Puan Jeon ternganga melihat Jungkook dan Eunji dihadapan rumah dengan basah kuyupnya.Dahlah tu,balik satu jam lewat.
"kamu berdua ni pergi mana?basah kuyup ni?".soal Puan Jeon sambil bercekak pinggan.
"pergi pantai..main air...".ujar Eunji sambil tersengih.Terjatuh rahang Puan Jeon dibuatnya.
"dah...dah..pi masuk dalam..mandi-mandi nanti kita makan malam sama-sama".ujar Puan Jeon.
Bergegas dua manusia itu naik ketingkat atas seperti anak itik.
"hah..baru balik anak dengan menantu kita tu?".soal Encik Jeon.
"ya bang...yang saya tak terjangkanya..boleh satu jam pula lewat...saya ingatkan diorang akan balik awal dari saya suruh".ujar Puan Jeon sambil mengurut dagu.
"betul ke...awak suruh diorang balik pukul berapa?".soal Encik Jeon.
"pukul 6..diorang pergi dalam pukul sebelas".ujar Puan Jeon.
"amboi..lamanya awak suruh diorang keluar...diorang pergi mana lama-lama sangat tu?".soal Encik Jeon.
"tulah yang saya hairan..yang makin saya peliknya...".Ujar Puan Jeon.
Encik Jeon anggukkan kepala menunggu jawapan Puan Jeon.
"tadi diorang cakap diorang pergi pantai...siap basah kuyup main air...bila masa anak teruna kita suka main air pantai ni?".soal Puan Jeon hairan.
Puan Jeon dan Encik Jeon pun termenung sambil mengurut dagu bersama-sama dengan penuh kehairanan.
_____________
Eunji tersengih melihat Jungkook yang sudah tertidur nyenyak diatas katil walhal baru pukul 9 malam.Penat agaknya.Terus Eunji mendengar lagu sambil berbaring diatas sofa.
Beberapa minit kemudian Eunji pun melihat kearah Jungkook.
Tanduk mula muncul diatas kepala Eunji.Idea bernas muncul.
Eunji pun terjengket-jengket kearah Katil dan mendekati Jungkook.Dia pun melambai-lambai tangan pada muka Jungkook.Nyenyak ke?.
"Jung.... Kook...ppabo".Eunji ketawa kecil sambil menepuk-nepuk pahanya.Tiada respon.
"Jeon.... Jungkook.....ppabo".Ujar Eunji lagi.
"wakakak!tak sedar!". Eunji ketawa lalu tergolek diatas lantai.
"hahaha!peluang sekali seumur hidup!".Eunji tersengih jahat.
"saya Jungkook si ppabo~isteri saya seorang yang cantik". Eunji menggerak-gerakkan bibir Jungkook seolah-olah Jungkook yang sedang bercakap.
Eunji ketawa lagi.Geli betul perut dia.Dia dapat buli mamat itu sesuka hati ketika ini.
Pipi Jungkook ditekan-tekan.Hidung Jungkook dicuit-cuit.
Tiba-tiba telefon Eunji berdering.Terus Eunji terjatuh bergolek kerana Jungkook seolah-olah sedang terjaga.Dek terlalu panik bercampur tahap kebodohan tahap gaban,Eunji menyorok dibawah katil.
Dapat Eunji lihat kaki Jungkook berjalan pergi kearah sofa.Takkan Jungkook nak jawabkan panggilan tu?.
"mana pula dia ni?ghaib ke?".soal Jungkook sambil meraup wajahnya yang baru terbangun.
"unknown number?".Jungkook mendekatkan skrin telefon pada matanya.
"hello".
Eunji cuba mendengar apa yang Jungkook katakan pada si pemanggil telefonnya.
Tiba-tiba Jungkook tersenyum sinis.
"ini papa dia".ujar Jungkook.
"hah?sejak bila pula dia jadi papa aku?".Eunji menggaru kepala keliru.
"jangan kamu berani dekati anak perempuan saya ya!".ujar Jungkook dengan meninggikan suara dia.
"dengan siapa dia berbual tu?". Eunji kerutkan dahi.
"heh....confess konon...hampeh tol".Jungkook tersengih sinis dan berjalan semula kearah katil.
"confess?siapa confess dekat aku?".Eunji berbisik sendiri.
YOU ARE READING
Arranged Marriage 정렬 된 결혼
Fanfic"Saya isteri awaklah..bukan hamba awak ataupun orang gaji awak" Dia nampak baik,comel,sweet...tetapi sebenarnya dia setan!!_______________ =Nak Tahu Lebih Lanjut Sila Baca Start ¦ 23/10/18 End ¦ 01/01/19 Copyright © 2018 by kookie_kacakgila