Part 23

99 15 0
                                    

DELCE

(Rumah Delce)

"Saya sudah serahkan semuanya sama kamu Stanner..inikah balasan kamu sama saya? Aarrgghh!"

Delce tolak meja depan dia di ruang tamu. Dia betul-betul keciwa dengan tindakan Stanner. Dia baring saja disofa dengan tangisan dia.

"Jadi selama ini kamu hanya mahu permainkan hati saya... Janji mahu khawini saya..itu semuanya tipu belaka. Saya tidak sangka kamu begitu Stanner. Saya tidak sangka hati kamu terlalu busuk!"

Tertidur Delce disofa kerena penat menangis. Sekali dia terbangun  pagi sudah. Dia rasa betul-betul lapar. Dalam rumah tiada apa-apa yang boleh dimakan kerana sudah lama dia tidak tinggal sana. Dia call kawan dia tapi tiada yang sambut phone. Akhirnya,dia bersiap ala kadar dan turun  untuk mencari makanan.

Dalam perjalanan pergi ke gerai depan tempat tinggal dia tiba-tiba dia rasa pitam dan tidak sedarkan diri.

Terbangun saja,dia tercium bau ubat. Berabis dia mau muntah kerana rasa loya. Tidak lama kenudian datang seorang doktor perempuan.

"Puan rest dulu ya. Tunggu puan betul-betul stabil baru puan boleh balik."

"Doktor kenapa saya rasa begini.. Kenapa saya perlu rehat di tempat ni. Baunya.."

"Hmm itu perkara biasa saja puan. Tidak apa lepas ni puan boleh balik dan berehat di rumah ya."

"Perkara biasa? Maksud doktor apa? Saya okeykah ni?.."

"Sebenarnya puan mengandung 5 minggu. Lepas ni puan kena mendaftar d klinik ibu dan Anak. Tekanan darah puan ada rendah sikit sebab itu puan kena rest dulu supaya puan tidak pitam lagi."

Mengandung? Saya mengandung? Dalam hati gembira,tapi bila terfikir balik pasal Stanner terus saya rasa macam mau gila saja.

"Taa..pi doktor..."

"Ya puan. Tentu puan sangat terujakan...Suami puan pun pasti akan rasa gembira kalau dia tahu berita gembira ini. Tahniah, Puan kena jaga pemakanan lepas ni supaya kandungan sihat. rest dulu ya nanti nurse akan bagi kamu ubat mual nanti."

Dirumah,saya tidak habis berfikir. Belum selasai hal Stanner,ni lagi hal saya mengandung pula. Apa patut saya buat ni.. Merayu supaya dia bertanggungjawab? Atau gugurkan saja.. Dalam hati masih teringat beberapa bulan yang lalu, doktor di klinik itu sudah bagitahu sedia. Lepas ni saya tidak boleh gugurkan kandungan sebab akan bagi resiko pada diri saya. Dia nasihatkan supaya khawin untuk mengelakan benda itu berlaku.

Tapi saya khawin dengan siapa? Paksa Stanner khawini saya? Mahukah dia khawini saya kalau dia sudah halau saya keluar dari rumah dia... Perempuan itu...aarrgghhh! Mau gila saya rasa.

"Saya tidak mahu anak ni!... aarrgghh!"

Berabis saya menangis. Tiada cara lainkah untuk saya selasaikan masalah ini... Haslen? Ya,Haslen itu. Takkan dia benci saya. Kan dulu dia mahu sangat ada anak dengan saya.. Mustahil kalau dia tidak mahu terima saya dengan kandungan ini.

Tidak lama..Delce ketawa panjang. Dalam hati,dia pasti ada jalan untuk tundukkan Haslen tu supaya boleh terima dia semula.

Dia berdiri dan jalan ke hadapan cermin besar yang tergantung di sudut ruang tamu rumahnya itu. Sambil dia pusing-pusingkan badan dia seperti modeling dan memerhati perutnya yang masih belum berapa ketara.

"Haslen,saya akan dapatkan kamu semula. Apapun cara,saya akan pastikan bitch itu akan berambus keluar dari rumah,seperti saya dihalau keluar dari rumah si bangsat itu. Hahaha.."

Besoknya,saya tidak pergi mana-mana. Saya ambil ruang untuk berehat saja di rumah supaya saya ada energy untuk hal saya keesokkan harinya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya menghirup sup tomyam yang saya order tadi. Saya betul-betul cepat rasa lapar ni. Lepas ini saya mahu datang dirumah Stanner. Biarpun dia sudah halau saya keluar,sebab ada perempuan itu tapi hati saya teringin juga mahu melihat wajah dan bau badan dia.

MUNGKINKAH INI TAKDIRKUWhere stories live. Discover now