Bukan terbaik untuk aku,
itu alasanmu,
kau lari dari diri ini,
tinggal aku sendiri,
tergantung tanpa jawapan,
bila disoal mengapa,
kau menjawab jangan ditanya.
hubungan tetap berakhir walau sekeras mana aku bertahan,
tapi masih tidak menemui yang aku mau iaitu jawapan,
dari kawan kini bagaikan lawan,
hubungan rakan juga tak kau endahkan,
aku sakit jujur aku sakit,
ibarata menarik luka yang belum kering lagi melekit,
burung terbang tinggi,
bagai perasaan kau yang hilang.
Subang Jaya,21 Jun 2018
Lekir.