CRUSH
PART 16“Lah kau datang kerja jugak? Taehyung cakap kau tak sihat?” soal Namjoon sambil menarik kerusi di hadapan Ji Hye.
“aku demam sikit je” ucap Ji Hye sambil menyemak fail di depannya.
“sikit apanya, muka kau merah kot. Apsal kau demam tetiba ni? Terkejut jumpa Jimin?” soal Namjoon. Ji Hye yang sedang menyemak file terhenti.
“Namjoon, aku..aku takut kalau aku jatuh cinta dengan dia untuk kali kedua” ucap Ji Hye.
“kau masih sukakan dia?” soal Namjoon. Ji Hye tidak menjawab. Dia pun tak tau.
“k dah sambung la kerja kau. Aku nak pergi court. Nanti kita lunch sekali” ucap Namjoon. Ji Hye hanya senyum sambil mengangguk.
************
Ji Hye membimbit file sambil menuju ke keretanya. Baru sahaja ingin membuka pintu kereta,
“hai Miss Prosecutor” sapa 1 suara. Ji Hye berpaling. Dia hanya buat poker face.
“saya harap Cik dapat tarik diri dari case ni. Tadi pun Cik dapat tengok hakim macam mana” Ha Yoon senyum sinis.
“pffft En ingat saya kisah sangat fasal En rasuah hakim tu? Saya akan pastikan En masuk penjara atas apa yang En dah buat” ucap Ji Hye tegas. Ha Yoon disabitkan atas kesalahan pecah amanah namun disebabkan Ha yoon adalah Menteri Kewangan membuatkan dia memanipulasi sistem kehakiman.
“kalau kau nak selamat tarik diri dari case ni” ugut Ha Yoon.
“jumpa next trial” ucap Ji Hye lalu membuka pintu kereta & memecut pergi. Ha Yoon menyepak batu akibat terlalu geram.
“Tuan jangan risau. Saya akan uruskan peguam tu” ucap salah seorang konconya. Ha Yoon tersenyum.
****************
“cik Ji Hye, ada orang nak jumpa. Dia ada dalam bilik cik” ucap Mina, kerani di officenya.
“okey thanks” Ji Hye menuju ke biliknya. Buka sahaja pintu dia nampak seseorang sedang membelakanginya.
“ya Encik apa yang boleh saya to..Jimin?” soal Ji Hye apabila melihat Jimin. Jimin bingkas bangun apabila melihat Ji Hye.
“duduklah” ucap Ji Hye.
“apa yang boleh saya tolong Encik?” Ji Hye cuba berlagak profesional.
“untuk awak” Jimin meletakkan sejambak bunga di atas meja.
“straight to the point” ujar Ji Hye dingin.
“Ji Hye saya minta maaf atas apa yang berlaku sebelum ni. Saya tau saya salah. Saya tak patut mempermainkan awak. Tapi percayalah perasaan saya pada awak betul-betul serius. Saya cintakan awak Ji Hye. Saya sanggup buat apa saja asalkan hubungan kita macam dulu balik” ucap Jimin separuh merayu.
“dah habis cakap? Kalau dah tolong keluar. Saya ada banyak kerja dari dengar segala hujah mengarut awak” ucap Ji Hye sambil berpeluk tubuh.
“perasaan saya masih tak berubah. Saya akan tunggu sampai awak balas cinta saya” Jimin bangun & keluar. Ji Hye hanya memandang bunga yang berada di atas meja. Ada kad.
“I still Love you”
-Park Jimin-
Tanpa membuang masa JI Hye membuangnya dalam tong sampah & meneruskan kembali kerjanya.
******************
Ji Hye & Namjoon masuk ke dalam office sambil bergelak ketawa. Namun ketawa mereka berhenti apabila ternampak sekuntum bunga ros & coklat berada di meja penyambut tetamu.
“cik Ji Hye, ada barang untuk cik” ucap Mina.
“tak reti putus asa betul” ucap Namjoon. Dah sebulan Jimin menghantar bunga & coklat untuk Ji Hye namun gadis tersebut tak pernah mengambilnya. Dia pulak yg makan coklat tersebut.
“Namjoon kau habiskan coklat tu. Bunga tu kalau kau nak ambiklah” ucap Ji Hye lalu berlalu ke biliknya.
“haih membazir je” bebel Namjoon lalu mengambil bunga & coklat tersebut ke biliknya.
********
“kau apsal?” soal Taehyung selepas melihat Ji Hye yg memicit dahinya sambil baring di atas sofa.
“penat” ucap Ji Hye sepatah.
“alah sian nye” Taehyung mencubit pipi Ji Hye.
“sakitla Oppa” Ji Hye menolak tangan Taehyung.
“jom kita pergi makan aiskrim kat taman. Aku pun stress jugak dengan kerja kat office” ajak Taehyung.
“kau belanja” lalu saja Ji Hye bangun & menuju ke pintu.
(di taman)
“so Jimin masih hantar bunga & coklat lagi ke?” soal Taehyung. Ji Hye mengangguk sambil menikmati aiskrimnya. Mukanya sedikit suram apabila nama Jimin disebut.
“kerja kau okey?” soal Taehyung. Cuba untuk mengalih topik.
“erm okeyla sikit, Cuma aku pening sikit fasal kes Menteri Kewangan tu. Dia main taktik kotor dalam court” ucap Ji Hye. Taehyung mengangguk-angguk. Mereka mula berbual fasal kerja masing-masing.
********
Ji Hye yang baru sahaja ingin membuka pintu keretanya segera berpaling apabila melihat bayangan hitam melalui bayangan cermin kereta.
“sape kau?!” soal Ji Hye berani. Baginya case macamni dah biasa sangat. Lelaki berhoodie hitam itu tidak menjawab sebaliknya mengeluarkan sebilah pisau. Ji Hye menelan liurnya. Lelaki tersebut meluru ke arahnya sambil menghalakan ke arah perutnya namun Ji Hye menahan lengannya menyebabkan pisau tersebut tersebut tertusuk di lengannya. Ji Hye terjatuh sambil memegang lengannya yg berlumuran darah. Matanya mula rasa kabur. Lelaki berhoodie masih tak berpuas hati. pisau diangkat tinggi,
“woii!!!”
Siapa yg datang 😏😏😏😏😏?
Nantikannnnnnnnn and pleaseeseeseess vote & comment okayhhh. Lap U
YOU ARE READING
[C] CRUSH [PARK JIMIN : 박 지민]
FanfictionKisah seorang perempuan yang naif, dengan crushnya