3 | D I A R Y

212 17 0
                                    

Emir duduk merehatkan diri di meja luar dewan. Lengannya dijadikan bantal kepada kepalanya yang kian memberat. Terasa lenguh segala otot tangan dan kakinya. Mana tidaknya, dari semalam lagi dia sibuk menguruskan majlis pendaftaran para pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 1.

Emir membuka matanya apabila pipinya dijamah dengan sesuatu yang sejuk. Dia mendonggak melihat manusia di hadapannya yang tersengih-sengih seperti kerang busuk.

" Nah. Aku tau kau tak sempat makan pun dari tadi."

Raziq meletakkan sebotol air mineral sejuk dan sebungkus roti coklat di hadapan Emir. Kesian juga dia melihat keadaan Emir yang sudah seperti mayat hidup.

" Thanks."

Tanpa banyak soal, Emir terus membuka plastik roti tersebut. Baru sahaja dia mahu mengunyah, Raziq mengatakan sesuatu yang membuatnya menghentikan suapan.

" Yang tu Izlin belikan dekat kau." Tutur Raziq selamba.

Emir terus meletakkan roti tersebut di atas meja tanpa teragak-agak. Perbuatan kalutnya mendorong tawa nakal Raziq.

" Betul-betullah, Ziq. Kau tahu kan aku meluat dengan dia." Masam terus muka Emir dibuatnya.

Nampaknya dia telah memberi fakehope kepada perutnya yang berdendang hebat, meminta untuk diisikan makanan. Sabarlah duhai perut yang dicintai.

" Makanlah. Aku gurau je." Roti tadi disua ke arah Emir semula. Tertawa dia melihat wajah Emir yang semakin masam.

Emir mengunyah rotinya dengan perasaan sebal. Orang tengah lapar tahap dewa, dia boleh pula main-main. Tidak sampai lima minit, roti tersebut sudah selamat masuk ke dalam perut untuk disintesis dan dicerna.

Emir berpaling ke sisi kanannya apabila kerusi di tepi ditarik oleh seseorang. Tanpa disuruh dan dijemput, seorang gadis duduk di situ sambil menghadapkan badannya ke arah Emir.

" Yang ni aku tak gurau. Dia memang ada kat tepi kau." Sesudah menghabiskan kata, Raziq berlalu dari situ sambil terkekek-kekek ketawa.

Emir mengetap bibir kegeraman. Dia lantas bangun dari duduk tanpa mempedulikan wajah si gadis yang telah berubah. Terasa hati agaknya dengan perangai Emir. Tapi Emir kesah apa?

Baru sahaja dia mahu berlalu dari situ, lengan bajunya ditarik seseorang membuatkan langkahnya terhenti. Serentak dia berpaling memandang gerangan manusia yang sesuka hati menarik lengan bajunya.

" Awak nak pergi mana ni? Saya kan ada sebelah awak." Ujar si gadis dengan nada sedih.

" Kau nak apa?" Soalan dibalas pula dengan soalan. Dia merentap lengannya kasar, menyebabkan pegangan si gadis terlepas.

" Saya nak awak lah. Takkan awak tak nampak kot usaha saya?"

" Aku tak main-main lah." Balas Emir dengan nada bosan. Boleh tak kalau dia sepak minah ni sampai Bangladesh? Separuh hatinya setuju dengan otaknya, separuh lagi tidak.

" Ada awak nampak saya main-main ke? Saya tengah berdiri bercakap dengan awak ni." Balas si gadis tidak mahu mengalah.

Apabila gadis tersebut setapak melangkah mendekatinya, Emir cepat-cepat bergerak ke belakang dua langkah. Nampak tak usaha dia nak melarikan diri di situ?

" Kau nak apa sebenarnya, Nur Izlin Irana?" Emir sudah tidak mampu menahan sabarnya.

" Wah! Awak ingat nama penuh saya. Dah bersedia untuk akad ke?"

Emir sudah beristighfar panjang dalam hati. Makhluk Allah yang bernama Izlin ni betul-betul menguji kesabarannya yang senipis kulit bawang. Dia mengulingkan mata ke atas tanda menyampah yang teramat sangat.

That HeadprefectWhere stories live. Discover now