BERDOSAKAH AKU

39 2 0
                                    


Manusia,khilaf,jahil,naif,itu semua aku sifat aku,perwatakan aku,

Dosa tetap mengejar kita,membuntuti kemana jua kaki melangkah,

Terkadang memikirkan kekhilafan aku terpaku bagai batu,

Air mata mengalir meratapi kejahilan sambil berdoa tangan ditadah.

Bersubahat,bersekongkol satu erti yang tidak bakal lari definisi,

Bersubahat bukan aku,jauh sekali bersekongkol,aku tiada pilihan,

Aku tersekat antara keluarga dan tanggungjawab,mungkin jawapannya,mati,

Tapi aku tahu itu bukan alasan,tanggungjawab tetap tanggungjawab dosa tetap menjadi teman.

Subang Jaya,3 Julai 2018

Lekir.

Luahan LekirWhere stories live. Discover now