sejarah peradaban kelantan

996 23 2
                                    

SEJARAH KERAJAAN KELANTAN PURBA DAN KEHEBATAN MAHARAJANYA YANG MENAKLUK DARATAN INDOCHINA

Kerajaan Chi Tu (panggilan orang Cina purba) atau membawa maksud Kerajaan Tanah Merah dalam Bahasa Melayu adalah asalnya merupakan negeri persekutuan yang terdiri dari Kalathana (Kelantan), Thanathana (Terengganu), Gangga Negara (Perak) dan Kuli (Pahang) yang mana agama rasminya adalah Buddha. Negeri ini ditubuhkan pada 418M dan sepakat melantik Raja Kalathana iaitu Bhadreswararaja sebagai pemimpin negeri persekutuan ini. Raja Bhadreswararaja telah mengistiharkan negeri ini bebas dan merdeka dari penjajahan kerajaan Funan yang dibayangi Empayar Kerajaan Melayu Champa sebelum ini. Kerajaan ini dipercayai telah wujud antara 200 SM dan kekal hingga kurun ke-7 masihi. Kerajaan ini diasaskan oleh kerabat diraja yang dikenali sebagai Chu-dan bermaksud Ghautama Buddha.

Kewujudan Kerajaan hebat Chi Tu ini ada dicatitkan dalam sejarah negara China di bawah Dinasti Sui (581 hingga 618). Pekara ini dicatatkan oleh duta China ke kerajaan Chi Tu iaitu Chang Chun pada 607. Yang mana duta ini diutuskan oleh Maharaja Dinasti Sui sendiri iaitu Maharaja Yang Guan. Kerajaan Chi Tu ini juga ada dicatitkan pada Batu Berssurat Cherok Tok Kun atau Batu Bersurat Budhagupta yang ditemui di Seberang Perai pada abad ke-19. Batu bersurat ini menggunakan tulisan Pallava abad ke-5 (400 hingga 500 M) dan batu bersurat ini dipercayai ditulis pada 566M. Batu bersurat ini mengisahkan kejayaan pelayaran seorang nahkoda kapal Melayu yang berasal dari Tanah Merah.

Akibat pembentukan negeri peserkutuan ini oleh Kalathana ini menyebabkan Mahraja Champa telah marah. Pada tahun 427 M, Maharaja Champa telah mengarahkan angkatan perang di bawah negeri jajahannya iaitu Langkasuka untuk menyerang negeri Kalathana di bawah Raja Bhadreswararaja. Walaubagaimanapun serangan Maharaja Champa tersebut dapat dipatahkan oleh angkata tentera Khalatana yang terkenal dengan semangat juang nya tinggi, gagah dan berani. Sebaliknya, angkatan tentera Khalatana yang dapat menawan pula Wilayah Langkasuka hingga ke Tambralingga dan seterusnya menguasai sepenuhnya wilayah Segenting Kra.

 Sebaliknya, angkatan tentera Khalatana yang dapat menawan pula Wilayah Langkasuka hingga ke Tambralingga dan seterusnya menguasai sepenuhnya wilayah Segenting Kra

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Disebabkan pada masa yang sama, Empayar Kerajaan Champa sedang berperang dengan China. Maka mereka lebih menumpukan kempen peperangan dengan China dan tidak memberikan tumpuan kepada perpecahan wilayahnya di selatan dan menyerahkan kerajaan Funan di bawah taklukannya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

 Maka mereka lebih menumpukan kempen peperangan dengan China dan tidak memberikan tumpuan kepada perpecahan wilayahnya di selatan dan menyerahkan kerajaan Funan di bawah taklukannya untuk menyelesaikan masalah tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mengenali SejarahWhere stories live. Discover now