WUJUDKAH ERTI SAHABAT?

48 2 0
                                        


Manusia muncul bagai angin datang dan pergi ditemani janji yang terkadang hidup kadang mati,sahabat sampai mati itu kalam yang kau bilang,setengah jalan kau munghilangkan diri berlalu pergi,aku percaya dengan wujudnya sahabat hingga liang lahad,tetapi jika dimainkan dalam fikiran,dalam sejuta hanya segelintir yang terlihat.

Hari ini sahabat sampai mati,esok lusa sahabat cuma hari ini,janji yang kau pegang ibarat sauh kapal yang tertanam di dasar lautan,tak mampu bahtera berlayar tak mampu manusia lari,namun manusia kita cuma,sedang dosa mengalir seperti air apatah janji yang bersandarkan kata-kata.

Mengucapkan mudah,melakukan payah,kata-kata yang teguh ibarat waja begitu mudah mampu patah,aku berserah pada ilahi jika takdir persahabatan bakal musnah,aku merasa rendah duduk di tanah,mungkin agak kasar tetapi aku rasa seperti diludah.

Tika berjaya jangan dilupa,jika dapat kenalan baru minta jangan alpa,aku tetap aku kau tetap kau walau badai taufan datang melanda,tetap sahabat walau perang saudara,sedikit inti aku beri,tempat baru,wajah-wajah baru,sifat-sifat baru buat kau selesa bikin kau lupa sahabat susah senang bersama.

Ambil hati? terguris perasaan? terkilan? jauh sekali,tidak mahu menagih kasih atau simpati,lingkungan ku kecil tapi berarti,lingkungan mu besar tiada arti,suasana mu hangat itu yang kau cari,dikelilingi manusia mahu dikenali,tempat yang tak sepatutnya kau jejaki ibarat menjejak ke kaki pelangi,kau baru;kau hijau cahaya lampu menerangi keadaan gelap buat kau silau tidak melihat ilahi.

Aku pegang kata-kata aku,sahabat sampai mati,walau kau berubah hati juga perasaan,kau tetap terisi dalam hati,seperti hari-hari sebelum ini,persepsi orang tak bisa dirubah kerana itu semua dari hati,sampai bersua kita sekali lagi,tidak ada perbezaan kau lah sahabat sampai mati.

Subang Jaya,30 Jun 2018

Lekir    

Luahan LekirCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang