Second Day.
Aku terus berlari masuk kedalam kelas.Penat lelah aku berlari tidak mahu lambat datang ke sekolah buat kali kedua.Sampai aku didepan kelas aku terus lupa ingatan."Dimana tempat aku?"berfikir aku sampai cikgu kat belakang pun tak perasan.
"Assalamualaikum..."kata cikgu dari belakang.
"Ya rabbi!"kataku nasib melatah benda baik.
"Lupa tempat ke?"tanya Cikgu.
"Cikgu,err...haah hilang ingatan pula."kataku sambil mencari tempat duduk.Patutlah...aku terlupa...si Zairi ni bertugas kat depan gate.Tak perasan langsung.Okay aku pun duduklah kat tempat duduk aku.
"Okay hari ini ada projek.Dalam satu grup ada dua lelaki dan dua perempuan...dan.."Cikgu terus memandang kearah bunyi ketukan pintu dan menyambung semula bicaranya.
"Hazri pusinglah belakang kita satu grup."kata ku sambil menjeling kearah Zairi yang baru hendak duduk.
"Asal kau grup sini,grup sanalah."kata Zairi separuh membisik yang membuatkan telinga aku ni nak memekak je.Salah ke kalau si Hazri ni nak grup dengan Hannah dan aku.Yang dia ni macam tu dah kenapa?
"Haish diorang dah ada grup la...ni je yang tinggal nak buat macam mana.Kau duduk jelah.."kata Hazri.
"Kau kat sini pun sebab Hannah kan."kata Zairi nakal.
"Hah?"kata aku dan Hannah serentak.
"Eh..takda apa-apa."kata Hazri lalu menekup mulut Zairi.
"Mmm...namm"kata Zairi yang masih ditekup mulut oleh Hazri.
"Dahlah...jom nanti tak siap kerja kita."kata Hannah.
Tangan Hazri ditarik dari mulut Zairi."Baiklah..."
"Huish...separuh mati aku."kata Zairi separuh bisik tapi dapat didengari aku.
♡♡♡♡
Aku memberi idea dan aku sekilas memandang kearah Zairi yang asyik memandangku sambil tersenyum.Apabila dia terasa seperti aku memandangnya dia terus membuang layangannya jauh-jauh.Aku rasa dia dah buang tebiat rasanya.Atau...sebaliknya.
♡♡♡♡
Seusainya makan aku terus masuk kedalam surau sekolah untuk menunaikan solat sunat duha.Semoga dipermudahkan segala urusan dan dugaanku berada di sekolah itu.
Selepas itu aku terus masuk ke kelas.Pandanganku tertumpu kearah sesuatu yang berbalut dengan kemas.Aku terus membukanya.Dengan rasa terkejutnya aku mendapat sebuah hadiah daripada SECRET ADMIRE .Orang yang suka kau secara senyap dan sentiasa menutup mukanya yang terasa gelisah.
YOU ARE READING
Secret Admirer
Teen FictionSampai 8 tahun masih mencintaimu dalam diam. Secara tiba-tiba rahsia itu terbongkar.Tidak keluar dari bibirku sendiri. Dan kau terima aku seadanya. . Secara tiba-tiba muncul orang ketiga yang inginkan ku semula. . Dapatkah Faizatul mengambil semula...