Cerita
Elysha sedang duduk di sebuah kerusi di sebuah kedai kopi sambil meminum secawan Nescafe berperisa karamel.Cuaca hari itu sedikit redup tetapi tetap cerah.Pada masa yang sama,dia terlihat ada seorang lelaki berumur pertengahan 20-an sedang berbual dengan rakan-rakannya yang berumur awal 20-an dan ada yang bakal memasuki umur 30.
Elysha Pov
Saya melihat mereka sambil menghirup secawan Nescafe yang sejuk.Apabila mereka berbual,salah seorang daripada mereka melambai pada saya.Saya melambai semula sambil memberi senyuman.Lelaki misteri itu sangat kacak,rambutnya yang kerinting dan panjang hingga ke bahu,terikat dengan gaya sanggul yang kecil,kulitnya berwarna seperti seakan gula-gula karamel,bersinar dengan cantiknya walaupun ada sedikit tompok putih.Mereka pun pergi ke arah saya dan mengatakan khabar.
Elysha:Hai! Apa khabar saudara?
Luhan:Khabar baik saudari.Awak buat apa di sini?
Elysha:Minum air.
Baekhyun:Boleh kami duduk?
Elysha:Dah tentulah!Marilah duduk!
Mereka duduk sebaik saja saya menjemput mereka duduk.
Michael:Saudari datang dari mana?
Elysha:Saya datang dari Malaysia,awak datang dari mana?
Michael:Saya datang dari Amerika.Kalau daerah,saya orang Indiana.
Elysha:Wah,jauhnya rumah awak!
Michael:Tapi saya baru sahaja mendapat kerja di Korea ni.Jadi saya dapat bersemuka dengan mereka ni.(Menunjuk ke arah yang lain)
Luhan:Saya datang dari China.Saya berada di sini kerana saya pun bekerja.Michael hyung berkerja sebagai penyanyi sama seperti kami.Kami semua baru dapat cuti sebulan serentak kerana kes virus korona.
Elysha:Ya Tuhan,sedihnya!
Saya terkejut kerana sebab mereka diberi cuti sebulan.Saya pun menyatakan sebab yang sama saya tak bekerja.
Elysha:Saya pun diberitahu bos yang saya dan rakan sekerja pun kena cuti kerana sebab yang sama.
Chanyeol:Kita sama!
Kami pun ketawa sebentar.
Baekhyun:Nama saudari siapa?
Elysha:Nama saya Elly Elysha.Nama saudara siapa?
Baekhyun:Nama saya Byun Baekhyun,ini kawan saya,Park Chanyeol nama dia.
Chanyeol:Gembira bertemu awak,Elysha.
Elysha:Awak boleh je panggil saya Ha-Eun kalau awak nak.
Baekhyun:Okey Ha-Eun.
Michael:Nama saya Michael Joseph Jackson.Panggil je Michael,MJ pun tak apa.
Elysha:Okey Michael.
Michael:Elysha,nama awak sepadan dengan wajah awak,cantik dan sedap didengar juga disebut.
Elysha:(ketawa kecil)Terima Kasih.
Mereka yang lain pun memperkenalkan diri.
Xiumin:Nama saya Kim Min Seok,panggil je Xiumin.
Suho:Nama saya Kim Jun Myeon,panggil je Suho.
Luhan:Nama saya Lu Han,panggil je Luhan.
Sehun:Nama saya Oh Se Hun,panggil je Sehun.
Selepas memperkenalkan diri masing-masing,kami pun berbual tentang apa yang kami suka.
Michael:Elysha,
Elysha:Ya?
Michael:Awak suka warna apa?Saya suka warna hitam dan merah.
Elysha:Saya suka warna merah jambu,ungu,merah,hitam,putih dan biru.
Luhan:Dan bukti awak suka warna merah jambu ialah manik pada gelang awak,kan?
Elysha:Eh,awak semua baru perasan ke?Hihi.
Baekhyun:Yelah,ingat kami semua tak perasan ke?
Kami ketawa terkekeh-kekeh untuk seketika.
Michael kemudiannya terlihat jam tangan saya yang berwarna merah dan hitam.
Michael:Jam awak cantik lah.
Baekhyun:Bro,kau pernah kan tengok jam tu,tapi kat mana ha?
Michael:Aku rasa,kat kedai jam kat Busan kot.
Luhan:Aku pun pernah,tapi kat Daegu rasanya.
Michael:ya tak ya lah jugak.
Elysha:Kenapa tu?
Luhan:Jam awak tu,ada model yang hampir sama,cuma ianya terang sikit.
Elysha:Ooo...
Persahabatan mereka membuatkan saya tersenyum sedih seketika,kerana teringat akan apa yang berlaku pada saya ketika sekolah menengah dahulu.Saya dibuli dengan teruk dan hidup dalam kesunyian akibat depresi.Saya kemudiannya melihat senyuman mereka pada refleksi di dalam cawan Nescafe karamel yang tinggal separuh.Saya menunduk kerana saya terasa seperti ada air mata mengalir ke pipi.Saya mahu menangis,tetapi saya terlalu takut dan malu.Sakitnya,hanya Tuhan yang tahu.Oleh kerana saya mahu melepaskan tangisan,saya menutup muka dengan tangan.
Cerita
Tangisan Elysha kedengaran tetapi agak perlahan.Bahunya teresak-esak sambil airmata membasahi wajahnya yang tertutup dengan tangan.Xiumin yang perasan kelakuan rakan barunya itu,menanya dengan perasaan terkejut.
Xiumin:Eh,Ha-Eun,kenapa dengan awak?
Elysha yang tersedar,terus mengangkat mukanya dan senyum sambil air matanya masih membasahi wajahnya yang bengkak dan sembab.
Elysha:Tiada apa-apa.
Suho:Weh,dia menangislah!
Elysha:Menangis?mana ada.Mata saya masuk habuk lah.
Michael mendekatinya dan mengelap air matanya.
Michael:Elly,kalau awak tu dah menangis,cakap sahaja lah pada kitorang.Kitorang tak marah pun.
Xiumin:Betul,hyung.Ha-Eun,kalau awak nak menangis,menangislah,menjerit pun tak apa.Kitorang ada dengan awak.
Elysha yang menyedari hal itu,pun memberitahu perkara sebenar.
Elysha:Ya,memang saya tengah menangis.Saya teringatkan sesuatu.
Elysha mengelap air matanya dan hidungnya yang berair kerana menangis dengan teruk.
Elysha Pov
Saya pun menerangkan apa yang membuatkan saya menangis.
Elysha:Begini,ketika saya melihat awak semua sedang ketawa dan tersenyum antara satu sama lain,saya teringatkan sesuatu perkara.Saya tak pernah merasai kegembiraan bersama sahabat kerana saya dipulaukan kawan-kawan ketika masih belajar.Saya sebenarnya mempunyai sindrom Autisme yang membuatkan saya lain dari yang lain.Tetapi saya dipanggil "orang gila","sakit mental" dan sebagainya.Mereka membuli saya dengan teruk.
Baekhyun yang mengetahui perkara itu,terus menjadi marah.
Baekhyun:Kenapa mereka buat awak macam tu?!
Chanyeol:Sabar Baek,kita kena dengar cerita kawan yeoja baru kita ni dulu sampai habis.
Michael yang tahu perkara itu masih memasang telinganya.
Elysha:Saya berasa sangat sedih.Biarpun saya ada keluarga yang ramai dan kasih sayang yang cukup,tetapi saya tak perlu apa-apa tapi seorang sahabat.Masa saya di sekolah,saya tiada kawan.Saya kesunyian.Walaupun Tuhan ada dengan saya,tapi saya masih sama seperti ketika di sekolah rendah,kesunyian tanpa sahabat.
Suho pun bertanya lagi.
Suho:Jadi,apa yang awak alami bila awak dibuli?
Elysha:Banyak.Luka pada hati,tangan yang sakit dipijak,kutukan orang lain pada saya,bengkak pada mata dan sebagainya.Akibat semua tu,saya mengalami depresi teruk.Mereka curi barang saya,mencampak buku saya masuk ke longkang,menumbuk mata saya dan semuanya.Sampai satu tahap,saya tak boleh nak bertahan,saya hampir sampai ke tahap membunuh diri dengan cuba terjun dari balkoni tingkat atas,tingkat kelas saya.
Mereka semua terkejut serentak.
Luhan:Kenapa awak buat macam tu?Tak eloklah.Awak tak sayang nyawa ke?
Michael:Memang membuli ni akan mendatangkan kesan yang begitu menyakitkan pada si mangsa buli.
Saya hampir menangis ketika bercerita tentang itu.Michael setia mendengar tangisan saya ketika bercerita.
Michael Pov
Elysha kelihatan sangat sedih,bila dia menceritakan kesakitan dan sejarah hitam yang dialami dia ketika di sekolah.
Elysha:Kemudiannya,saya memasang niat untuk membalas balik apa yang bekas pembuli sekolah saya itu dah buat pada saya.Saya mahu tunjukkan pada mereka yang saya ni pun manusia juga seperti mereka,bukannya haiwan untuk dibuli sesuka hati.Jadi,boleh tak saya berkawan dengan awak semua?
Kami serentak menyebut:
Yang lain:Tentulah!
Elysha tersenyum kerana dia sudah menjumpai satu kepingan yang amat penting bagi hidupnya,iaitu sahabat.
Sejak dari hari itu,dia dan kami sentiasa membuat apa sahaja bersama.Kami saling menjaga antara satu sama lain seperti seorang adik perempuan dan tujuh orang abangnya.Pernah satu kali,kami pernah mendaki bukit tapi terserempak dengan ular.Habis bertempiaran lari kami dibuatnya.Juga,Elysha dan kami pernah membuat rawatan wajah masing-masing dengan masker wajah berupa haiwan yang comel.Kami juga berkawan dengan seorang lelaki yang juga adalah seorang ahli gusti.Dia juga pernah dipakaikan masker oleh Elysha.Saya ketawa melihat wajahnya yang dipakai masker.
Cerita
Setiap yang berlaku,pasti ada balasannya.Bila dua jantina bersatu,pasti akan saling menyukai.Elysha dan rakan-rakan barunya saling menyayangi antara satu sama lain.Pada hari itu,mereka melakukan perjanjian untuk kekal bersahabat hingga akhir hayat.Tamat...❤️