Bab 2

1.1K 59 1
                                    

"Your wedding is next week, " usul Dato iskandar sebaik sahaja Adam melangkah masuk ke pejabatnya. Riak wajah Adam berubah semakin kelat.

"Jangan buat hal yang bukan-bukan Adam. No wedding, No company. Mark my words, " sekali lagi Dato'Iskandar menegaskan. Adam mengetap gigi menahan marah. Walau apapun papanya tetap berkuasa dalam syarikat itu walaupun banyak hasil titik peluhnya digunakan untuk membangunkannya. Dan segala hasil dan ideanya akan menjadi sia-sia kalau syarikat itu jatuh ke tangan adik beradiknya yang lain.

"Fine, "

Setelah itu Adam terus melangkah keluar. Dato Iskandar melepaskan keluhan kecil. Betapa sedihnya hati seorang bapa melihat kelakuan anaknya. Sejak arwah isterinya meninggal dunia dan sejak peristiwa empat tahun lepas, Adam Mikhail semakin dingin dan kuat memberontak. Sampai pening kepala Dato Iskandar memikirkannya.

Telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Membaca mesej daripada anak keduanya itu membuatkan bibirnya mengukir senyuman lebar.

-Pa, I'm coming home. I'll be back next month, -

Hampir lima tahun anaknya itu menetap di luar negara untuk menyembuhkan hati yang terluka. Rindu kepada anak keduanya itu memang tidak dinafikan.

Dato Iskandar sekali lagi mengukir senyuman apabila telefonnya berdering dan skrinnya terpapar nama baik kawannya, Haji Abdullah.

Tanpa membuang masa, Dato Iskandar terus menjawab panggilan daripada kawan baiknya itu.

**

Adam menumbuk punching bag di hadapannya bertalu-talu. Tangannya yang sakit tidak diperdulikan.

"Happy birthday baby, "

"You did this for me? Aww. Thank you so much! "

Semakin banyak memori lama menerjah fikirannya semakin kuat Adam menumbuk.

"Will you marry me someday?"

"Of course i would, "

Adam melepaskan segala perasan marah yang terbuku di hati. Dia menjerit kuat sebelum meraup kasar wajahnya.

Botol air mineral berdekatan di capai. Hatinya panas. Fikirannya bercelaru. Tapi satu benda yang pasti, Adam akan pastikan perempuan itu akan menyesal kerana bersetuju untuk berkahwin dengannya. Dia akan buat gadis itu meminta cerai daripadanya dengan sendiri.

Perempuan itu telah membuat silap besar kerana telah menyerahkan hidup dia kepada seseorang yang berhati dingin sepertinya.

**

"Abah apa ni? Fiyya tak ready lagi nak kahwin, " ujar Fiyya apabila abahnya mengusulkan cadangan untuk mengahwinkan Fiyya dengan anak kawan baiknya.

"Kalau nak ikut ready, sampai bila pun kamu tak ready Fiyya, " balas Haji Abdullah mencapai cawan kopi yang diletakkan oleh isterinya ke atas meja.

"Ummi, jangan cakap ummi setuju dengan cadangan abah? " Fiyya mengalihkan perhatian ke arah umminya.

"Ummi tak kisah mana-mana Fiyya. Lagipun betul cakap abah kamu tu. Kalau kamu tak kahwin macam mana kamu nak tahu kamu sedia ke tak? Lagipun ummi nak jugak rasa timang cucu, " balas Hajah Saleha.

"Ummi, " Fiyya menekup wajahnya menggunakan bantal kecil.

"Abah" Fiyya membuat muka kesian.

"Abah pun nak cucu jugak, " balas Haji Abdullah.

"Apa ni, ummi ngan Abah berpakat nak kenakan Fiyya, " Fiyya menarik muncung. Buat-buat merajuk.

"Abah buat semua ni untuk kamu Fiyya. Abah dengan ummi nak tengok kamu kahwin. Kami berdua ni dah tua Fiyya, " kali ini giliran abahnya pula mempamirkan riak wajah sedih. Fiyya terus serba salah. Walaupun dirinya ingin memberontak kuat namun hatinya tidak sanggup mengecewakn hati ummi dan abahnya. Namun, betulkah keputusannya ini? "

Mengejar Cinta (hiatus)Where stories live. Discover now