Sesetengah bukan Melayu suka menuduh Melayu sebagai pendatang di Semenanjung dengan menutup fakta Sumatera (Suvarnadwipa) dan Semenanjung (Suvarnabhumi) adalah satu wilayah bangsa.
Jika logik bodoh mereka diterima, Tamil adalah pendatang di Sri Lanka. Orang Cina adalah pendatang di Taiwan. Tentu kau marah kan? Padahal Sri Lanka hari ini diiktiraf sebagai negara Sinhala dan diketahui Taiwan adalah pulau dengan pribumi Austronesia yang serumpun dengan Melayu.
Malah secara paleologi, ketika paras laut meningkat, kerana ceteknya Selat Melaka, Semenanjung dan Sumatera merupakan ciri georafi paling terakhir terpisah di rantau ini.
Beberapa temuan menunjukkan Mendailing yang bermaksud 'Bonda Yang Hilang' adalah kumpulan yang berasal dari Semenanjung yang terpaksa berpindah ke Sumatera akibat sama ada bencana gempa intraplet atau serangan Chola. Bonda dalam bahasa Melayu membawa erti ibu, induk atau pusat.
Sebab itulah Mendailing 'menyerang' Semenanjung melihat tanah bonda mereka dikeruk penjajah..
Semenanjung bukan terletak di Florida, USA untuk mengatakan orang Melayu di Semenanjung adalah pendatang dari Sumatera.
Jika dikatakan Tamil adalah pendatang dari India dan menyibuk di Sri Lanka, tentu bergemalah hiruk pikuk hingga Kumari Kundam orang India di Malaysia. Kerana rata-rata adalah imigran dari Sri Lanka. Bukan Tamil Nadu. Jika dikata orang Cina adalah pendatang di Taiwan, hiruk pikuklah sampai DAP masuk campur kerana rata-rata imigran politik adalah dari Taiwan.
Di mana jua atas muka bumi ini, jika anda tidak dapat berasimilasi di negara hos, anda akan dilabel pendatang. Jika sudah berasimilasi, akan disebut Peranakan. Faham? Nampak? Ayman Rashdan Wong tentu tidak lagi disebut pendatang walaupun penulisan bahasa Cinanya lebih baik dari orang Cina yang bersekolah Cina. Khoo Salma Nasution tentu tidak digelar pendatang kerana penulisan sejarah kita olehnya bertaraf dunia.
MALAH KHOO KAY KIM YANG TAK BERTUKAR NAMA DAN DIAGUNGKAN ORANG MELAYU, DIBENCI ORANG CINA!
Dan asimilasi telah dirujuk ramai adalah penggunaan lingua franca sesama rakyat dalam negara itu. Asimilasi tidak menjadikan kulit hitam menjadi kulit putih. Asimilasi tidak menghilangkan kebolehan berbahasa ibunda anda. Tidak menjadikan Hindu terpaksa masuk Islam. Tapi kalau bahasa kebangsaan pun ke laut, itu bukan terasimilasi.
Saya bersikap adil saksama. Saya tempeleng sesiapa sahaja yang bodoh tanpa mengira bangsa walaupun bangsa sendiri dan bukan. Ini adalah ciri anti-rasisme. Dan saya iktiraf kaum Tamil adalah yang paling ramai terasimilasi dari kaum Cina. Tetapi terasimilasi bukan bermakna layak untuk membentang pseudo-history anda.
Mahu lihat nasib kaum yang tidak berasimilasi dengan majoriti? Lihat bagaimana Tamil dibedil di Sri Lanka dan bagaimana Xinjiang dibantai China. Walaupun itu adalah tanah nenek moyang kakek buyut mereka. Tamil Nadu tak peduli, Turki tak peduli. Bersyukurlah anda hidup dengan orang Melayu yang bersifat melindungi.
Bahasa bagi penduduk seluruh Kepulauan Melayu termasuk orang Asli dan pribumi Borneo hinggalah Jawa, Papua Filipina sampai sejauh Madagascar adalah dari keluarga Austronesian, Bahasa Cina dan sub dialeknya adalah Sino-Tibetan dan Tamil adalah Dravidian. Nampak?
Jika Melayu adalah pendatang, anda tentulah makhluk asing.
Jika anda tak nampak, mungkin anda buta. Jika orang buta jatuh longkang tentu ramai yang tolong. Jika anda jatuh longkang sebab tutup mata, matilah kau dalam longkang tu.
Note : 1. Mendokumentasikan bukan Melayu tak berasimilasi sebagai pendatang adalah betul dan akademik. Menjadikan itu sebagai gelar dan hinaan lisan mahupun komen adalah salah dan tidak bermoral. 2. Menjadi bodoh di zaman dahulu tidak mengapa kerana kemiskinan mempengaruhi akademik. Menjadi bodoh dizaman teknologi informasi adalah tidak boleh kerana sama ada ia berniat jahat atau dibawah pengaruh alkohol. Mabuk jangan masuk la ney. If you want to argue, come with valid argument. Dont hit and run like drunkard because I will hit you back, stop and stare without helping..
Imej : 9000 tahun lalu. 3000 tahun sebelum paras air berhenti pada paras hari ini.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.