Suatu malam yang sunyi..
Sesi Perbualan
Michael:Sayang,awak buat apa seorang diri macam ni?
Elly:Takde apa.Saja nak ambik udara segar.
Elly Pov
Aku dan MJ Oppa sibuk berbual dan menikmati malam yang sunyi itu.Tanpa kami sedari,kami ternampak sebuah figura warna putih dengan ikatan di kepalanya.
Michael:Sayang,apa benda tu?
Elly:Ssshhhh!!!! JANGAN TEGUR!Nanti dia nampak.
Kami lari lintang pukang masuk rumah kelab kami.Rumah kelab kami ada sofa tingkat bawah jadi senang sikit untuk baring dan duduk.Oh,kebetulan Baekhyun dan Chanyeol sedang berlawan PUBG di ruang tamu,jadi okey sikit untuk kami.
Chanyeol:Tepi,aku nak tembak orang ni.(Bunyi senapang)
Baekhyun:Bodoh kau shoot aku siakkk!
Chanyeol:(Ketawa jahat)
MJ Oppa hanya menepuk dahi melihat kelakuan Chanbaek itu.Kemudian,aku merasakan tanganku dan MJ Oppa ditarik.Rupanya,Cecilia ada di tengah.Cecilia merupakan anak pertama aku hasil perkahwinan kami.Dia mewarisi wajah MJ Oppa tetapi dia mempunyai mata aku dan warna matanya hampir sama macam MJ Oppa.Cuma,ianya dua ton lebih cerah.Matanya juga macam aku,redup.Rambutnya lurus dan panjang macam aku,cuma warna rambutnya macam MJ Oppa,hitam.Warna kulitnya agak bercampur antara warna putih dan coklat cerah."Kenapa Lia,lapar ke?"kata MJ Oppa seraya mendukung Cecilia atau "Lia"."Tak.Tadi,masa Lia main dengan Luhan Gege,ada benda melompat berhampiran jalan raya.Masa tulah Luhan Gege suruh pergi kat mama dengan papa.Benda tu warna putih,lompat dia tak jauh,kepala dan badannya berikat.Wajahnya agak kabur,sebab tu Lia tak nampak sangat."Kami terkejut,mulut kami bagai di tutup dengan zip.Rupanya Cecilia pun dah nampak benda tu.Ketika itu umurnya sudah mencecah ke angka tujuh.Malam itu,ketika semua orang sudah tidur,Aku turun ke bawah untuk melepas hajat.Selepas hajat ditunaikan,aku segera pergi ke arah tangga,apabila tiba-tiba aku terlihat kelibat seperti Pocong sedang memerhatikan aku yang keseorangan.
AAAAAAAAHHHHHHHH!!!!!!!!!!!
Jeritan aku kedengaran sebaik saja aku melihat kelibat Pocong itu.
Cecilia Pov
Apabila hari menjelang pagi,kami melihat mama terkulai layu di atas lantai rumah.Lantas papa dan Chanyeol Oppa menyimbah air,mengejutkan mama.Mama terkejut kerana simbahan air yang sejuk itu.Papa kemudiannya menanya mama.
Michael:Sayang okey?
Elly:Ughh..sekarang pukul berapa?
Lantas Tao Gege menjawab:
Tao:Sekarang pukul 7.45 pagi.Awak pengsan di sini selama 8 jam.
Elly:Benda tu dah takde ke?
Michael:Semuanya selamat sayang.Matahari dah terbit.
Selepas semuanya elok,Kami mandi dan membersihkan diri.Selepas mengenakan pakaian bersih,kami melakukan kerja seperti biasa.Kerana hari itu ialah Jumaat,saya tidak ke sekolah.Jadi saya dapat bermain dengan EXO Oppas sampai petang.Chanyeol Oppa dan Suho Oppa mengajak saya bermain sorok-sorok.Chanyeol Oppa senang dicari kerana dia berbadan tinggi seperti model.Mama panggil dia "Tiang Lampu" kerana dia tinggi macam tiang lampu.Tapi saya keliru,macam mana benda bungkus bergerak tu boleh ada?Selepas itu,saya dan mama sedang menyiapkan sarapan bersama-sama pada pagi itu.
Elly Pov
Aku dan Cecilia menyiapkan sarapan pagi itu.Selepas makan,aku sedang mencuci pinggan.Tiba-tiba aku tergerak hati untuk melihat keadaan di luar.Aku terperasan bahawa salah satu besi penutup longkang sudah hilang entah ke mana.Selesai cuci pinggan,aku pergi ke arah ruang tamu dan memberitahu MJ Oppa tentang hal ini.Kami pun segera bersiap untuk menjejaki dalang pencuri besi longkang tersebut.Kami juga menyiapkan khemah dan pakaian sekiranya kami harus berkhemah di kawasan itu.Aku membeli stok makanan sekiranya kami lapar.Dalam perjalanan,Cecilia hanya melihat ke arah tingkap van yang dipandu Chanyeol.Petang itu,kami sampai di kawasan perkhemahan kami.Cecilia ketika itu sedang tidur dengan nyenyak didukung MJ Oppa.Badan Cecilia agak kecil dan ringan jadi senang sikit untuk didukung.Selepas semuanya settle, kami semua memasak dan membakar marshmallo untuk di makan bersama.Aku kemudiannya memandang ke arah belakang.Terdapat sebuah pondok kecil di situ.Aku pun menyuruh Cecilia untuk tunggu bersama ayahnya iaitu MJ Oppa,manakala aku mengajak Chen dan Tao untuk mengikuti aku ke pondok itu.
Tao Pov
Aku,Chen dan Ha-Eun pergi ke arah pondok kecil itu.Sesekali aku terdengar seperti bunyi seseorang sedang berbual tapi aku tak tahu siapa.Dan bila diamati,kami terlihat ada banyak besi.Rupanya itu ialah besi penutup longkang yang dilihat Ha-Eun semasa di rumah.Semuanya milik kawasan perumahan yang di diami kami.Aku,Chen dan Ha-Eun pun bergegas pergi ke tempat kami berkhemah.Sampainya di sana,kami memberitahu apa yang berlaku.
Tadi,kat dalam pondok tu,ada besi penutup longkang yang hilang!
Mereka semua tergamam.Jadi kami pun membuat rancangan untuk menumpaskan pencuri besi longkang itu.
Perbualan rancangan kami berbunyi begini:
Tao:Okey,Ini rancangan saya.
Michael:Apa rancangan awak,Tao?
Tao:MJ Hyung,awak akan ikut pencuri tu dan menyamar sebagai salah seorang dari mereka.
Michael:Beres.
Tao:Ha-Eun,Awak dengan MJ Hyung.
Ha-Eun:Yes!(Memeluk Michael)
Tao:Cecilia,awak akan menyamar jadi mangsa culik dengan Chen,Chanyeol,Kris dan D.O Oppa.
Cecilia:(Menunjuk tanda "OK",lalu high-five dengan Chen,Chanyeol,Kris dan D.O)
Tao:Lay,Xiumin,Saya dan Baekhyun akan menyamar jadi sekumpulan penculik.
(Lay,Xiumin dan Baekhyun mengangguk)
Tao:Yang lain,perhatikan kumpulan pencuri besi longkang tu.
(Semuanya mengangguk)
Ok,Jom kita mulakan!
Ha-Eun Pov
Selepas membuat highfive berkumpulan,operasi kami pun bermula.Aku dan MJ Oppa pun berkenalan dengan pencuri besi tu.Ternyata mereka ialah geng kawan lama aku semasa di sekolah menengah,Geng Ezah.Ezah menanya siapa nama aku.
Ezah:Jadi,Nama engkau siapa?
Ha-Eun:Nama aku Emma,ini kawan aku,Daniel.
Ezah:Tapi kan Emma,muka kau serupa macam Qhalisha,kawan lama aku masa sekolah menengah.Dan kawan kau,Daniel,muka dia serupa macam Michael Jackson,idola favourite Qhalisha di sekolah menengah.
Ha-Eun:Uh..kami mungkin nampak macam mereka,tapi sebenarnya bukan.
Ezah:Okey.Jadi,apa yang awak ada?
Ha-Eun:Kami ada sekumpulan kawan yang merupakan penculik.Jadi,ada menculik orang.Baru-baru ini,mereka ada telefon saya yang mereka ada menculik seorang kanak-kanak perempuan dengan empat orang abangnya.Ha,tu mereka dah datang.
Lay:(Berpura pura garang)Masuk!MASUK CEPAT!!
Nafisa:Wah,hasil penculikan begitu hebat.(Melihat Cecilia,Chen,Chanyeol,Kris dan D.O ditolak masuk ke dalam pondok)
Ha-Eun:(berbisik di telinga Cecilia)Nanti,bila kita serang mereka,Chanyeol Oppa akan bukakan tali ni ya,Sayang.
(Cecilia mengangguk)
Aku dan yang lain pun berbual dengan Geng Ezah tu.
Najiha:Jadi,berapa harga untuk penjualan mereka dan besi ni?
Ha-Eun:Aku akan bagi diskaun sebanyak 50%.
Teha:Wah,untunglah!
Ezah:Baiklah,aku setuju dengan tawaran kau,Emma.
Aisyah:Untunglah kita.
Ezah pun berjabat tangan dengan aku.
Tangan aku menunjukkan thumbs up sebagai isyarat untuk buka tali.Aku memandang Ezah dengan senyuman sumbing.
Ezah:Kenapa ni?
Aku,Tao dan MJ Oppa pun menjerit serentak.
Ha-Eun,Tao dan Michael:SEKARANG!!!!!
Dan dalam sekelip mata,Keadaan jadi riuh.Tao dan aku berlawan dengan Ezah dan yang lain.Ezah berlawan dengan aku manakala Cecilia menggunakan tali untuk membuat Ezah terjelepok ke belakang,menyebabkan kepala Ezah dan Nafisa terhantuk ke tanah.Chanyeol,Kris,Suho dan Xiumin menggunakan kuasa mereka untuk mengalahkan ahli geng Ezah yang lain.D.O mengegarkan tanah,Michael menggunakan skil karatenya untuk menumpaskan Najiha dan Teha,Kai menggunakan kuasa teleport untuk mengelirukan ahli yang lain,Lay dan Luhan menggunakan skil Kombo,Tao pula menggunakan aksi wushunya.Yang lain berlawan dengan Geng Ezah dengan skil masing-masing.Selesai berlawan,Kai menelfon polis.Polis datang seminit kemudian.Mereka memberitahu kami yang Geng Ezah ni dah mula mencuri besi longkang sejak sebulan yang lalu.Mereka dah lari dari penjara sebanyak empat kali dan mempunyai rekod jenayah paling banyak.Polis amat terhutang budi terhadap kami dan memberi kami gelaran,"Wira Springtown".Kami berasa gembira kerana kami bukan saja dapat selesaikan misteri Pocong yang berkeliaran,malah kami telah selamatkan Springtown dari jenayah yang berlaku iaitu kes curi penutup besi longkang dan menumpaskan penjenayah.Kegembiraan kami diraikan dengan majlis makan malam.Kami tidak akan lupa hari itu sampai bila-bila dan selamanya.
Terima kasih pada kami,kini Springtown aman dan bahagia.TAMAT