Aku masuk ke dalam kelas dengan keadaan yang pasrah.Meninjau kembali detik pertemuan aku dengan Faizatul....
(THROWBACK)
Aku segera menuju ke arah kereta.Langkah ku semakin cepat seperti sedang berlari.Tiba-tiba tanganku dipegang seseorang dari belakang.Aku tergamam.Teragak-agak aku mengalihkan pandangan ku ke arah dia.
"Kau kan."kata Faizatul dengan senyuman sinis.
"Saya?"aku bingung bercampur perasaan pelik.
"Huh,jangan buat tak tahulah.Baru berapa hari sekolah kat sini dah dapat boyfriend.Dah lah crush aku pulak tu."kata Faizatul.
"Kenapa saya tak faham?"kata ku.
"Kau tahu-tahulah sendiri.Tapi aku nak bagi amaran jangan kau cuba nak dekat dengan dia lagi .Faham!"kata Faizatul
Aku semakin bingung.Siapa yang dimaksudkanya."Sebabkan kaulah aku dengan dia putus sejak kehadiran kau."sambung Faizatul.
"Dahlah pergi bla lah.Aku taknak tengok muka kau lagi."kata Faizatul lagi lalu menolakku.Hampir terjatuh aku dibuatnya.Apa salah yang aku buat.
"Airin!"panggil Aisya.
"'Aaa...ye.."aku mengalihkan pandanganku kearah Aisya.
"Cepatla.."kata Aisya.
Tanpa membuang masa,aku terus menuju kearah kereta.
(End Throwback)
"Asal kau ni termenung dari tadi."kata Hannah mengejutkan lamunanku.
"Aaa...takda apa-apa pun.Haih."kata ku menghela nafas berat.
"Kenapa ni.Bagilah tau masalah kau.Jangan pendam je."kata Hannah.
"Sebenarnya..."aku tidak dapat memulakan ceritaku apabila Hazri menyampuk.
"Apa citer.Nak dengar jugak."kata Hazri.
"Hish kau ni kan tak menyampuk satu hari boleh tak."kata Hannah.
"Hmm...citer la apa jadi."kat Zairi yang tiba-tiba memandang belakang.
"Sebenarnya...pasal Faizatul.Aku rasa dia dah tahu pasal kejadian ni.Tapi aku tak faham kenapa dia tiba-tiba aje macam tu.Haih."kataku sambil menghela nafas berat.
"Faizatul?"kata Zairi mengerutkan dahinya lalu memandang Hazri.Ternyata Hazri juga berada pada situasi yang sama.
"Korang berdua ni dah kenapa pulak."kata Hannah.
"Takda apa-apa pun."kata Hazri mengalihkan pandangan ke arah Zairi.Melihatkan Zairi yang terasa resah gelisah kini.Tiba-tiba cikgu memberi salam.Terkejut kami dibuatnya.
♡♡♡♡
"Apa!"jerit kawan-kawanku.
"Shh...nanti orang dengar."kata ku.
"Kenapa dengan dia tu...aku rasa macam nak tackle aje dia ni."kata Nurin.
"Kau tackle-tackle jugak.Nanti dia tumbuk kau baru tau."kata Amira.
Sedang kami berbual kami dikejutkan dengan seseorang."Woi...masuk kelas."kata Zairi.
"Alamak ketua pengawas dah marah baik cepat."kata ku kepada kawan-kawanku.
"Apa kau cakap."kata Zairi mencekak pinggang.
"Takda apa-apa bye."kata Ku lalu pergi ke kelas.Tidak kami sedar loceng rehat sudah berbunyi sedangkan loceng dekat sahaja di sekitar pondok tersebut.Mungkin lalai sangat berbual sampai tak dengar pun loceng sudah berbunyi.
"Diorang ni banyak ragaman betul."kata Zairi dalam hati.Sedar tidak sedar senyuman lekang dibibirnya membuatkan dia melupakan masalahnya...
YOU ARE READING
Secret Admirer
Teen FictionSampai 8 tahun masih mencintaimu dalam diam. Secara tiba-tiba rahsia itu terbongkar.Tidak keluar dari bibirku sendiri. Dan kau terima aku seadanya. . Secara tiba-tiba muncul orang ketiga yang inginkan ku semula. . Dapatkah Faizatul mengambil semula...