BINTANG MALAM

55 4 0
                                    


Gelap malam merupakan persamaan dengan hidup aku,
aku tak pernah meminta untuk berada dalam kegelapan,
namun margastua mampu tanpa lampu,
hanya kita manusia terlalu banyak alasan.

Bintang penerang gelap malam,
gelap malam yang suram,
pabila kau qiam tanpa kalam,
tanpa kalam kau sesat,
pasti tidak berada di darat kerana disaat itu kau tenggelam,

Aku tak memaksa tapi berdoa,
supaya aku jadi malam dan kau bintang yang menerangi malam ku,
aku malam kau cahaya,
cahaya tuhan yang senantiasa tiada dua hanya satu seperti kau satu-satunya di hatiku.

Subang Jaya, 19 Jun 2018
Lekir.

Luahan LekirWhere stories live. Discover now