CRUSH
PART 11Jimin menyandar di dinding menunggu orang yang dicarinya. Tak sampai 5 minit orang yg dicarinya muncul. Namun orang yg dicarinya terus mengelak apabila ternampaknya.
“Ji Hye nanti. Tunggu saya!” panggil jimin. Namun Ji Hye hanya buat tak dengar & meluru masuk ke dalam kereta.
“Ji Hye tolong bukak!” Jimin mengetuk tingkap kereta namun Ji Hye hanya memecut pergi.
“Bro dahla” Jin menepuk bahu Jimin.
“bagi dia masa dulu, biar marah dia sejuk” saran Jungkook.
“aku betul-betul cintakan dia, tapi dia langsung taknak dengar penjelasan aku. Dia langsung tak percayakan aku” keluh Jimin.
“masih ada masa. Nanti aku tolong kau pujuk dia” pujuk Jin. Jimin sedikit tersenyum.
*********
“wei Ji Hye, ikut aku jap. Kita pergi fakulty Seni” ajak Namjoon.
“alah nak buat apa kat sana? Malaslah jauh nak jalan” balas Ji Hye.
“harini kan result pertandingan Fotografi. Aku nak pegi tengok sape yg menang” ajak Namjoon.
“a’aah la. Eh Jom!” mereka berdua menuju ke fakulti Seni. Sampai sahaja kelihatan ramai orang sudah berkumpul. Namun apabila mereka ternampak Ji Hye & Namjoon semuanya berbisik sesama sendiri.
“weh asal diorang bisik-bisik sambil tengok kita? Aku rasa mereka tak suka kita kot” soal Ji Hye pelik. Namjoon hanya mengangkat bahu. Mereka berdua bersesak menuju ke depan. Sampai sahaja kedua-duanya terkejut.
“weh Ji Hye, gambar kau” tunjuk Namjoon. Pemenang tempat pertama adalah gambar Ji Hye yang sedang termenung di tepi Sungai Han dan orang yg menangkap gambar tersebut adalah Park Jimin. Tanpa membuang masa Ji Hye segera menarik Namjoon beredar dari situ.
***********
“lagi 3 minggu ni nak final exam, pastu kita bebas!” Ji Hye mengangkat kedua tanganya ke atas.“eh esok dah start study week kan? Finally, boleh rehat kat rumah” giliran Namjoon pula mengangkat kedua tangan ke atas.
“weh jap aku nak pergi beli aiskrim dulu. Pastu kita balik” ucap Ji Hye. Namjoon hanya mengangguk. Ji Hye menuju ke arah kafe yg menjual aiskrim. Sementara menunggu aiskrimnya siap, seseorang menegurnya.
“hai Ji Hye” Ji Hye berpaling.
“eh Sunbae. Hai” balas Ji Hye sambil senyum. Yoongi turut membalas senyuman Ji Hye.
“esok dah start study week. So fighting!” ucap Yoongi.
“Sunbae pun sama. Tapi Sunbae kan genius. Mesti kacang nak jawab exam nanti” Ji Hye ketawa. Yoongi turut ketawa sehingga menampakkan gummy smilenya.
“aish mana ada. Awak pun genius jugak. Nama awak selalu terpampang kat Law Fakulty” balas Yoongi. Ji Hye ketawa menutup rasa malunya. Pada masa yg sama aiskrimnya siap.
“Kali ni biar saya belanja” Yoongi menghulurkan duit pada jurujual.
“laa tak cakap nak belanja. Kalau saya tau saya ambil 2 tadi” usik Ji Hye.
“amboi bagi betis nak peha ye. Dah saya pergi dulu” ucap Yoongi. Ji Hye mengangguk & membalas lambaian Yoongi.
(sementara itu Jimin & kawan-kawanya)
“mesra nampak” Jimin menjeling ke arah Yoongi.
“why? Ada masalah dengan kau ke?” soal Yoongi
“yes! Sebab dia girlfriend aku!” Jimin bangun.
“woah..woah Jimin sabar! Kita kat kafe kot” Jin cuba menarik Jimin untuk duduk namun ditepis.
“girlfriend? Pembetulan. Dia dah takde ape-ape dengan kau” terang Yoongi.
“kau sukakan dia kan? Aku dah agak, selama ni aku perasan pandangan kau pada dia” soal Jimin sinis apabila melihat Yoongi hanya diam.
“kau tikam aku dari belakang. Kawan apa kau ni? Mulai sekarang, kau bukan kawan aku” Jimin mengambil begnya & beredar.
“Jimin! Jimin!” panggil Jungkook namun Jimin hanya membiarkan. Yoongi turut mengambil begnya & beredar.
“Yoongi, kau nak pergi mana!?” panggil Jin namun Yoongi buat tak dengar.
“aish diorang ni dah kenapa” ucap Jungkook sambil menggaru kepalanya.
“camne ni Jungkook?” soal Jin. Jungkook hanya mengangkat bahu. Dia sendiri pun pening.
Haaa sudah, 2 lelaki berebutkan perempuan yg sama 😐 and siapa yg menjadi pilihan Ji Hye😏
YOU ARE READING
[C] CRUSH [PARK JIMIN : 박 지민]
FanfictionKisah seorang perempuan yang naif, dengan crushnya