CRUSH
PART 20“yo guys! I’m here!” jerit Ji Hye sambil mendepangkan tangannya.
“welcome back!” ucap kawan-kawan officenya serentak.
“awak dah betul-betul okey ke? kalau awak nak sambung cuti saya boleh uruskan” ucap Mr Lee.
“eh takpe boss. Saya dah okey” balas Ji Hye.
“jom teman aku sarapan” Namjoon menarik JI Hye tanpa menunggu balasan dari Ji Hye.
(di meja makan)
“fasal case kau kena serang haritu, kita dah dapat gambar suspek & akan dakwa dia kat mahkamah. Cuma kita perlukan Jimin sebagai saksi untuk dakwa suspek tu kat mahkamah” Namjoon menyuap kimbab ke dalam mulut.
“tu tak jadi masalah tapi kaulah bincang dengan JimIn. Aku malas” ucap Ji Hye. Kejadian ternampak Jimin berbual bersama gadis mana ntah betul-betul menganggu fikirannya. Mesra kemain.
“lah aku pulak, yelah” Namjoon mengalah.
****
Ji Hye masuk ke dalam office sedikit tergesa-gesa, baru sahaja ingin masuk ke biliknya.
“cik Ji Hye, ada bunga & coklat untuk Cik” ucap Mina.
“ouh thanks” jawab Ji Hye lalu membawa masuk ke dalam biliknya. Tak payah teka memang dah tau dari Jimin. Ji Hye memandang sekuntum bunga ros tersebut sebelum diletakkan ke dalam tong sampah.
***
Ji Hye yg sibuk menaip di laptopnya terhenti apabila bunyi dari telefonnya. Ada mesej dari Jimin.
‘datang Hospital untuk sesi fisioterapi. Pukul 10. Be punctual’
Ji Hye menepuk dahinya. Lupas Jimin pernah berpesan suruh datang kembali seminggu kemudian. Dengan pantas dia mengambil begnya & menuju ke parking.
(di hospital)
Ji Hye menunggu dengan sabar menunggu namanya dipanggil, baru ingin membuka mulut bertanyakan Doktor namanya dipanggil masuk.
“kita berjumpa lagi” ‘Doktor’ tersebut tersenyum.
“ermmm” Ji Hye hanya senyum. Tak tau nak balas apa sebenarnya.
“so macam mana? Ada sakit-sakit?” soal Jin. Ji Hye menggeleng.
“okey kita mulakan. Erm awak cuba pegang bola tu” arah Jin. Ji Hye hanya menurut.
“okey saya nak awak susun buku ni and angkat semua” tunjuk Jin pada buku yang tersusun.
‘”erm good. Okey saya nak awak buat bentuk kapal terbang pakai lego ni & leraikan balik” arah Jin.
“seriously Doc?” tanya Ji Hye blur. Dia ingat umur aku 5 tahun ke? main lego bagai.
“tak jangan salah faham, saya nak tengok sejauh mana kekuatan tangan awak” Jin ketawa.
“okey” Ji Hye hanya menurut. Selepas 30 minit dia menyelesaikan apa yg disuruh Jin.
“alright, nampak awak dah boleh discharge. Tangan awak pun nampak macam takde masalah” ucap Jin sambil menulis sedikit report lalu kertas itu diserahkan kepada Ji Hye.
“bagi kat Doktor Park” ucap Jin. Ji Hye hanya mengangguk & ingin keluar.
“Jimin masih cintakan awak” ucap Jin. Ji Hye yg membuka pintu terhenti. Namun dia meneruskan tindakannya.
****
Ji Hye memegang kertas di tangannya sambil mencari office Jimin. Selepas 10 minit mencari dia terjumpa. Baru sahaja ingin membuka pintu, kedengaran suara orang bergelak ketawa. Ji Hye mengintai. Pffft Jimin dgn perempuan tu lagi. ji Hye dah mula panas hati.
“erm Nurse, saya nak jumpa Doktor Park” ucap Ji Hye pada kaunter bersebelahan office Jimin.
“oh kejap, cik tunggu kat biliksebelah ni. Nanti Doktor Park akan datang” arah Nurse. Ji Hye menuju ke bilik rawatan di sebelah. Tak sampai 5 minit Jimin masuk.
“apa khabar?” soal Jimin sambil senyum. Ji Hye tak menjawab sebaliknya menyerahkan kertas di tangannya. Jimin hanya mengambil & membeleknya.
“bagus nampaknya tangan awak okey. So awak lepasni hati-hati, jaga diri. Jangan berseorangan di tempat sunyi” nasihat Jimin. Ji Hye mengangguk lalu ingin beredar memandangkan semua dah selesai.
“Ji Hye, saya masih sukakan awak. Saya serius” ucap Jimin.
“enough Jimin, tak payah nak ungkit benda lama” jawab Ji Hye datar.
“saya cintakan awak” Jimin masih tak berputus asa.
“aku tak cintakan kau! Perasaan aku dah lama hilang hari kau permainkan aku! kau jangan muncul lagi dalam hidup aku! aku taknak tengok muka kau!!” ucap Ji Hye sebelum menghempas pintu dengan kuat.
****
Ji Hye membuka pintu pejabatnya, matanya terus menuju ke arah lobi menyambut tetamu. Tiada lagi kiriman bunga ros & coklat untuknya. Dia sedikit mengeluh lalu menuju ke biliknya.
“arh kenapa aku teringatkan dia pula” Ji Hye meraup mukanya. Dah seminggu kejadian tersebut berlaku, Jimin terus berhenti menghantar bunga & coklat. Call & mesej pun tak. Mungkin Jimin betul-betul jauhkan diri darinya.
“kau kenapa Ji Hye? Macam serabut je aku tengok” tegur Namjoon.
“ouh aku erm stress dengan case aku” bohong Ji Hye.
“jangan stress sangat, nanti kau yg sakit. Eh aku dah tak nampak bunga & coklat. Selalu Jimin hantar” tanya Namjoon. Ji Hye hanya mengangkat bahu.
“k kau rehatlah. Aku pun nak pergi court” Namjoon bangun. Ji Hye hanya mengangguk malas
****
Ji Hye duduk termenung di beranda rumahnya, fikirannya menerawang peristiwa dia & Jimin tempoh hari. Mungkin ayatnya terlampau kasar sehingga Jimin….erghhhh.“kau kenapa dik? Dari tadi termenung. Ada masalah ke?” soal Taehyung.
“Oppa, aku..tskk..tskk” Ji Hye menangis teresak-esak di bahu Taehyung.
“nangislah puas-puas, nanti kau cerita kat aku” Taehyung menggosok belakang Ji Hye lembut.
K sikit lagi nak habis hohoho. Mohon anda vote & comment. Lap U guyssss
YOU ARE READING
[C] CRUSH [PARK JIMIN : 박 지민]
FanfictionKisah seorang perempuan yang naif, dengan crushnya