7 | P E N Y E L A M A T

205 15 6
                                    

Selesai menyiapkan kerja sekolahnya yang tergendala sebentar tadi, Raisya terus menguap sambil menggeliat kecil. Jam yang sudah menunjukkan pukul 12:30 malam itu dipandang tidak berminat. Ikatan messy bun dihuraikan lantas jemarinya melurut perlahan rambut panjangnya. Matanya menoleh memandang sekeliling biliknya.

Melihatkan Khairina dan Farrah yang sudah enak dibuai mimpi, membuatkan dirinya juga tidak sabar untuk membaringkan diri di atas katil. Tetapi apabila memikirkan skrip forumnya yang masih separuh tidak dihafal, membuatkan niatnya terus mati. Dia mengeluh lemah.

Fail yang berwarna biru pastel dibuka sebelum tangannya mencari-cari skrip yang telah dia siap karang awal pagi tadi. Lima minit sudah berlalu, tetapi pencariannya masih belum berjaya.

Raisya sudah mula menggelebah. Dia mula menggeledah beg sandangnya dengan tergesa-gesa. Syamimi yang sedang santai membaca buku di katilnya mula menyedari tindak-tanduk Raisya yang seperti ibu kucing kehilangan anaknya.

" Kau cari apa?" Tanya Syamimi prihatin. Dia mula bangun dari duduknya sebelum mendekati rakannya itu. Mana tahu dia boleh tolong carikan.

" Skrip forum aku hilang weh. Aku rasa aku letak dalam file biru tu tapi takde pun." Adu Raisya. Punggungnya dihenyak kasar di birai katil.

" Forum kau tu esok ke? Khai takde ke?"

" Giliran kumpulan aku esok, giliran Khai lusa. Dahlah kelas Bahasa Melayu awal pagi esok." Makin nak menangis rasanya bila mengenangkan kumpulannya yang pertama akan dibentangkan.

" Ke kau tertinggal dekat kelas? Kan blackout tadi. Mana tahu kau tercicir ke."

Raisya terdiam. Beberapa saat sebelum dia berfikir sebelum memandang Syamimi dengan muka meraih simpati.

" Kau teman aku pergi BA boleh?"

Terbuntang mata Syamimi mendengar ajakan Raisya. Adakah gadis itu tidak mengetahui larangan ke Blok Akademik selepas habis waktu prep malam? Dan adakah gadis itu sedar bahawa waktu sekarang sudah menginjak 12:30 malam?

" Hell, no! Kau tau tak kalau tertangkap pergi BA waktu macam ni, nama kau terus naik kes? Lagipun aku dengan kau sama level je penakut. Tak sampai berapa langkah, aku dah lari balik aspuri agaknya."

Raisya mencebik. Bila difikirkan balik, memang ada benar juga rakan sebiliknya itu. Tapi mengenangkan kelas Bahasa Melayu pagi esok, dia perlu segera mencari jalan penyelesaiannya.

" Apa kata kau ajak Khairina? Dia kan berani." Cadang Syamimi sambil menjungkitkan keningnya.

Raisya sudah mula diserbu perasaan serba salah. Melihatkan Khairina yang sedang tertidur pulas sambil memeluk bantal kecilnya dipandang sayu. Raisya mula mengejutkan Khairina dari tidur dengan menepuk-nepuk lembut bahu sahabatnya.

" Khai, teman aku pergi BA. Aku rasa aku tertinggal skrip forum aku dekat sanalah." Tutur Raisya perlahan sambil memandang Khairina dengan penuh harapan.

" Kau ambik jelah subuh nanti. Malam dah lewat kan?" Ujar Khairina malas. Dia mula memusingkan tubuh badannya untuk menyambung lena, namun Raisya lagi cepat menghalang.

" Banyak lagi yang aku tak hafal. Kalau aku ambil subuh nanti, tak sempatlah aku nak hafal sebab kelas BM awal pagi."

" Pleaseeee, Khai. Kaulah satu-satunya yang aku boleh harapkan untuk jadi penyelamat aku sekarang." Nada suaranya semakin meleret apabila tiada balasan yang diterima.

" Nak bandingkan aku dengan kau, memang kaulah lagi berani daripada aku. Nak taknak, kaulah kena tolong dia." Sampuk Syamimi, cuba untuk menolong Raisya meraih simpati Khairina yang masih senyap tidak berganjak.

That HeadprefectWhere stories live. Discover now