang lagi. Ji Hye dah tunggu. Bye” Namjoon terus berlalu tanpa memandang Jimin. Jimin sedikit tersenyum tawar, mungkin Namjoon masih marahkannya.
*****************
Ji Hye berjalan sepantas mungkin, taknak berlama-lama. Tiba di satu koridor dia terlanggar seseorang membuatkan dia jatuh terduduk.
“ah sorry! Sorry! Awak okey?” soal orang di depannya sambil menghulurkan tangannya untuk membantu Ji Hye bangun.
“saya oke..” Ji Hye terkejut melihat Jungkook di depannya. Jangan cakap yang Jungkook jugak kerja kat sini.
“eh Ji Hye? Kim Ji Hye kan?” soal Jungkook. Ji Hye tidak menjawab sebaliknya ingin beredar namun lengannya ditahan Jungkook. Ji Hye memandang lengannya & Jungkook bersilih ganti.
“ouh Sorry. Boleh kita cakap kejap? Kejap je. it’s important” ucap Jungkook selepas melihat reaksi Ji Hye yang ingin cepat beredar.
“make it fast” balas Ji Hye sebelum mereka duduk di kerusi koridor.
“First, saya nak minta maaf. Mungkin sebab deal bodoh saya menyebabkan awak & Jimin sama-sama terluka. Tapi percayalah cakap saya, perasaan Jimin pada awak memang betul-betul ikhlas. 3 tahun awak menghilang, Jimin betul-betul berubah. Dia dah jarang ketawa & senyum. Jimin betul-betul cintakan awak Ji Hye. Saya harap awak dapat terima dia kembali” ucap Jungkook.
“kali ni berapa taruhan untuk saya diperbodohkan untuk kali kedua?” soal Ji Hye sinis. Jungkook sedikit tersentak. Tak sangka dengan balasan Ji Hye.
“maaf Doc, saya kena pergi” Ji Hye berlalu meninggalkan Jungkook keseorangan.
*********
“kau okey?” soal Namjoon sambil memandu. Ji Hye hanya mengangguk perlahan sambil tunduk.
“kau tak okey” balas Namjoon.
“kenapa aku kena jumpa dia lagi?” soal Ji Hye sedikit serak.
“aku pun tak tau dia kerja kat situ. Kalau aku tau aku tak ajak kau tadi. Aku minta maaf” ucap Namjoon.
“bukan salah kau pun” balas Ji Hye.
“k dah sampai. jumpa esok” Namjoon memberhentikan kereta di hadapan rumah Ji Hye. Ji Hye hanya mengangguk & terus keluar. Namjoon hanya memandang kelibat Ji Hye sebelum memecut pergi.
“eo Ji Hye marilah makan dulu. Eomma ada buat kuih ni” ajak Pn Kim.
“erm kenyang lagilah Eomma. Ji Hye nak rehat kejap” ucap Ji Hye.
“pergilah rehat. Kamu nampak penat” balas En Kim. Ji Hye mengangguk & menuju ke biliknya.
********
“Ji Hye tak balik lagi ke Eomma?” soal Taehyung apabila tidak nampak kelibat Ji Hye dari tadi.
“ada dalam bilik tu ha. Katanya nak rehat” balas Pn Kim. Taehyung menaiki tangga menuju ke bilik Ji Hye. Kelihatan Ji Hye baring menghala ke tingkap. Taehyung dapat menangkap bunyi esakan kecil. Dengan perlahan dia menuju ke situ.
“kenapa Ji Hye? Kau sakit ke?” soal Taehyung sambil menyentuh bahu Ji Hye. Ji Hye bangun dari katil.
“kenapa aku kena jumpa dia lagi? kenapa dia muncul lagi?” soal Ji Hye sedikit serak.
“jumpa? Muncul? Aku tak faham. Cuba cerita” ucap Taehyung.
“Jimin. Aku terjumpa dia” terang Ji Hye.
“jumpa? Kat mana? Dia ada buat something kat kau ke?” soal Taehyung pantas.
“masa melawat kawan aku kat hospital tadi. Aku tak sangka dia kerja kat hospital sebelah Office aku. aku..aku takut akan jatuh untuk kali kedua Oppa. Aku taknak kecewa lagi” Ji Hye mula menangis.
“shhh jangan nangis. Aku akan pastikan dia takkan buat camtu lagi. dah..dah” pujuk Taehyung. Tangisan Ji Hye sedikit reda.
“dah kau pergi mandi lepastu turun makan, Eomma Appa dah tunggu kat meja makan. Cepat sikit” ucap Taehyung sambil bangun. Ji Hye mencapai tuala & menuju ke bilik air.
(di meja makan)
“macam mana kerja kat tempat baru?” soal En Kim.
“okey je” ucap Ji Hye.
“kamu tak sihat ke? kenapa makan sikit sangat?” soal Pn Kim.
“entahlah Eomma, rasa macam nak demam” ucap Ji Hye. Taehyung berhenti makan, mesti fasal Jimin.
“panas jugak muka kau” Taehyung menyentuh muka Ji Hye.
“lepasni kamu makan ubat lepastu tidur” arah En Kim. Ji Hye hanya mengangguk.
Nampaknya Ji Hye terjumpa balik ex crushnya. Agak-agak Simen ni bernasib baik ke tak😄
YOU ARE READING
[C] CRUSH [PARK JIMIN : 박 지민]
FanfictionKisah seorang perempuan yang naif, dengan crushnya