2 | C U R I - C U R I

247 13 0
                                    

Emir keluar dari bilik PA system dengan kamera di tangannya. Dia berjalan memasuki dewan semula sambil tangannya lincah mengelap lensa kameranya dengan rapi. Usai mengelap, kain kecil yang diguna disimpan semula ke dalam beg kameranya yang dipikul di bahu kanan. Kamera berjenama Canon miliknya dihidupkan. Dia mengangkat kamera tersebut selaras dengan matanya, mencari-cari pemandangan di dewan yang mungkin dapat menarik perhatiannya.

Pencariannya terhenti apabila matanya menangkap figura seorang gadis yang sedang memeluk leher seorang lelaki. Buat seketika, Emir terdiam apabila menyedari gadis tersebut adalah gadis yang sama menghalang laluannya sebentar tadi. Gadis tersebut kelihatan amat bahagia kerana gelak ketawa yang terletus menzahirkan sepasang lesung pipit di pipinya.

Emir hanya diam memerhati segala tindak-tanduk gadis tersebut yang barangkali bersama abangnya. Saat si gadis memeluk lengan si abang, entah kenapa Emir segera memfokuskan lensa kamera ke arah mereka lalu menekan butang kameranya. Dia menurunkan kameranya sambil membelek gambar-gambar yang ditangkap secara sembunyi.

" Emir," Seru seseorang sambil mencuit bahu Emir.

Emir segera berpaling. Kameranya cepat-cepat dimatikan, tidak mahu ditangkap perbuatannya yang curi-curi mengambil gambar gadis tersebut.

" Nanti waktu ceramah start, kau pergi dekat bilik kita. Aku ada benda sikit nak bincang pasal minggu orientasi nanti." Terang Firdaus panjang lebar.

" Ok. Kau dah bagitahu yang lain ke?"

" Tak. Aku bagitahu kau dulu sebab nak dapat kelulusan bos besar depan aku nilah. Amacam? On tak?" Firdaus tersengih mengusik.

Emir mengherotkan bibirnya. Bahu Firdaus ditumbuk tanpa rasa bersalah.

" On je. Kau masuklah dulu bilik tu, buka aircond semua. Aku maybe lambat dalam 10 minit kot, sebab ada urusan dengan HEP."

Firdaus mengangguk. Faham dengan arahan sang ketua. Dia membuat tabik hormat sebelum berlalu dari situ. Namun tidak sampai beberapa langkah berjalan, dia berpatah balik. Tangan ditadahkan di hadapan Emir, seperti meminta sesuatu.

Emir mengerut dahinya. Dah kenapa tiba-tiba buat muka seposen depannya. Nak coklat ke?

" Kunci takde macam mana nak buka pintu? Takkan nak kena jadi hantu dulu baru boleh tembus dinding." Seloroh Firdaus.

Emir menepuk dahi. Oh dia terlupa nak bagi kunci bilik mesyuarat mereka. Emir tersengih malu. Lanyard yang terselit di dalam kotnya ditarik keluar. Kunci yang dicari ditarik daripada beberapa gugusan kunci yang lain.

Firdaus segera menyambut huluran Emir sebelum beredar dari situ. Sempat lagi dia mengusik jejaka kacak di hadapannya.

Emir menggeleng. Dia menghidupkan semula kamera di tangannya dan kembali melakukan tugasnya yang tergendala sebentar tadi.

********************************************

Raisya meniti tangga satu persatu ke bilik yang dikongsi bersama rakan-rakan barunya. Dalam hatinya sedikit teruja untuk berjumpa dengan mereka walaupun terselit sedikit gementar. Sepanjang laluan ke biliknya, dia tidak henti-henti membaca surah kursi. Takut sangat dah gayanya.

Jam yang dililit di pergelangan tangannya dikerling. Jarum jam pendek sudah menunjuk ke angka enam. Raisya segera melajukan langkah untuk bersiap.

" Student baru ke?" Tegur seseorang dari arah belakangnya.

Raisya berpaling. Wajah seorang gadis yang tersenyum mesra dihadapannya dibalas segera. Raisya mengangguk mengiyakan kata gadis tersebut.

" Aku Qistina Ameera, tapi kau boleh panggil Meera. Kau?"

That HeadprefectWhere stories live. Discover now