gobek api

267 12 0
                                    

GOBEK API

Kehebatan daya kreatif dan inovasi bangsa agung Melayu zaman dahulu dalam penciptaan, bukan hanya pada satu ciptaan peralatan berinovasi sahaja. Tetapi kalau dihimpun atau dikira jumlah nya adalah tidak terkira. Hal ini menunjukkan peradaban bangsa Melayu adalah amat tinggi sekali dan dalam sesetengah ciptaan, ianya mendahului peradaban bangsa lain di dunia ini.

Selain daripada mencipta pemetik api atau apu piston pertama yang dikenali sebagai Gobek Api. Bangsa agung Melayu juga telah mencipta satu lagi peralatan yang digunakan untuk menghancurkan adunan sirih seperti pinang, gambir dan kapur. Ianya dikenali sebagai Gobek Sirih dan dikatakan Gobek Api adalah variasi dari Gobek Sirih ini. Dimana ketika satu ketika dahulu ketika seorang menggunakan Gobek Sirih untuk dibuat adunan sirih makan tanpa sengaja telah menguarkan api. Maka dari situ lah lahir nya Gobek Api.

Jika kita lihat melalui pandangan pun rekabentuk Gobek Sirih dan Gobek Api ini adalah seakan sama. Gobek Sirih ini kebiasaannya dibuat dari bahan seperti tembaga, tanduk, gading dan kayu keras.

Cara penggunaan Gobek Sirih ini adalah dimana, setelah biji pinang dikacip dengan Kacip Pinang dan menjadi ketulan kecil. Ketulan kecil bijik pinang tersebut bersama kapur dan gambir akan dimasukkan ke dalam Gobek Sirih untuk dihancurkan. Setelah ketiga-tiga bahan tersebut dihancurkan maka ianya akan diambil untuk diletakkan pada daun sirih untuk dikunyah.

Bangsa agung Melayu zaman dahulu memang telah terbukti dengan pelbagai hasil ciptaan kreatif dan inovatif yang amat hebat dan mendahului zaman. Malah idea mereka dalam penciptaan peralatan berteknologi tinggi ini sesetengahnya tidak dapat ditandingi oleh peradaban bangsa lain. Bangga dan bersyukurlah kita kepada Allah SWT kerana dilahirkan sebagai sebahagian bangsa hebat dan agung ini

Userarezal
13-10-2018

Mengenali SejarahWhere stories live. Discover now