The next day..
Waktu rehat kami bercadang untuk menyorok di sebalik pintu di kelas.Ingin mencari siapakah orang yang berselindung selama ini.
Kami pun menyorok.
Dan terlihat kelibat seorang lelaki yang kami kenali,meletakkan sebungkus hadiah di bawah meja aku.Kami terus menyergah dia.
"Woi!"sergah kami serentak.
"Allah."dengan terkejutnya si Hazri.
"Ooo...lepas Hannah kau gi mengurat Airin.Ayo."kata Nurin.
"Bukan aku la.Aku hanya sekadar agen je."kata Hazri.
"Habistu siapa?"tanya Hannah.
"Err...Ish aku tak boleh aku siap bersumpah dengan dia jangan bagitahu siapa-siapa pasal hal ni."kata Hazri.
"Ish masalah lah."kata Amira.
Aku yang hanya membisu di tempatku berpijak ini."Wei Airin.Give up jela."kata Hannah.
"Mana boleh give up.Setiap malam aku tak boleh tidur kerana asyik memikirkan tentangnya."kata ku.
"Ha ha kau ni banyak sangat fikir."kata Nurin.
"Dah lah."kata ku.
Tidak disedari mereka seseorang menyorok.
♡♡♡♡
Aku berjalan tidak tentu arah.Aku pening-pening memikirkan pasal ini.Sampai transport selalu menunggu pun terlupa.
"Woi Airin kau nak gi mana tu.Berjalan macam pengemis."kata seseorang dari belakang.
"Eh!"aku punya otak sudah tidak berhubung.Hish diri aku ni dah kenapa asyik fikir benda tu je sampai berpusing-pusing ditempat parking.
"Hish kau ni."kata Aisya menarik tanganku.
"Eh...Sabar aku nak pergi sana kejap."kata ku sambil menunjukkan kearah penjual aiskrim.
"Ok...tapi kau jangan lambat tak pasal-pasal kau kena tunggu."kata Aisya lalu pergi.
Aku pun pergi ke arah penjual aiskrim.Aku terasa seram sejuk.Terasa orang menjeling ku dengan pandangan yang tajam.Aku tidak menjadi untuk membeli aiskrim.Aku mengambil seribu langkah menuju ke arah transporter aku.
YOU ARE READING
Secret Admirer
Teen FictionSampai 8 tahun masih mencintaimu dalam diam. Secara tiba-tiba rahsia itu terbongkar.Tidak keluar dari bibirku sendiri. Dan kau terima aku seadanya. . Secara tiba-tiba muncul orang ketiga yang inginkan ku semula. . Dapatkah Faizatul mengambil semula...