Raisya melangkah malas ke dalam kelas 4Diamond yang telah dihuninya selama dua minggu. Buku-buku tebal di tangannya diletak di atas meja sebelum melabuhkan duduk. Mata bundarnya yang terasa kian berat cuba dicelikkan sedaya mungkin.
" Uit, taknak rehat ke?" Tegur Khaisara.
Raisya hanya membalas dengan gelengan kepala yang membawa maksud tidak. Biskut oat krunch dibawah meja diambil dan ditunjukkan kepada Khaisara.
" Alright. Aku pergi dulu dengan dua ketul tu." Pamit Raisya sebelum bergerak ke kelas sebelah, 4Elite, Syamimi dan juga Syakira.
Raisya membuang pandang ke segenap sudut kelasnya. Luqman yang sedang fokus menelaah pelajaran hanya dipandang tidak berminat.
" Otak dia tak senak ke? Awal pagi tadi dah addmath lepastu sambung subjek chemistry sejam setengah, lepasni physics pula." Raisya memdecit. Dengki pula dia melihat sifat rajin yang terdapat dalam diri jejaka tersebut. Dia? Kerja last minute je mampu.
Raisya melunjurkan tangan kirinya di atas meja. Sebelah lagi tangan diletakkan di tengah lengan kirinya sebelum kepala direbahkan ke atasnya. Matanya yang kian memberat dipejam rapat untuk menghilangkan rasa ngantuk yang makin menguasai diri.
Seketika dia teringat mengenai kuiz chemistry yang akan berlangsung pada petang ini. Dengan malasnya dia mendongak kembali kepalanya lalu buku rujukan chemistry yang setebal dua inci dikeluarkan dari bawah mejanya.
Raisya menghela nafas lemah apabila soalan yang dibuat tidak dapat diselesaikan sebetulnya. Loceng yang berbunyi nyaring menandakan sesi rehat sudah tamat juga tidak dihiraukan.
Tepukan seseorang di bahu kirinya membuatkan Raisya menghentikan pembacaannya yang sudah berlangsung kira-kira 35 minit.
" Kau taknak pergi lab ke? Orang lain semua tengah sibuk ambik buku." Tegur Khaisara dengan mulut penuhnya. Keropok lekor yang tidak dihabiskannya diletakkan di bawah meja.
Raisya menggaru pipinya. Mood untuk belajar entah sudah melayang ke mana. Dia hanya mahu katil dan bantal busuknya sahaja sekarang ini.
Setelah buku-buku subjek Physics diambil, dia segera melangkah ke makmal yang terletak di aras dua. Kang tak pasal-pasal dia kumpul markah demerit untuk homeroomnya. Sempat dia membasuh mukanya di tandas bersebelahan makmal sebelum bersedia untuk belajar Physics.
Bebelan Sir Razak di hadapan kelas langsung tidak menyinggahi halwa telinga Raisya. Matanya bukan lagi dah jadi eyebag, tapi dah jadi luggagebag. Rasa mengantuk yang semakin menguasai diri memang tidak boleh dibawa bincang!
Kepalanya sudah berputar. Inilah masalahnya kalau mata sudah memberat tetapi masih gagah dicelik untuk melihat sesuatu. Raisya mengetuk bahagian tengah kepalanya apabila sakit berdenyut makin terasa.
" Hah! Yang kat belakang tu dah kenapa main ketuk-ketuk kepala?" Sergahan Sir Razak membuatkan perbuatan Raisya terhenti.
Raisya cuak apabila seisi kelas memandangnya hairan. Pipinya yang tidak gatal digaru sambil melakar sengihan kecil.
" Dari tadi saya nampak awak macam tengah high. Awak fokus ke tak ni?"
Soalan Sir Razak hanya dibalas dengan anggukan. Takkanlah dia nak jawab bahawa dia langsung tidak mendengar bebelan cikgu tersebut. Memang cari nahas lah jawabnya!
" Ye ke? Kalau macamtu, what is the meaning of sensitivity of an instrument? "
Raisya sudah cuak. Dia mengigit bibir bawahnya kuat seraya mata tunduk menekur ke bawah. Terbuntang biji matanya apabila buku teksnya langsung tidak dibuka. Buku rujukannya pun hanya tersadai di tepi meja. Apa yang kau buat sepanjang awal kelas ni, Raisya?
YOU ARE READING
That Headprefect
JugendliteraturKeputusan Hana Raisya untuk menjadi salah seorang pelajar di sebuah maktab terkemuka adalah satu kesilapan yang amat besar dalam hidupnya. Andai waktu boleh diputar semula, pasti dia tidak akan menemui si jejaka kerek, iaitu ketua pengawas yang seri...