Timbul perdebatan dari mana asal muasal silat. Ok ada orang kata silat berasal dari minang, dari seberang. Masing masing ada hujahnya.
Actually silat ni misteri. Tidak ada catatan rasmi.
Orang Bajau tidak pernah ke tanah Jawa atau Sumatera. Orang Pahang tidak pernah ke selatan Filipina. Dan orang Acheh tidak pernah ke Brunei.
Itu contoh. Bukan fakta. Contooh.
Tapi point yang saya mahu kata disini ialah seni silat ini sudah lama bertebaran di Nusantara. Tanpa diketahui darimana ia datang. Tiada siapa dapat sahkan dari mana asalnya, namun kita maklum bahawa seni ini ada dalam setiap kaum-kaum pesisir pantai seperti Melayu, Jawa, Minang, Bajau, Sulu, Bugis, Banjar, dan lain lain.
Kenapa saya kata kaum pesisir pantai. Sebab selain dari suku suku yang diletakkan dibawah rumpun Alam Melayu suku-suku lain tidak pernah memiliki seni silat. Misalnya kaum pedalaman seperti Kadazan dan Dusun. Dalam istilah Anthropology, kaum kaum Borneo ini diletakkan dibawah payung Dusunic.
Kalau pun ada individu dari suku Dusunic mahir bersilat ia cuma milik perseorangan yang belajar secara berguru dan bukan milik warisan temurun dalam kaum.
Maaf, saya tidak memperkecilkan etnik etnik ini. Saya berkata melalui fakta bahawa tidak ada silat warisan dalam suku pedalaman Borneo.
Berbalik pada isu. Kalau kita kata silat tidak berasal dari Malaysia atau Brunei atau Filipina, itu saya kata mustahil.
Kenapa? Sebab nusantara ini dulu tidak bersempadan seperti yang ada sekarang. Orang tua kita zaman dulu bebas kesana kemari. Mereka bawa bersama ilmu dan budaya.
Jadi kalau orang kata Silat ini wajib berasal dari seberang, bagaimana kalau saya kata Jawa yang ada di Johor juga melestarikan silat warisan. Kemudian orang orang Bajau juga melestarikan silat di wilayah Filipina.
Mereka melestarikan budaya milik mereka kemudian budaya itu diwarisi anak cucu yang mana anak cucu mereka memasukkan budaya itu dalam daftar rasmi UNESCO. Itu bukan tindakan mencuri. Itu namanya mewarisi sesuatu yang sudah ada dalam kaum masing-masing.
Dan kebetulan, kaum kaum ini sudah bertebaran diserata Nusantara dan terpisah oleh sempadan moden sesebuah negara. Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Filipina.
Atok saya Jawa, (CONTOH) kita tidak boleh kata silat warisan Jawa dari atok saya milik Indonesia. Ia milik kaum atok saya. Atok sebelah mak saya pula Bajau(CONTOH), kita tidak boleh kata silat Bajau dan seni bermain Sundang berasal dari selatan Filipina sedangkan ia adalah milik kaum sebelah ibu saya.
Cuma yang jadi masalah. Bila isu kenegaraan melebihi dari usaha berkasih sayang antara serumpun itu yang lahir isu tuduh menuduh konon budaya dicuri.
Eh helo. Saya orang Jawa(CONTOH), masak rendang style Jawa itu juga budaya kami. Sekalipun kami sudah beratus tahun hidup mati di Malaysia kami tetap dengan warisan budaya kami. Jadi wajarlah kami kata budaya itu milik Malaysia sebab ia milik kaum yang ada dalam Malaysia. Itu contooh. Bukan fakta.
Begitu juga dengan Silat. Ia diwarisi oleh setiap kaum. Kemudian kaum itu mendaftarkannya kedalam UNESCO atas nama negara yang ia duduki.
Sebagai penutup, saya minta kerajaan Malaysia daftarkan Bahasa Melayu sebagai warisan negara dalam UNESCO bahawa ia milik Melayu. Biar kita tengok siapa curi bahasa siapa.
Terang terang nama pun bahasa Melayu. Milik Melayu laa. Kenapa orang sebelah tu tak pakai bahasa marang prapu kepunden marang skeper sebagai bahasa kebangsaan. Dasar maling kalian.
*nusantara ini ada tidak kurang dari 300 jenis silat dan ia bertebaran diseluruh pelosok Alam Melayu.
USERAREZAL
11-11-2019

YOU ARE READING
Mengenali Sejarah
Ficção HistóricaUntuk mengenal bangsa melalui sejarah.. Menyulusuri sejarah tamadun purba..