Kau berubah dan berubah kembali,kau sembunyi,gentar dengan komentar,
Purdah dan jubah kau tinggal apatah lagi sehelai sejadah,
Ingin menjadi diri sendiri itu kalimah mu mengikut naluri,
Kau berubah ke arah yang salah,
Aku sahabat yang tak kenal erti penat dalam menasihat,
Selagi mampu akan membantu,
Berpesta menjadi pilihan,
Yang haram menjadi santapan,
Bukan ustaz mahu ulama hanya sahabat menjadi penguat,
Tidak alim mahu kuat agama hanya iman sebagai pedoman,
Kelompok yang salah buat kau tak tentu arah,
Terlampau bebas kau anggap indah,
Dikawal demi kebaikan kau marah,
Kau hawa tak boleh sambil lewa,
Yang sejenis kau pandang,
Kumbang kau buang,
Trauma kau sering kau ulang sehingga kau tak memberi peluang,
Kau marah,kecewa,rasa ditipu sehingga paranoid kau singgah,
Membuat kumbang langsung tak kau pandang,
Jika kumbang tak menjadi,apa yang membuat kau fikir bunga bakal kekal lama?
Bagi aku itu hanya alasan kau sahaja.
Subang Jaya,13 Jun 2018
Lekir.