Dipaksa itu biasa memaksa itu lumrah rasanya,
ingin meluah tak diendah menjawab dikira membantah,
hidup aku susunan oleh kau kerana dari kau datangnya biaya,
pendapat aku? Semuanya sia-sia, pendapat kau? Paling berfaedah,
cita-cita aku? Pernah disoal? Hala tujuku dulunya lurus sekarang seperti astakona,
herdikan,sumpah-seranah dari kau anta permana,
tidak semua mengerti aku,aku adalah abstrak.
Aku dipijak,tempat ku dibawah bukan diatas,
aku bukan seperti kau,tak secerdik kau,tak seterang kau,
kalian mengharap untuk aku jadi seperti kalian di atas,
tetapi aku tak mampu,afwah aku tak seperti kau,
tekanan kau membuat aku sasau,
biar tertekan,biar gila,asal gelaran ada berkilau,
biar sedih,biar depresi,biar galau agar sinar gelar senantiasa berkilau.
Luahan aku tolong dengarkan,
haluan hidup aku ada tujuan,
tolong jangan celarukan,
aku mohon dengarkan luahan.
Subang Jaya,23 Jun 2018
Lekir