Fiyya mengeluh lemah melihat kerjanya yang bertimbun di atas meja. Seminggu ditinggalkan, memang bertambahlah kerja. Takcukup dengan itu, pelajarnya akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun tidak lama. Banyak kelas yang perlu diganti dan banyak subjek yang perlu dicover. Walaupun Aira telah menggantikan tugasnya ketika waktu ketiadaannya, dia tetap rasa bersalah kepada pelajar-pelajarnya.
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat. Tanpa berlengah, Fiyya terus melangkah ke kelasnya.
Habis kelas, Fiyya terus melangkah ke butik untuk menguruskan beberapa perkara. Tiba di butik, Fiyya segera menyelesaikan tugasnya yang tertunggak.
Fiyya, jom makan. Aku tunggu kau kat tempat biasaa- Aira
Fiyya mengerling jam di tangannya. 4.45 petang. Kebiasaannya dia akan pulang ke rumah sebelum jam 5.45. Tetapi dia tahu keluar makan dengan Aira akan mengambil banyak masa. Dia berkira-kira untuk menghantar whats app kepada Adam untuk memberitahu tentang itu. Setelah berfikir, Fiyya kembali meletakkan phone. Tetapi hatinya sebagai seorang isteri cepat menghadirkan perasaan bersalah kepadanya.
"Hantar jelah. Dia peduli ke tak peduli ke belakang kira, " gumam Fiyya. Dia terus menaip mesej kepada Adam.
***
Fiyya berjalan perlahan-lahan ke arah Aira yang duduk membelakanginya. Aira dilihatnya sedang leka membaca sesuatu melalui phonenya.
"Aira! " Fiyya menyergah.
"Mak kau! " hampir sahaja telefon yang dipegang oleh Aira terjatuh. Fiyya ketawa berdekah-dekah melihat reaksi Aira.
"Apa masalah kau? Tak reti bagi salam macam orang normal ke? " Aira menjeling tajam. Aira mempamerkan riak seposen.
"Sorry, Assalaamualaikum, " Fiyya sengih lebar. Suka sangat mengusik kawannya itu.
Aira menggumam geram seraya menjawab salam.
Setelah memesan makanan , Fiyya mengeluarkan telefon daripada beg tangannya. Chatnya masih belum dibalas oleh Adam. Satu perasaan muncul dalam hatinya. Hurt. Fiyya pantas menggeleng kepala.
"Kenapa? " Aira yang perasan dengan perubahan riak wajah Fiyya menyoal.
Fiyya mengukir senyuman kelat seraya menggeleng lembut."Tak ada apa-apa, " ujarnya. Ketika itu dia tidak tahu sama ada dia sedang menyakinkan Aira ataupun dirinya sendiri. Aira mengangguk. Fiyya tahu kawannya itu ingin bertanya lanjut namun Aira juga tahu bahawa dia akan ceritakan segalanya apabila Fiyya sudah bersedia.
Aira terus menukar topik membuatkan Fiyya sedikit lega. Mereka berborak dan bercerita mengenai pelbagai ragam pelajar disekolah.
Dalam asyik berborak, Aira tiba-tiba diam. Matanya asyik memandang sesuatu. Fiyya memandang kawannya dengan perasaan hairan.
"Aira? "
Aira kembali memandang Fiyya. Hati Aira diulit perasaan kesian dan sedih terhadap kawannya.
"Fiyya, aku tak tahu macam mana kau boleh kuat hadapi semua ni. "
Riak wajah Fiyya terus berubah.
"Tapi aku harap kau akan selalu kuat. He doesnt deserve you bestie, " Aira menyambung dengan lembut. Serentak itu sepasang couple masuk ke dalam restoren sama. Perempuan itu dengan selamba memaut lengan lelaki yang berada disebelahnya.
Fiyya merasakan seolah ada seseorang telah menamparnya apabila melihat wajah lelaki itu. Mata mereka bertembung. Sepasang mata yang dingin menikam ke anak matanya. Fiyya kekalkan wajah expressionless. Dia tidak mahu lelaki itu dapat melihat perasaan sedih pada riak wajahnya. Fiyya mengukir senyuman nipis kepada Adam. Dia dapat lihat lelaki itu terkejut.