HASLEN GWEL
"Dear?"
"Jadi,ini yang ko buat dibelakang sayakan? Siapa lelaki ni?"
Tanpa menunggu apa-apa respon dari mereka,saya tarik rambut lelaki ini dan tumbuk muka dia. Yaaa bertubi-tubi saya tumbuk dia tanpa bagi dia peluang untuk sentuh kulit saya biar sedikitpun. Saya lepaskan semua rasa marah saya dengan setiap tumbukan dan tendangan sama ni lelaki. Saya tidak kisah dia ada bajukah tiada. Saya juga tidak peduli kalau dia mati depan saya. Saya belasah dia puas-puas sampai terduduk di pisuk. Entah pengsankah atau betul-betul sudah gol saya tidak peduli sudah. Puas hati saya sekarang nampak dia bekangkang dengan belalai dia yang sudah tertidur.
"Aarrgghhh!"
Saya teriak kuat melepaskan rasa marah pula dengan ni perempuan,bila dia tetiba pegang tangan saya. Saya tarik kuat daripada terus digengam erat oleh dia. Oh takut juga kalau saya belasah lelaki itu tapi tipu saya diam-diam tidak pula takut.
"Dear..sorry dear. Sa..sayang yang salah.. Tolong jangan lagi tendang dia dear. Tolong.."
(Delce yang masih berbungkus dengan selimut berabis merayu sambil berabis menangis). Haslen tampar dia dua kali. Belum cukup dua tamparan sebenarnya,tapi rasa jijik dia mau sentuh perempuan depan dia itu.
"Berabis saya setia dengan kamu tapi ini balasan kamu dengan saya? Saya tidak sangka..rupanya selama ini kamu curang dan buat benda ni dibelakang saya. Aarrgghhh! (Tumbuk daun pintu) kenapa hah? Kenapa ko sanggup buat saya begini! Kenapa! Sejak bila kamu buat saya begini Delce. Sejak bila!..."
"Dear..sa..sayang yang salah. Sorry dear.. Sa..saya memang salah sama dear. Tapi dear,percayalah sa..saya sayang kamu dear..tolong maafkan saya. Sorry dear.."
"Sudah! Jangan pernah panggil saya dengan perkataan itu! Mulai sekarang dan saat ini jangan pernah muncul depan saya. Ingat! Jangan pernah muncul! kalau tidak.. Siap kamu dua masuk kubur sendiri faham!"
Saya keluar dari rumah dia. Sakitnya hati,depan mata dia buat benda begitu. Aarrgghh! Saya tumbuk stering. 'Apa sudah ko buat ni Delce.. Sanggup ko layan saya begini! Tingulah,apa saya akan buat dengan lelaki itu nanti'. Saya drive laju pergi di sebuah pub. Ini kali kedua saya masuk sejak dua tahun yang lalu. Itupun kerana ikut kawan dulu. Saya pesan satu jug besar. Dalam hati,saya cuma ada perasaan marah dan tidak puas hati saja. Saya tidak puas hati kenapa dia boleh cari lelaki lain lagi. Habis satu jug,datang saturang amoi dengan saturag lelaki dan duduk di meja sebelah saya. Delce? Macam pening-pening sudah pandangan saya. Makin saya renung tu amoi makin saya yakin itu Delce. Oh rupanya dia pergi sini lagi sama tu jantan ya! Berdiri saja saya terus tarik tangan amoi yag serupa Delce itu.
"Sayang,kenapa ko buat saya begini? Apa yang sayang tidak puas hati dengan dear? Hah! Tidak cukupkah apa yang dear bagi sama sayang selama ini? Hah! Cakap! Cakap dengan dear kenapa! Kenapa lelaki ini juga yang sayang mau.. Hah cakap!"
"Buk!"
Satu tumbukan kena di pipi kanan saya. Sakitnya tapi tidak begitu sakit kalau dibandingkan dengan hati saya yang sakit masa itu.
"Hoi jantan sundal!berani betul ko rampas dia dari saya! Ko siapa sebenarnya? Jangan-jangan ko ni tukang kurik kubur saja!"
"Buk!" satu tumbukan pipi sebelah lagi buat saya jatuh macam tapayas nalansit ( imagine saja aar macam mana rupa buah betik masak jatuh ) saja.
"Ko siapa berani hina saya. Hah? Ko taukah amoi ni saya punya? Ko mau tau saya siapa?"
Bertubi-tubi tendangan dari lelaki itu. Saya tidak ingat sudah apa jadi bila saya sedar saya di usung keluar dari pub dan biarkan saya berbaring begitu sahaja di luar. Hujan lebat dengan suasana gelap lagi. Rupanya,saya sudah begitu lama berada di dalam sampai saya tidak sedar rupanya sudah malam.
YOU ARE READING
MUNGKINKAH INI TAKDIRKU
Acak...Aku tidak sekuat guntur yang bisa membelah bumi. Aku jua tidak punya apa-apa yang bisa ku berikan kepadamu. Aku cuma ada hati dan perasaan....