CRUSH
PART 212 minggu berlalu masih tiada tindak balas positif dari Jimin, hati Ji Hye meronta-ronta namun disebabkan ego dia hanya membiarkannya.
“Ji Hye, Jimin apa khabar?” soal Namjoon.
“ingat aku bini dia ke? mana la aku tau” jawab Ji Hye.
“kau tak lagi sejam dia akan ke Kanada? Dia minta pindah sana” ucap Namjoon.
“I don’t care, aku pun tak suka tengok muka dia” Ji Hye masih berkeras hati.
“pftt ego betul kau ni. Teruskanla ego kau. Jangan sampai kau hilang dia untuk kali kedua, perasaan dia pada kau betul-betul ikhlas. Aku lelaki aku tau Ji Hye” nasihat Namjoon. Ji Hye masih meneruskan fokusnya pada laptop di depannya.
“mungkin ni peluang kau untuk mulakan semula. Kau masih ada masa” ucap Namjoon lalu bangun, meninggalkan Ji Hye dengan muka batunya.
******
(Di Airport)
“laa kau nangis apsal?” soal Jimin.
“nanti aku rindu kau, kau nak pergi jauh kot” muncung Jungkook.
“halah..halah macam tak boleh skype aku. lagipun aku pergi sebab tugas” ujar Jimin.
“jaga diri kat sana tau” pesan Jin. JImin mengangguk.
“Ji Hye tau ke kau nak pergi ni?” soal Yoongi. JImin menggeleng perlahan.
“dia tengok muka aku pun dah taknak, salah aku sebab permainkan dia dulu. Memang patut dia benci aku” Jimin senyum tawar.
‘Penumpang pesawat Korean Air untuk ke Kanada sila menuju ke gate 5, pesawat akan berlepas sebentar lagi. pastikan tiket & passport ada bersama’-
kedengaran pengumuman untuk berlepas.
“k aku pergi dulu guys, jumpa lagi” Jimin mengambil bagasinya. Setelah melambai dia menuju ke arah platform.
“PARK JIMIN!!!”
Jimin menoleh, serentak itu juga satu pelukan hinggap di tubuhnya.
“jangan pergi, jangan tinggalkan saya lagi. Tolong jangan pergi Kanada. Tolong jangan pindah sana, saya taknak hilang awak sekali lagi. Jangan tinggalkan saya. Please” ucap Ji HYe sambil menagis. Pelukannya masih belum dilepaskan. Jimin sedikit blur.
“erk awak cakap apa ni?” soal Jimin.
“awak nak pergi Kanada kan? Nak pindah sana? Nak lari jauh dari saya?” soal Ji Hye yg masih dalam tangisan.
“memang saya nak pergi Kanada, tapi saya kursus 2 minggu kat sana, bukanya pindah. Siapa bagitau awak ni?” soal Jimin. Serta-merta Ji Hye berhenti menangis. & memandang tajam ke arah Namjoon & Taehyung yg berdiri tak jauh dari mereka.
“kooorang, memang nak kena dengan aku kan?!” Ji Hye ingin menuju ke arah Taehyung & Namjoon namun lengannya ditarik.
“so dengan semua ni bermaksud awak dah terima balik saya jadi boyfriend awak kan? So kita boleh mulakan semula hubungan kita yg dulu?” soal Jimin dgn mata bercahaya. Ji Hye mengangguk. Jimin terus memeluk Ji Hye erat.
“terima kasih sayang” ucap Jimin sebelum melepaskan pelukan. Dia mencapai sesuatu dalam poket seluarnya. Tangan Ji Hye dicapai. Seutas gelang dipakai pada pergelangan tangan Ji Hye.
“awak..awak masih simpan?” soal Ji Hye terharu.
"Mestila, ni je pengubat rindu saya kat awak" Jimin senyum.
“wow sungguh dasyat kisah percintaan diorang” Jungkook mengelap air mata terharunya.
“macam dalam movie duh” ucap Namjoon.
“haih bilalah jodoh aku nak sampai ni” ujar Jin pula.
“saya sayang awak, saya tak pernah berhenti mencintai awak” ucap Jimin sambil senyu manis. Muka Ji Hye ditarik mendekatinya. Matanya memandang bibir merah Ji Hye. Perlahan-lahan dia mendekatkan bibirnya ke bibir milik Ji Hye.
“aduh! Asal ni!?” Jimin menggosok kepalanya akibat dibaling kasut oleh Taehyung.
“berani kau cium adik aku depan aku?! kau tak kahwin lagi dengan dia. Suka-suka hati kau je” jeling Taehyung.
“apa ni Oppa? Tak boleh cakap elok-elok ke?” ucap Ji Hye sambil menggosok kepala Jimin.
"Ingat eh, aku still tak suka kau" jeling Taehyung.
“awk sakit” muncung Jimin.
‘panggilan terakhir penerbangan Korean Air ke Kanada. Sila menuju ke gate 5, pesawat akan berlepas sebentar lagi’
“tunggu saya. 2 mingu lagi saya balik & kita kahwin” Jimin mengenggan tangan Ji Hye. Ji Hye mengangguk. Jimin mencapai bagasinya & menuju ke platform sambil melambai-lambai.
“fuh finally settle. complicated betul case korang ni” ujar Yoongi.
“Taehyung! Namjoon! Asal korang tipu aku hah?!” soal Ji Hye geram.
“eleh kalau kitaorang tak tipu kau still kekal dgn ego bodoh kau tu. Nyampah aku” ujar Taehyung. Mereka semua bergerak meninggalkan Ji Hye keseorangan.
“eii Oppa ni!!” Ji Hye laju mengejar kawan-kawanya.
Okieee guys, next part is last part. Maybe minggu depan aku post. Lepas baca vote tauuuu
YOU ARE READING
[C] CRUSH [PARK JIMIN : 박 지민]
FanfictionKisah seorang perempuan yang naif, dengan crushnya