Nampak sahaja sebuah kereta yang sudah tidak asing dengan dirinya, terus sahaja ekspresi mukanya berubah gembira. Makin melebar senyumannya melihat kelibat umi dan babahnya yang sudah 2 minggu tidak bertemu mata, melangkah keluar dari perut kereta.
" Umi! Babah!" Jerit Raisya teruja sebelum dia mendakap kedua ibubapanya dengan erat, seperti tidak mahu dilepaskan langsung.
" Eiyu, budak manja." Suara sumbang yang terdengar di belakang badannya mematikan suasana jejak kasih.
Raisya meleraikan pelukan seraya berpaling menghadap pemilik suara sumbang yang sudah tentu dengki melihat keakrabannya bersama umi dan babahnya.
" Eleh, kau yang manja. Nak belajar dekat uni pun cari yang paling dekat dengan rumah. Tak ambil kira lagi masa kau form 4 dulu, merayu nak keluar asrama tak sampai dua minggu pun kau duduk situ. Lembik!" Bidas Raisya sambil tersenyum sinis.
Raisya mendekati Hazziq yang sudah terdiam mendengar kata-kata adik bongsunya itu. Malulah tu bila orang lain ungkit kisah silamnya. Raisya menarik tangan abangnya sebelum dikucup sopan. Sejahat-jahat mana pun perangai, dia masih perlu menghormati jejaka di hadapannya ini yang berpangkat seorang abang.
" Umi babah, tengok ni! Ada orang mengungkit." Hazziq memasamkan mukanya sambil memeluk tubuh.
" Dahlah manja, kaki mengadu. Umur dah 21 tapi perangai macam budak darjah 1. Daripada kau cakap banyak, baik kau tolong angkat barang." Bidas Raisya lagi. Tanpa mempedulikan abangnya, dia lantas mengikuti jejak langkah ibunya ke arah pintu kereta. Beg kertas yang terisi bekas-bekas makanan dibawa keluar.
" Ok takpe. Anggaplah masa ni masa untuk kau bersinar terang. Sampai masa aku, aku pula yang akan bersinar." Tutur Hazziq sebelum menurut sahaja langkah adiknya.
Encik Hashim dan Puan Husna hanya menggeleng. Letih mereka melihat dua beradik ini yang pantang berjumpa empat mata. Ada sahaja perkara yang nak digaduhkan, daripada perkara sekecil zarah diperbesarkan sehingga masing-masing bermasam muka. Tetapi, bila salah seorang daripada mereka tiada di rumah, suasana menjadi agak sunyi sehinggakan bunyi kipas berpusing ketika itu terasa seperti kuat kedengaran.
Hazziq mengeluarkan makanan yang disediakan olehnya daripada beg kertas dengan perasaan bangga. Dia menyusun dengan cermat dan teratur satu persatu di atas meja batu yang telah tersedia di tepi dewan. Masing-masing mengambil tempat setelah selesai membasuh tangan.
Hazziq menepuk-nepuk tangannya dengan penuh keterujaan. Masa inilah dia mahu menyinarkan kembali dirinya yang malap seketika sebentar tadi.
" Attention please. So today, Chef Hazziq telah memasak Spaghetti Carbonara khas untuk adiknya yang tak berapa nak manis iaitu Raisya. Untuk pengetahuan semua, Chef Hazziq melakukannya tanpa mendapatkan sebarang bantuan daripada umi which is something that all of us should be proud of. I did it, Raisya." Dengan muka bangga, dia menghamburkan kata-katanya.
Raisya yang baru sahaja menyuapkan gulungan spaghetti ke dalam mulutnya terhenti seketika. Wajah uminya yang berada di sebelah dipandang tanpa perasaan.
" Umi, selamat ke ni untuk dimakan?" Selamba sahaja dia menyoal.
Encik Hisham dan Puan Husna tergelak kecil. Makin kuat tawa mereka setelah melihat wajah Raisya yang mengaduh sakit selepas dahinya dijentik dengan jari besar abangnya.
" Melebihkan kau. Taknak makan sudah." Pinggan Raisya ditarik mendekatinya lalu spaghetti yang sudah digulung tadi disuap ke dalam mulut.
" Abang kamu yang masak semua ni. Umi cuma sediakan jus epal ni je. Dia dari pukul 10 pagi tadi dah start masak sampai berpeluh-peluh duduk dekat dapur." Terang Puan Husna apabila ketawanya sudah sedikir reda.
YOU ARE READING
That Headprefect
Teen FictionKeputusan Hana Raisya untuk menjadi salah seorang pelajar di sebuah maktab terkemuka adalah satu kesilapan yang amat besar dalam hidupnya. Andai waktu boleh diputar semula, pasti dia tidak akan menemui si jejaka kerek, iaitu ketua pengawas yang seri...