KEDATUAN LU'U BONDANYA TANAH BUGIS & INDUK AGAMA ISLAM
Lu'u adalah induk Bugis darimana datangnya Daeng Mempawah kononnya anak kepada pajung Lu'u, setengah riwayat menyatakan itulah asal Tun Tuah Laksamana besar negeri Melaka.
Dari gunung-ganang Matano yang didiami bangsa penempa besi keturunan Sitti Balqis dan Sitti Malangke' mereka turun ke Wotu di muara kemudian kerajaan Lu'u berakhir di Palopo dan itulah negeri asal opu-opu anak Tenriburang Daeng Rilaka dan La Maddusalat yang melarikan diri ke barat akibat pengkhianatan Perjanjian Bungaya Hindia Timur Belanda.
Awatenggeng ri Gowa alebbereng ri Lu'u
Perbilangan ini menyatakan bahawa pada abad ke-17 masihi meski kekuasaan itu di Gowa tetapi kehormatan dan kewibawaan itu di Lu'u kerana segala peradaban berasal dari sana sejak zaman pandai besi.
Apabila Sultan Aceh mengirim Khatib Sulaiman ke Tanah Bugis pada tahun 1600 mereka disarankan agar mengislamkan terlebih dahulu negeri Lu'u kerana di situlah kehormatannya terkumpul. Islam tanah Lu'u maka seluruh Bugis akan Islam.
Maka pada tahun 1603 islamlah Sultan Ali Datu Patiware' dan kemudian penggantinya Sultan Abdullah Datu Patipaung yang mengambil keputusan berpindah dari Wotu ke Palopo. Masjid raja yang pertama justeru didirikan di Palopo dan syariat Islam dikembangkan sebagai perundangan rasmi dan qadhi-qadhi duduk pada sidang Keadilan yang Dua Belas.
Userarezal
14-10-2018
ANDA SEDANG MEMBACA
Mengenali Sejarah
Fiksi SejarahUntuk mengenal bangsa melalui sejarah.. Menyulusuri sejarah tamadun purba..
