Part 27 (FINAL)

50 5 0
                                    

EVARIS

Bunga-bunga di halaman sedang harum berkembang. Bunga-bunga orkid  juga sedang meriah melambai-lambai di tiup angin. Tapi hati ini tersangat kosong untuk menikmati semua keindahan itu. Apa yang patut saya buat? Perlukah saya memilih untuk terus begini atau membutakan mata dan hati untuk menerima semuanya kerana jodoh? Appa,Amma saya sudah tidak mampu untuk memikul semuanya sendirian. Saya minta maaf kerana tidak mampu menjadi anak yang baik untuk keluarga kecil ini. Berderai airmata tapi semuanya terasa kosong..

Beberapa hari berlalu,hati saya agak tenang sedikit. meninggalkan semua sisa-sisa kelukaan di bandar dan balik ke kampung halaman. Ketika ini,saya berdiri di depan grave kedua ibubapa saya,terpahat jelas nama dan tarik mereka pergi untuk selamanya.  Kawasan bersih dan terjaga rapi. Saya meletakkan jambangan bunga rose dan orkid di antara mereka. Bunga-bunga itu adalah bunga yang ada dihalaman rumah. Rindunya mahu memeluk mereka seperti di masa mereka masih ada. Saya hanya mampu berdoa moga roh mereka aman di alam sana.

Malamnya,selepas makan saya berehat di ruang tamu sambil menonton tv. Limpas saja iklan Ayamas kobihis pula nampak. 'Adis, kenapalah saya boleh kobihis ni' sabilang dalam hati. Bisuknya selepas siap menyidai kain di jemuran belakang rumah,tidak sedar saya tersilik pokok mangga. Aduna,laju bihis saya jatuh. 'Kenapalah mangga ni terlalu mengoda saya' dabilang tu hati saya. Berabis saya pusing rumah mencari penjolok tapi tiada. Last-last saya terfikir mau ligod saja pakai batang kayu pun tiada juga batang kayu. Masuk rumah,terpaksa penyapu menjadi korban. Terkial-kial tangan saya menghayun kepala penyapu dan bernasib baik dapat juga satu biji tapi kecil saja. Syukurlah,inda peh kepunan.

Keesokan harinya,hati saya tergerak mahu ke pekan. Awal lagi saya jalan supaya tidak panas. Siap membeli sedikit barang saya menyinggah makan nasi ayam lagi. sekali skala makan di luar.
Masa saya simpan barang-barang yang saya beli di bonet kereta,saya tersilik ada kereta berparking sebelah saya dengan cermin bertutup rapat. Saya tidak berapa jelas nampak di dalamnya sebab cermin dia agak gelap tapi kereta tu macam saya pernah nampak sebelum ni. Di mana ya?...atau hanya tersama saja. Lama saya perhati kereta itu dari dalam kereta tapi tiada yang keluar. Saya drive balik rumah. Sampai rumah hujan kuat pula. So,saya cuma stay dalam rumah saja menonton tv sambil makan jambu batu yang saya beli tadi. Huuu sedapnya...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Malamnya,saya awal masuk tidur. Hujan masih turun renyai-renyai.  Saya baring kunun kalau saya buli lelapkan mata. Jam9 malam masih juga mata segar. Saya tersilik telepon atas meja. Sudah berapa hari sejak balik sini telepon ini beroff. Banyaknya voicecall masuk lain lagi message. Saya tidak buka tu message sebab itu semua dari Hantu. Saya delete saja semua dan off data. Saya tarik nafas dalam dan hembus. 'Saya masih belum sedia untuk mendengar apa-apa kata dari dia..' Saya pejam mata dan cuba untuk tidur tapi ingatan melayang jauh mengimbas kembali kebahagiaan yang pernah kami lalui suatu masa  dulu..

Flash back:

"Sayang,belum mangantuk lagi?" Hantu tetiba bersuara ketika kami sedang menonton tv bersama.

"Belum." Saya jawab pendek sebab saya sedang kusyuk menonton Drama Korea.

"Jom tidur. Mengantuk sudah ni." sambil Hantu menguap.

"Ba,duluanlah. Habis dulu ni drama baru saya tidur." saya tidak memandang Hantu mata saya depan tv saja.

"Sa..yang..." tetiba Hantu bersuara dan menyentuh tangan saya.

Takajut my hat bila dia buat begitu.Renungan matanya redup mengalahi renungan mata pelakon korea Lee Min Hoo saat itu. Usehh... Cukup untuk mengegarkan hati saya. Adaiiii....

"Mmm tiadalah." dabilang lagi sambil kasi lepas tangan dia.

"Apa gea kamu mau cakap ni? Saya mendengar juga baini."

MUNGKINKAH INI TAKDIRKUWhere stories live. Discover now