4 | " I ' M D E A D "

258 19 3
                                    

Hari ini merupakan hari ketiga minggu orientasi para pelajar tingkatan 4. Suasana dalam Dewan Seri Mawar agak bingit dengan gelak tawa para pelajar yang boleh mengalahkan suasana pasar borong.

Raisya sedikit rimas dengan situasi begini. Namun dia agak lega kerana dia tidak perlu lagi bersua muka dengan jejaka kerek yang mengambil diarinya sesuka hati. Minggu orientasinya berjalan dengan agak licin, selincin kulit bayi baru lahir.

" Ish, lama lagi ke?" Keluh Syamimi malas. Botol mineral yang sudah tinggal separuh dilambung tinggi kemudian disambut.

" Entahlah. Apa aktiviti kita sebenarnya?" Sampuk Syakira pula.

" Tak silap apa yang aku dengar, tengahari ni kita ada slot dengan Badan Wakil Pelajar ataupun nama glamournya SRC, Student Representative Council." Sampuk Khaisara.

Raisya mengerut dahinya. Apa tu? Pengawas dalam maktab ni eh? Baru sahaja dia mahu bertanya, Syamimi terlebih dahulu mengajukan soalan.

" Diorang tu apa?"

" Diorang wakil pelajar-pelajar dekat maktab ni. SRC ni ada dalam 14 orang kalau tk silap aku, 7 lelaki dan 7 perempuan. All of them are really good looking and very talented dalam semua perkara. Cikgu memang sokong gila diorang sebab bijak akademik dan aktif sukan. Students pula suka diorang sebab ofcourselah rupa yang dipandang dulu. Sebabtulah diorang dipilih."

Yang lain hanya mengangguk mendengar apa yang diterangkan oleh Khaisara. Ringkas namun agak padat. Masing-masing terdiam membayangkan personaliti seseorang yang menyandang jawatan sebagai SRC.

Bunyi mikrofon diketuk memenuhi segenap ruang atmosfera Dewan Seri Mawar, menggamit perhatian seluruh pelajar di dalam dewan. Tidak sampai seminit mereka sudah duduk dalam keadaan berbaris dan mulut dikunci rapat.

" Assalamualaikum." Suara manis seseorang mula menyapa gegendang telinga. Salamnya disambut mesra oleh semua pelajar.

" Ok sekarang ni kita ada slot dengan SRC kan? So Kak Syasya sebagai wakil untuk SRC nak memperkenalkan setiap anggota organisasi ni dekat para pelajar yang baru mendaftarkan diri dekat maktab ni."

Semua pelajar perempuan terus bersorak keriangan sekaligus membuatkan suasana dewan menjadi hingar bingar. Masing-masing sudah tidak senang duduk menanti pujaan-pujaan hati mereka.

" Typical perempuan gedik." Keluhan bosan Khaisara membuatkan rakan-rakannya meletuskan tawa. Tercuit hati melihat memek muka menyanpah Khaisara.

Tiba-tiba pintu utama dewan dibuka luas seterusnya menghasilkan bunyi kuat yang mampu mendiamkan mulut para pelajar perempuan yang saling tidak tumpah dengan murai tercabut ekor. Seluruh warga dewan mula memfokuskan mata mereka ke arah sekumpulan pelajar yang lengkap berkot hitam yang dikenakan bersama leher hitam.

Membuntang mata Raisya. Bukan kerana dia terpegun dengan kekacakkan dan kecantikkan mereka tetapi kepada jejaka yang sedang berjalan paling hadapan penuh karisma menuju ke arah hadapan dewan.

Jejaka tersebut hanya menayangkan senyuman sinisnya kepada para pelajar perempuan yang sedang melayangkan senyuman gedik terhadapnya. Ini bukan sesi meet and greet dengan peminat, jadi tak perlu rasanya kalau nak mengukir senyuman manis.

Sempat matanya menangkap figura seorang gadis yang sedang memandangnya dengan mata membulat. Terkejut barangkali. Kening dijongket sebagai balasan kepada gadis tersebut.

Raisya terkelu. Lidahnya seperti dibekukan sehingga dia tidak mampu langsung untuk bercakap apa-apa. Mindanya sudah menayangkan beberapa episod imaginasi.

Mata Raisya terus memerhatikan jejaka tersebut tidak berkelip. Apabila jejaka tersebut memandangnya, dia cepat-cepat menundukkan pandangannya semula. Merah mukanya apabila perbuatannya tadi disedari oleh si jejaka.

That HeadprefectWhere stories live. Discover now