"Kahwin pa? " Adam Mikhail memandang papanya, Dato Iskandar Syah dengan perasaan tidak percaya. Tidak ada angin, tak ada hujan tiba-tiba sahaja menyuruhnya untuk kahwin.
"Are you serious pa? " Adam menyoal. Namun Adam tidak perlu bertanya untuk ketahui jawapan itu. Melihat riak wajah papanya sahaja sudah cukup menjelaskan segalanya.
"Im serious, you will get married to my choice, " tegas Dato Iskandar memandang tepat ke arah anak sulungnya.
"I'm not going to marry her. I dont even know her. This marriage is nonsense," suara Adam Mikhail makin meninggi.
"Watch your tone with me Adam. You will marry her. Unless kalau Adam nak papa tukar nama pewaris syarikat papa kepada orang lain, " Dato' Iskandar bersandar tenang pada sofa. Dia mengukir senyuman sinis apabila melihat riak wajah anaknya sudah berubah. Dia tahu anaknya itu paling pantang kalah dengan adik beradiknya yang lain. Dalam ramai-ramai anaknya, Adam Mikhail adalah orang yang pantang dicabar.
Namun begitu, perangainya yang agak liar membuatkan Dato Iskandar risau. Disebabkan itu, beliau telah membuat keputusan nekad untuk mengahwinkan anaknya dengan anak kawan baiknya semasa kecil. Dato'Iskandar pernah beberapa kali berjumpa dengan anak perempuan kawan baiknya itu. Sungguh dia berkenan dia juga berharap dapat mengubah anaknya dengan cara ini.
Wajah Adam Mikhail berkerut seribu menahan amarah di dada. Tanpa sebarang kata, dia terus berlalu melangkah keluar daripada rumah mewah itu. Kereta dipandu menuju ke kelab di mana kawan-kawannya yang lain berkumpul.
"Yo Adam Mikhail, " Ben menyapa, di sisinya seorang perempuan yang memakai dress merah. Tak perlu ditanya, itu pastinya teman wanita baru Ben. Ben terkenal dengan perangai menukar girlfriend setiap minggu. Walaupun perangainya teruk namun masih ramai perempuan yang tergilakannya. Apalagi kalau bukan sebab harta dan rupa.
"Kau kenapa murung Adam? " Raqib kawannya yang menyedari kerutan di dahi Adam menegur.
"Papa aku buat hal lagi, " balas Adam sebelum melabuhkan punggung di kerusi berdekatan.
"Papa kau buat hal ke kau yang buat hal? " Raqib menyoal. Serentak itu Adam membuat muka menyampah. Malas mahu menambah serabut di kepalanya,.dia sekadar mengangkat bahu.
"Hai baby, " Riak wajah Adam berubah semakin kelat mendengar suara gedik itu. Lengan yang melingkari bahunya ditolak.
"We are over! " ujarnya dengan selamba. Serentak itu muka Celine yang manis tadi terus berubah kelat.
"What do you mean, we're over? " Celine bertanya.
"You heard me. You and I are nothing. So get lost, " nada suara Adam sedingin hatinya ketika itu. Celine terkedu. Hatinya bagai ditusuk sesuatu yang tajam.
"you told me you love me, " suara Celine sudah berubah.
"Well, i lied. Love is nothing but trash." Adam mengukir senyuman sinis apabila melihat wajah Celine yang semakin pucat. Walaupun setitis air mata gadis itu tumpah, lansung tidak memberikan sebarang kesan kepada hatinya yang beku.
"One day, you akan rasa bagaimana peritnya kehilangan orang yang you cinta, " ujar Celine penuh dengan perasaan sakit dan perit. Dia pantas mengelap air matanya. Senyuman sinis dibibirnya semakin melebar.
"well, it's not gonna happen sweatheart cause, love is not in my dictionary, " balas Adam dengan yakin.
Kali ini giliran celine pula yang tertawa sinis.
"You are wrong Adam, and one day you will know this, " dengan itu Celine terus berlalu.
Raqib yang berada di situ hanya mampu menghulurkan simpati dari jauh. Berkali-kali dia nasihatkan Adam, tetapi Adam tetap tidak berubah. A simple break out always menjadi penyelesaian apabila kawannya itu bosan.