Esoknya...waktu malam.
Zairi baru sahaja keluar dari sebuah kedai.Membeli sesuatu untuk seseorang.Dia mencari-cari di mana kereta Hazri berada.Dia berjalan mencari kereta dan tiba-tiba seseorang muncul didepannya memegang sebilah pisau.Tanpa sempat dia bertanya sepatah kata pun kepada orang asing tersebut...dia terus ditikam.Tanpa melihat muka manusia tersebut,dia rebah selepas orang tersebut menarik semula pisaunya dan melarikan diri tanpa berkata apa-apa.Tiada siapa yang melihat kejadian ini pada waktu sebegini.Dan juga disitu,Hazri yang sedang mencari Zairi terlihat kejadian tersebut lalu cepat-cepat mendapatkan Zairi.
"Wei Zairi!"jerit Hazri lalu memapah Zairi.Dia terus mengambil telefon dari poket seluarnya.
"Hello."
♡♡♡♡
Aku sedang berbaring di atas katil.Aku masih belum tidur.Hati aku pula tidak berapa sedap pula waktu begini.Seperti terjadi sesuatu yang aku tidak tahu.Tiba-tiba telefon aku berdering.Aku terus mencapai telefonku.
Airin!-jerit Hazri.
Asal ni.-sakit telingaku mendengar jeritan Hazri dari ruangan telefon.
Zairi...-Hazri berhenti bercakap.Aku dapat mendengar dia menarik nafas sebelum memulakan bicaranya.
Dia masuk hospital-kata Hazri.
Hospital mana ni?Share location!-aku terus mematikan panggilan dan cepat-cepat memakai jaket dan menyarung tudungku lalu cepat-cepat keluar rumah.
♡♡♡♡
Aku nampak Hazri tunggu di pintu utama hospital.Aku rasa dia menungguku.Aku pergi ke arah Hazri.
"Wei asal ni?"tanya ku cemas.
"Dia.Arghh aku tak boleh explain lah waktu macam ni.Aku tengah tense gila kot.Aku pun tak tahu apa jadi.Aku jumpa dia."kata Hazri.Ternyata hatinya tidak tenang.
"Asal kau duduk sini.Tunggulah kat depan pintu bilik dia."kata ku.
"Yeke?"kata Hazri.(Aku rasa dia pun macam jadi bxdxh)
"Kau ni jom tunjuk aku mana dia."kata ku lalu berlari.Hazri menyusulku.
♡♡♡♡
Kami duduk dikerusi.Menanti keputusannya.Hazri terkumat-kamit membaca sesuatu.Apa yang dicakap aku tidak tahu.
"Asal kau telefon aku je?"tanya ku kepada Hazri yang sudah menutup mulutnya kembali lalu lalu dia memandangku untuk menjawab pertanyaanku.
"Ada sebab."kata Hazri.
"Sebab?"aku bingung pada waktu tegang begini.
"Sebab..."Hazri tidak sempat menjawab sebaliknya melihat doktor yang sudah keluar dari bilik (ntah).Kami berdua terus bertanya bagaimana keadaannya.Doktor yang bernama Razman tersebut berkata...'keadaanya tidak begitu kritikal.Tapi buat masa sekarang dia tak sedar lagi.'Doktor tersebut berlalu pergi.Kami bersyukur.
"Hazri... aku nak tanya ni kau baca apa tadi."tanyaku.
"allah humma bariklana fima..."kata Hazri.
"Hei!Asal kau baca doa makan waktu cemas begini?"kata ku.
"Doa makan ke.Aduh!"kata Hazri sambil menepuk dahinya.
"Aku nak balik ni.Esok aku datang balik."kata ku.
Aku terus bangun.Tiba-tiba Hazri menghalang laluanku lalu memberi sesuatu kepadaku.
"Apa ni?"tanya ku.
"From your secret admire.Zairi.Dia cakap dah lama nak bagi ni.Dia cakap benda ni yang kau nak selama ni."kata Hazri.
"Zairi?Aku ingat orang lain?"kata ku sedikit terkejut.
"Bukan kau dah tahu ke?"tanya Hazri.
"Tak.."kataku.
"Ha tu nanti aku citer.Sekarang ni siapa nak jaga si Zairi ni?"tanya Hazri.
"Kau."kata ku.
"Kita main undi."kata Hazri.
"Allah!Masa sekaranglah kau nak main osom.Takpalah aku jaga.Esok aku off.Tapi lusa kau yang kena jaga.Kau faham."kata ku.
"Baik bos!Walaupun kau bukan bos aku."kata Hazri.
"Kau ni semua nak lawak.Kau nak balik kan.Bye."kata ku.
"OK.Bye."kata Hazri berlalu pergi.
Makin lama makin hilang susuk tubuh Hazri.Tiba-tiba aku duduk balik.Mengeluh."Apa aku dah buat ni.Patutnya Hazri yang jaga.Mahu si Zairi terkejut beruk tengok aku."kataku dalam hati.
YOU ARE READING
Secret Admirer
Teen FictionSampai 8 tahun masih mencintaimu dalam diam. Secara tiba-tiba rahsia itu terbongkar.Tidak keluar dari bibirku sendiri. Dan kau terima aku seadanya. . Secara tiba-tiba muncul orang ketiga yang inginkan ku semula. . Dapatkah Faizatul mengambil semula...