Bab 9

100 6 1
                                    

Fiyya memotong bahan-bahan untuk memasak sambil mendengar lagu. Sesekali dia humming lagu kegemarannya. Sedang asyik menyanyi dan memotong sayur, Fiyya tidak sedar akan Adam yang masuk ke dapur.

"Masak apa?" Adam memanjangkan leher mengintai masakan yang berada di atas dapur.
Hampir sahaja Fiyya menyerang Adam menggunakan senduk yang dipegangnya itu.

"Adam!" Fiyya marah geram membuatkan Adam Mikhail ketawa kecil.

"Masak apa?" Adam bertanya lagi. Fiyya julingkan mata ke atas.

"Awak tak nampak atau buat -buat tak nampak?" soal Fiyya. Ingat senang-senang dia boleh maafkan Adam. Adam Mikhail mengukir senyuman senget.

"Nampak," kata Adam Mikhail dengan senyuman meleret di bibi. "Saja, nak kacau awak," Adam Mikhail terus terusan menggatal. Fiyya kerut kening. Jatuh katil atau apa Adam Mikhail ni? Selalunya pantang tengok dia, ada sahaja yang tidak kena.

"Nak saya tolong apa-apa tak?" Adam Mikhail bertanya pula.

"Tak payah," Fiyya geleng kepala. Lagipula, dia sudah hampir siap masak. Dari ekor mata, dia dapat lihat Adam Mikhail menarik muncung. Fiyya menghela nafas lemah dalam hati.

"Tolong hidangkan nasi,"

Wajah Adam kembali ceria. Fiyya menggeleng kepala perlahan. Sebaik sahaja lauk yang dimasaknya sudah siap, dia menyedok ke dalam mangkuk. Belum sempat dia mengangkat mangkuk itu, Adam laju menghalang.

"Tak apa, biar saya buat," Adam pantas mengangkat mangkuk tersebut dan meletakkannya ke atas meja makan.
Adam Mikhail menunggu sehingga Fiyya selesai membersihkan dapur barulah dia menghidangkan makanan ke atas pinggan.

Fiyya memandang Adam dengan pandangan hairan.

"Awak mimpi jatuh katil ke?" Fiyya bertanya sebaik melabuhkan punggung ke atas kerusi. Pinggan di tarik.

"Tak," Adam menjawab dengan polos. Fiyya melemparkan pandangan curiga ke arah lelaki itu.

"Okay fine. Let me be honest with you." Adam memulakan. Dia merenung ke arah Fiyya. "I want to try this. Us," ujar Adam sambil tunjuk ke arah mereka berdua. Kening kiri Fiyya terangkat.

"Maksud awak?"

"Fiyya. Saya betul-betul minta maaf atas layanan saya pada awak sepanjang kita kahwin. I hope it is not too late for me,"  sambung Adam lagi. Fiyya cuma diam.

"Saya nak cuba bahagia dengan awak. The way I treat you before because I keep been haunted by my miserable past," kata Adam, tapi dia tidak ada niat untuk menghurai lebih panjang. "So, would you like to do this with me?" soal Adam dengan senyuman di bibir.

Bibir Fiyya perlahan-lahan mengulum senyuman.

"Deal,"

Makin lebar senyuman Adam mendengar jawapan Fiyya.

"So, let's get to know each other first," Adam berkata meletakkan kedua dua belah tangan ke atas meja.

"Hai, selamat berkenalan. Saya Adam Mikhail, your husband. I'm twenty-seven years old. Like basketball, hate swimming. Emm, what else," Adam Mikhail berfikir. Melihat gaya Adam itu membuatkan Fiyya ketawa kecil.

"Why?" Adam kelihatan buntu.

"Awak mengingatkan saya pada students saya," katanya terhibur.

"I can be your students," Adam sengih gatal. Fiyya menjulingkan mata ke atas.

"Alright your turn," Adam sambung. Fiyya menghela nafas kecil.

Mengejar Cinta (hiatus)Where stories live. Discover now