2 hari yang lepas, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah membuat kenyataan yang mengejutkan dengan mencadangkan supaya nama Filipina ditukar kepada Maharlika.
Rasionalnya, nama "Filipina" (Philippines) ialah nama yang diberi oleh penjajah. Sebelum kedatangan Sepanyol pada abad ke-16, Filipina bukan sebuah entiti politik yang bersatu seperti hari ini. Di Luzon ada kerajaan-kerajaan kecil, di Kepulauan Visaya ada kerajaan-kerajaan kecil; di Sulu dan Mindanao pun ada kerajaan-kerajaan kecil.
Hanya selepas kedatangan Sepanyol, pulau-pulau ini disatukan sebagai satu jajahan Sepanyol. Jajahan ini diberi nama Las Islas Felipinas, mengambil sempena nama Felipe II (Bahasa Inggeris: Philip II), Raja Sepanyol dari 1556-1598. Nama Felipe ini kekal walaupun penjajahan Sepanyol tamat pada 1898.
Penjajah baru iaitu Amerika meneruskan penggunaan nama Las Islas Felipinas dalam Bahasa Inggeris iaitu "the Philippine Islands". Cuma selepas tahun 1935, Amerika memberi taraf pemerintahan diri dan membuang perkataan "Islands" daripada namanya, maka jadilah "the Philippines".
Maharlika menurut Duterte lebih sesuai kerana ia sebuah perkataan Melayu ("merdeka"). Tapi "merdeka" pun bukanlah beka Melayu (perkataan Melayu yang asli) tapi kata pinjaman yang berasal daripada Bahasa Sanskrit ("maharddhika").
Dalam sejarah Luzon sebelum kedatangan Sepanyol juga wujud kelas pahlawan yang dinamakan sebagai "maharlika". Di zaman feudal, hamba tak boleh jadi pahlawan, jadi pahlawan ni kira "manusia merdeka" (freeman). Presiden Ferdinand Marcos pun pernah mencadangkan supaya nama Filipina ditukar kepada Maharlika pada tahun 1978, tapi tak jadi.
Pertukaran nama negara atas sentimen anti-penjajah bukanlah benda yang pelik. Hindia Timur Belanda diganti dengan Indonesia. Rhodesia (dinamakan sempena Cecil Rhodes) diganti dengan Zimbabwe. Gold Coast diganti dengan Ghana. New Spain diganti dengan Mexico. New Granada diganti dengan Colombia.
Ini namanya "indigenization". Bagi golongan nasionalis, amat awkward sekiranya orang Filipina masih identify diri dengan Raja Felipe, kepala penjajah yang membunuh dan menyeksa nenek moyang mereka sendiri. Kalau nak merdeka, merdeka habis.
Kejutan kedua ialah kenyataan Duterte tentang "kita ialah Melayu" (we are Malays), so kenalah pakai nama Melayu seperti Maharlika.
Orang Filipina tak terkezut, tapi aku nampak ramai warganet Malaysia terkezut. Mungkin sebab selama ini orang kita menganggap Melayu hanya ada di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Inferior Malays yang malu mengaku Melayu lagilah tak dapat hadam kenapa orang Filipina nak klaim diri Melayu.
Ini bukan kali pertama Duterte kata "we are Malays". Dalam satu kenyataan pada Julai 2018 yang lepas, Duterte juga berkata kepada Abu Sayyaf, "We're not Arabs. Let's not follow them. We are Malays".
Dalam borang permohonan visa Singapura, ada satu kolum untuk "Race, e.g. Malay, Indian, Chinese, Caucasian, etc". Orang Filipina mesti akan mengisi "Malay". Amalan orang Filipina ini kadang membuat orang Singapura konfius. Sebab bagi mereka, Malay = beragama Islam, berbahasa Melayu, pakai baju Melayu. Tak ada satu pun ciri-ciri ni ada kat orang Filipina.
So on what basis orang Filipina klaim diri sebagai "Malay"?
Untuk tujuan pemahaman, kita kena ingat beberapa istilah sains sosial dalam mengkategorikan manusia: ras (race), etnik (ethnicity), bangsa (nation).
Apa yang kita sebut sebagai "orang Melayu" boleh jadi ras Melayu, etnik Melayu atau bangsa Melayu. Setiap kategori ini tak sama.
Melayu seperti dalam fahaman orang Filipina ialah "ras Melayu" (Malay race), ia ada kaitan tapi tak 100% sama dengan fahaman kita tentang Melayu iaitu "etnik/bangsa Melayu" (Malay ethnicity/nation).
![](https://img.wattpad.com/cover/164216757-288-k253410.jpg)
YOU ARE READING
Mengenali Sejarah
Ficção HistóricaUntuk mengenal bangsa melalui sejarah.. Menyulusuri sejarah tamadun purba..