8 | I M R A N

209 17 7
                                    

Sekumpulan pelajar perempuan duduk bersila membentuk satu bulatan besar berhampiran gelanggang bola tampar. Sinaran terik cahaya matahari langsung tidak menjadi halangan buat mereka untuk terus berada di situ.

" Damn! Main basketball pun hensem."

" Weh, look at Imran ! He looks so freaking fine,"

" The position as Sports Exco really suits him well. No doubt at all ! "

" C'mon girls, get your eyes on Ryan please. "

Apa yang menjadi fokus mereka sekarang ini adalah sekumpulan pelajar lelaki senior yang sedang bermain bola keranjang. Masing-masing tidak berkelip mata memandang.

Raisya mengeluh. Dia dan Khairina dari tadi hanya menjadi pemerhati setia tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Walaupun sudah sebulan mereka berdua menuntut ilmu di sekolah ini, namun tidak dapat dinafikan yang mereka masih gagal mengingati wajah dan nama pelajar senior.

" Ah! Aku nak blah dari sini." Getus Dalily perlahan. Buang masa dia sahaja jika terus berada di situ. Lebih baik dia singgah ke kafe sebentar mengisi perutnya yang dari tadi berkeroncong. Ada juga manfaatnya.

" Girls !" Laung si ketua kelas, Izran dengan lantang. Kedua tapak tangan ditepuk kuat dengan harapan gadis-gadis yang sedang ber'fangirling' memberi sepenuh tumpuan kepada pengumuman.

Namun usahanya ternyata gagal apabila langsung tiada balasan yang diterimanya kecuali daripada Dalily, Raisya dan Khairina yang berpaling memandangnya. Dalily yang baru sahaja mahu menapak ke kafe segera berpatah balik. Well atleast, three of them are normal right now.

" They do it again." Keluh Izran malas. Dia menggeleng kepala sambil berdecit kegeraman.

" Aku sokong tindakan kau sebagai seorang ketua kelas yang bijaksana kalau kau minta pertukaran hari PE (Physical Education)." Sampuk Luqman, si otak geliga 4Diamond.

" That's not how you call the girls lah Izran." Sampuk Syed lantas bangkit berdiri. Punggungnya ditepuk sedikit bagi menghilangkan habuk-habuk tanah yang melekat.

" Watch and learn."

Syed mengukir senyuman penuh makna lalu dengan langkah penuh keyakinan, dia menghampiri sekumpulan pelajar perempuan yang masih lagi ralit memerhati permainan para pelajar senior, bagaikan tidak langsung terkesan dengan kehadirannya yang semakin mendekat.

" Kau tiga orang, shush shush go away." Tangan dikibas-kibas seperti menghalau kucing.

Raisya, Khairina dan Dalily hanya mengikut arahan tanpa membantah. Nak juga mereka tahu idea bijaksana yang bermain-main di dalam benak fikiran jejaka tersebut. Syed berdehem sedikit bagi memanaskan vokal suaranya sebelum dilontarkan dengan suara yang lantang.

" Hoi ! Apa pandang-pandang anak teruna orang?! Ingat teruna-teruna tu nak pandang kau balik ke?!" Suaranya yang maha kuat beserta lompatan tinggi yang mendarat betul-betul di tengah bulatan tersebut mengejutkan semua yang berada di situ.

" Ish, kau ni! Spoil lah!" Terjerit Aryna, musuh sejati Syed si mulut laser. Matanya mencerlung tajam menikam sepasang anak mata Syed.

" Panggil elok-elok tak boleh ke? Adab tak belajar ke apa." Marah seorang lagi gadis yang bernama Yasmin. Dadanya yang masih berombak kencang diurut perlahan.

Izran menayang reaksi wajah tidak percaya. Rasanya tadi dia dah panggil gadis-gadis tersebut dengan nada suara penuh rendah diri dan diselitkan juga budi bahasa sebagai penyeri kata. Takkanlah mulut dan telinga mengkhianati tuannya sendiri?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 11, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

That HeadprefectWhere stories live. Discover now