Part 13

85 7 0
                                    

EVARIS

Tersedar saya bila ada kain basah di dahi ni. Saya tingu sekeliling bilik tiada sapa2. Siapa yang angkat saya pigi sini? Saya pelan2 bangun tejatuh tu kain dari dahi.. Saya ambil dan simpan pigi meja sebelah. Kepala saya masih lagi pening tapi tidak sekuat tadi pagi. Saya cuba kuat untuk bangun juga. Tersilik saya tu baju saya pakai. OMO! Sudah tukar? Siapa yang tukar? Saya pusing2 cari baju saya yang basah tadi pagi. Tiada..

"Kreekkk.." pintu kana buka. Hantu!!..

"Ko..ko buat apa sini?"

Dia letak mangkuk berisi bubur ayam dan juga segelas susu panas atas meja. Tanpa sepatah kata dia ambil tu tuala yang saya simpan atas meja dan masuk pigi tandas. Tidak lama dia keluar balik dan letak tu tuala pigi tengkuk saya..

"Tidak payah bangun..sandar saja sini."

Dia suruh saya bersandar di kepala katil. Apa kunu kena dengan dia ni..tiba2 saja baik. Bikin suriga saja tu gaya. Saya ambil tu tuala dan buang pigi lantai.

"Untuk apa semua ni? Bukankah saya ni perempuan sundal? Buat apa kamu buat semua ini sama perempuan sundal? Keluarlah... Saya biasa buat sendiri.. Tidak payah kamu bersusah payah buat semua ini..saya tau semua ni hanya pura2 saja. Saya benci dilayan seperti ini. Perempuan sundal tidak layak dibuat seperti ini.. Pergilah sama tu perempuan yang kamu bangga2kan itu. Tidak payah peduli orang macam saya bikin buang masa kamu saja."

Hantu ambil tu mangkuk bubur dan buat seakan2 dia tidak dengar apa2.  Dia angkat tu sudu berisi bubur dan sedia suruh saya buka mulut makan. Tapi saya buang muka saya pigi sebelah. Saya betul2 tidak mud tingu muka dia. Saya bertekad mau kuatkan hati supaya tidak dipergunakan sesuka hati.

Betul2 hancur hati saya bila ingat balik Hantu bawa perempuan tu balik rumah. Tidak apa juga kalau sekadar datang saja tapi ini sampai tidur sini lagi. Sakit ba hati mau ingat. Rumah ini untuk kami dan bukan suka2 bawa tu perempuan balik sini.

"Bukankah kamu benci sangat tingu muka ni? Tidak payah buat semua ni untuk saya. Keluarlah dari bilik ini. Saya sedar berapa lama pun kita bergelar suami isteri tetap penerimaan dan anggapan kamu terhadap saya tetap sama.
Penghinaan dan layanan yang kamu bagi selama ini mengecewakan saya. Kalau benar saya tidak layak untuk tinggal sini..benarkan saya keluar dari rumah ini. Itu lebih baik dan menyenangkan kamu bawa tu perempuan bila2 masa kamu mau. "

"Bulikah,jangan dulu cakap yang bukan2 kalau taim makan. Buka mulut tu..makan ni.."

"Saya tetap dengan keputusan saya. Lepaskan saya dan biar tu perempuan sama2 kamu! "

"PRANGG!"

Jatuh tu mangkuk bubur pigi lantai. Berdiri terus ni Hantu.

"Bulikah kamu tidak bertabiat sana!  Kamu kana ingat aar..apapun yang kamu cakap jangan harap saya setuju. Ini rumah saya,maka saya berhak buat keputusan. Faham!"

"Berhak? Jadi saya apa? Kalau kamu berhak kenapa saya tidak? Saya juga berhak buat keputusan right sebab saya ni wife kamu biarpun terpaksa. Hak itu tetap ada. Saya bukannya patung kamu suka2 sakiti,saya ada perasaan macam kamu juga lagi2 bila kamu mengganggap saya tiada makna dalam hidup kamu tanpa cuba untuk buka hati kamu untuk saya. Saya sangat keciwa bila tanpa rasa malu kamu buli bawa tu perempuan tidur sini.. Macam rumah ni tiada makna langsung untuk kamu buat sesuka hati depan saya."

"Buduh! Itu bezanya kamu dengan dia perempuan! Baguslah kalau kamu sedar diri. Sekurang2nya saya tidak payah mau cakap banyak."

"Oh..jadi perempuan tulah yang lebih berhak kan!.. Baiklah. Kalau kamu ada rules dalam ni rumah,saya pun akan buat rules yang sama dalam ni rumah. Kamu setuju atau tidak,terpulang kamu. Mulai sekarang anggap saja dalam rumah ini saya tidak pernah wujud. Kamu buat hal kamu,saya buat hal saya sendiri. Depan parents macam biasa tapi jangan mengharap sangat sebab saya tidak akan ikut serta dengan lakonan kamu lagi. Bukan kerana saya setuju dengan keputusan kamu tetapi kerana saya masih ada sedikit rasa hormat sama kamu sebagai suami. Kalau kamu cuba2 mau masuk campur dalam hal saya, terpulang..saya juga buli buat hal yang sama. Terpulanglah sama kamu, mau percaya dengan kata2 saya atau tidak. Terserah.. Dan sekali lagi,kalau hal yang sama berlaku depan mata saya siap kamu! ."

MUNGKINKAH INI TAKDIRKUWhere stories live. Discover now