Cerita
Elysha sedang menuruni tangga untuk makan bersama rakan-rakannya.Ketika dia turun,dia melihat rakan-rakannya sedang makan dalam dulang yang besar dan bulat.Dia kemudiannya berjalan perlahan-lahan ke arah dulang itu.Dia kemudiannya duduk di hadapan dulang itu.
Michael Pov
Elysha duduk di sebelah saya sambil memerhatikan makanan dalam dulang itu.Makanan dalam dulang itu ialah nasi beriyani Arab dan lauk kurma daging yang disertakan dengan sayur tafu telur yang berserta dengan ayam goreng.Saya kemudiannya mengambil sesuap nasi dengan sudu dan menyuapnya ke mulut Elysha.Dia terus makan tanpa menyebut apa-apa.Daging yang juga disuap juga masuk kedalam mulut dan dikunyah dengan perlahan.Tanpa saya sedari,ada air mata yang mengalir dari matanya dan menitis ke tangan saya.Matanya yang berwarna coklat hazel kini berkaca.Saya meletakkan sudu di atas dulang dan menyikat rambut Elysha.Yang lain pun berhenti makan kerana ingin mengetahui kenapa Elysha jadi begitu.Bila saya melihat wajahnya,dia sedang menangis.
Elysha Pov
Saya melihat lauk kegemaran saya yang terhidang di atas dulang bulat itu.Saya kemudiannya disuap Michael dengan sudu dan makan dengan perlahan.Sambil saya mengunyah,saya mula menangis.Michael dan yang lain kasihan pada saya.Saya kemudiannya memandang matanya yang berwarna coklat gelap dengan mata saya yang berkaca.Saya kemudiannya terus memeluknya dan menangis.Michael kemudiannya memeluk saya dan menenangkan saya dan bertanya:
Michael:Kenapa awak menangis ni? Beritahu saya sebabnya.
Kemudian saya menjawab:
Elysha:Saya teringat sesuatu.
Michael:Awak teringatkan apa?
Luhan:Dia teringatkan zaman ketika dia tingkatan 1 dulu.Dia trauma kerana dia pernah melihat dulang ni.
Michael:Apa kaitan dulang ni dengan dia?
Luhan pun menerangkan apa yang berlaku.
Luhan:Tak lama dulu,Elly pernah menyertai jamuan sempena Maulud Nabi.Ketika itu,dia masih tingkatan 1.Dia dan rakan-rakan sekolahnya makan dalam dulang,tapi dia dapat makan sedikit.Yang lain,mereka dapat melahap sampaikan mereka buat derk je bila Elly tanya kenapa tak tinggalkan untuk dia.Elly pula disuruh makan serai yang tertinggal dalam dulang tu.Dia kemudiannya membawa diri ke kantin dan mengambil sepinggan nasi dan mencedok daging kurma dengan banyak.Sebab dia dipulaukan kawan-kawannya,dia makan seorang diri.Elly sebenarnya adalah bekas mangsa buli di sekolahnya dulu.Dia pernah dibuli oleh rakan-rakannya.Cermin dicuri,makanan dibuang,air ditumpahkan,buku dicampak dalam longkang,barangnya dicuri,dan sebagainya.Sampaikan dia tak tahan lagi,dia hampir membuat keputusan yang hampir menyebabkan nyawanya melayang,iaitu cubaan terjun dari tingkat atas.Dia lebih suka menyendiri dan cuba mengelakkan daripada bersosial kerana dia tahu kalau dia tak berhati hati,dia akan diketawakan orang.Dia tak suka bersosial dengan orang kerana dia takut ada di antara mereka akan cuba membulinya.Sampai sekarang trauma tu berlarutan.Sebab tu lah dia menangis bila dia melihat benda yang berkaitan dengan traumanya di masa lalu.
Michael yang mengetahui semua itu,terus terdiam.Bukan kerana dia tersalah cakap,tetapi dia dah tahu perkara sebenar yang menjadi punca saya menangis.Kemudiannya,dia memujuk saya dan berkata:
Michael:Dah,dah,jangan nangis ya.Kami ada di sini.
Malam itu,saya menangis lagi.Trauma yang menyelubungi saya menyebabkan mata saya bengkak dan merah.Melihat dulang bulat dan besar tu,membuatkan saya teringat apa yang pembuli-pembuli saya dah buat kat saya.Mereka membiarkan saya makan serai yang tertinggal dalam dulang tu.Sampailah saya tertidur,saya menangis dengan teruk.Keesokan harinya,saya keluar pada awal pagi untuk tenangkan diri.Selepas mencium dahi Michael yang sedang tidur dengan comelnya di atas katil,saya pun keluar dari rumah untuk pergi ke pantai Haeundae,pantai yang menpunyai nama saya dalam Bahasa Korea pada ayat pertama.Saya duduk di persisiran pantai atas batu sambil melihat ke arah laut lepas.Dengan mata yang masih bengkak akibat terlalu banyak menangis semalam,saya teringat flashback yang membuatkan nyawa saya hampir melayang:
*Flashback*
Elysha:Kenapa aku je yang dibuli?! KENAPA?!!!!(menangis)Saya tak patut hidup di dunia ni.Lebih baik saya mati je!
(Elysha mula memanjat penghalang pada jambatan,tiba-tiba dia mendengar suara sekumpulan lelaki)
Chanyeol:Cik!Jangan lompat!
Michael:Turun,cik!Turun!Bahaya tu!
Elysha:Jangan halang saya!Saya nak terjun!
Baekhyun:Cik!Cik dah gila ke?!Perbuatan cik ni merbahaya!Turun dari situ,sekarang!
(Elysha mula melangkah turun dari penghalang)
Baekhyun:Cik ok ke?
Elysha:Saya okey je..ugh....
(Elysha pengsan di atas tanah)
*Flashback berakhir*
Saya kemudiannya berdiri dan saya melepaskan geram dengan menjerit.Jeritan saya yang penuh amarah dan kesedihan yang terasa bergema di seluruh pantai pada pagi yang sejuk itu.Patutnya pada malam saya jumpa rakan-rakan yang lain untuk kali pertama ketika saya hampir terjun dari jambatan ke dasar laut itu,saya patut lepaskan pemegang pada jambatan itu.Tiba-tiba saya terdengar suara rakan-rakan yang lain.
Chanyeol:Itu dia!Dia dekat sana!
Yang lain:EUN-AH!
Michael yang melihat saya di atas batu memanggil saya dan mendukung saya turun dari atas batu.
Michael:Awak buat apa kat atas sana?
Chanyeol:Ya,apa yang kau atas sana tu?
Elysha:Tak ada apa apa.
Saya hanya senyum sahaja pada yang lain.Saya kemudiannya beredar dari situ.Saya kemudiannya pergi ke universiti lama saya,Seiren University.Saya melihat ramai orang di situ.Kemudiannya,saya menghancurkan papan tanda universiti lama saya itu dan pergi dengan hati yang cukup remuk.Sungguh,saya bernasib baik kerana mendapat izin untuk berhenti belajar untuk sementara kerana tak tahan dibuli.
Beberapa bulan selepas itu...
Cerita
Elysha kembali belajar setelah diberi cuti untuk sementara.Semua pelajar di situ melihat wajah Elysha yang berbeza.Dulu,dia kelihatan sangat sedih.Sekarang dia dah tersenyum semula.Kemudiannya,semasa di kelas,pensyarah memberitahu sesuatu.
Pensyarah:Kamu semua,saya ada dua berita.Berita baiknya ialah,rakan kamu,Elysha sudah kembali belajar setelah beliau meminta cuti untuk sementara.Saya sangat kasihan kepadanya,sampaikan papan tanda Seiren University dihancurkannya kerana beliau mengalami depresi yang cukup teruk.
Yang lain bertepuk tangan melihat saya.
Pensyarah:Dan berita buruknya,rakan kamu,Syazani,Fateha,Ezah,Aisyah,Najiha Hezry dan Nafisa telah meninggal dunia kerana mereka dilanggar serentak oleh seorang pemandu perempuan berbangsa Cina yang mabuk pada malam sebelum Tahun Baru Cina bermula.Takziah kepada keluarga dan saudara-mara mereka yang kehilangan bukan sahaja kakak dan adik,malah anak dan anak saudara mereka yang meninggal dunia akibat nahas itu.
Setelah waktu pelajaran tamat,Elysha pergi membeli surat khabar dan memang benar,enam orang pembulinya itu sudah meninggal dunia kerana nahas jalan raya yang puncanya adalah seorang amoi Cina yang mabuk ketika memandu.Dia tersenyum lebar kerana punca kesedihan hatinya telah tiada lagi di dunia ini.Tamat...