Part 22

70 7 0
                                    

EVARIS
Perlahan saya melangkah masuk. Hati saya berdebar kuat. Kegembiraan yang ada dalam hati saya tadi bertukar dengan perasaan takut. 'Tolonglah,jangan buat dia lupakan saya..'.

'Tak' daun pintu saya tolak perlahan dan renungan dia yang teruja masa itu buat hati saya bertukar gembira kembali. Tapi..

"Kamu? Mana dia..mana dia!. Hah! Kan doktor cakap tadi dia ada sini! Kenapa kau yang muncul! Panggil dia..suruh masuk!"

"Has..len sa..saya Eva. Cuma saya saja ada sini tunggu kamu sejak kamu masuk sini. Delce tiada sini.."

"Tipu! Ko sengajakan.. Ko sengaja halau dia balik kan!. Saya tau,dari dulu kamu memang tidak suka diakan."

"Haslen.."

"Keluar! Keluar dari sini! Saya tidak mau tingu muka kau depan saya!"

"Haslen..saya sayang kamu. Sa.."

"Pergi kamu mati dengan sayang kamu perempuan! Saya tidak akan pernah mahu terima kamu sampai bila-bila. Kerana kamulah saya begini. Delce tidak akan curang dengan saya kalau bukan saya khawin dengan kamu. Buduh!"

"Haslen Gwel..saya tahu asal usul saya dari mana dan saya sedar siapa saya bagi kamu. Tapi..tiada sedikitkah perasaan kamu untuk saya? Biarpun kita khawin bukan kehendak kita tapi saya isteri kamu yang sah,kenapa kamu mahu juga Delce tu yang bukan hak kamu? Saya sayang kamu Haslen...bukan kerana desakan dari arwah bapa dan mama,juga desakan dari mumy dan daddy tetapi perasaan ini benar-benar lahir dari hati kecil saya. Saya benar-benar cintakan kamu Haslen Gwel."

"Sayang? Ko? Ko sayang saya? Haha..pergilah mati dengan sayang kamu Ponti! Sampai bila-bila pun saya tidak akan terima kamu.! Sampai bila-bila. Faham!"

"Haslen..kenapa kamu tidak pernah buka hati kamu untuk saya? Sedikit pun tiada rasa sayang kamu untuk saya?"

"Keluar! Biarpun Delce curang belakang saya dan tinggalkan saya,saya tidak akan pernah bukakan hati saya untuk terima kamu. Keluar!"

"Gwel? Eva?"

Tiba-tiba muncul mil dan fil depan pintu.

"Gwel,apa kamu cakap ni dan Delce itu siapa? Kenapa kamu tengking Eva begitu..."

"Mumy..daddy." ( serentak Eva dan Haslen)

Saya lari keluar dari bilik itu. Saya duduk di pisuk (sudut) yang agak tersorok dari pandangan orang yang lalu lalang. Saya berabis menangis. Sakitnya hati saya.

"Eva.."

Mil muncul  dari arah belakang dan peluk saya. Saya menangis dalam pelukan dia.

"Eva,sejak bila kamu dengan Gwel begini? Delce itu siapa? Eva,tulung bagitau mumy sejujurnya. Mumy faham perasaan Eva,kamu sayang Gwel kan..."

"Siou my... Kami tidak pernah macam pasangan yang lain.. Saya yang salah sebab tidak pandai ambil hati dia. Tapi saya mulai sayang dia my.."

"Ini bukan salah kamu Eva. Huu..siou sebab mumy,daddy yang paksa kamu khawin dengan Gwel sebab mau dia lupakan perempuan itu. Tapi kami silap,ia tidak berhasil. Kamu sudah tanggung begitu banyak kesedihan dalam hidup kamu selama ini Eva. Mummy dengan daddy yang patut minta maaf dengan kamu..tidak sangka begini pula hubungan kamu."

Mil juga turut menangis. Bila keadaan sudah reda sedikit baru mil mulakan cerita. Mil hulurkan phone dia depan saya.

"Delce yang Gwel maksudkan itu ialah perempuan ini?"

Saya ambil phone mil dan lihat gambar yang terpapar di skrin phon dia. Itu adalah gambar Delce. Sebiji dengan muka dia. Saya angkuk saja tanda betul

MUNGKINKAH INI TAKDIRKUWhere stories live. Discover now