Bab 3

1K 64 1
                                    

"Kau okey tak ni Fiyya? Orang selalu lepas kahwin ni bertambah seri. Kau ni dah macam orang murung aku tengok, " Aria menegur. Sebenarnya hatinya agak risau dengan keadaan kawannya sejak kebelakangan ini. Hampir seminggu kahwin, tetapi sekalipun dia tidak pernah melihat cahaya kegembiraan itu terselah di wajah sahabatnya itu.

"Aku okay," Fiyya membalas lemah.

"Suami kau layan kau tak elok ke? " Aria bertanya dengan hati-hati.

"Eh tak adalah. Mana ada. Aku penat sikit je. Kan ni minggu peperiksaan, " balas Fiyya mengukir senyuman palsu. Dia tak mungkin akan menceritakan keburukan suaminya kepada orang lain.

"Betul ni? "

"Betul, "

**

Fiyya melangkah masuk ke banglo mewah itu, bahunya yang lenguh dipicit. Kereta Adam di luar menunjukkan Adam ada di rumah. Dia mengeluh lemah. Dia malas bertekak dengan Adam hari ni. Dengan kepalanya yang tak henti berdenyut dari tadi.

Lalu di ruang tamu, Fiyya melihat Adam tengah menaip sesuatu di laptopnya. Fiyya tidak ambil peduli dan terus melangkah ke bilik Adam. Badannya terus direbahkan ke atas sofa. Kepalanya yang berdenyut semakin menjadi-menjadi.

Tak lama selepas itu, Fiyya terus terlelap.

Bangun sahaja daripada tidur, jam menunjukkan hampir pukul 7 malam. Tiga jam Fiyya terlena.

"Alamak! Aku tak solat asar lagi, "

Ketika itu juga, Adam yang baru selesai mandi keluar daripada bilik air.

"Apa masalah kau ?" Adam menyoal. Lansung tiada intonasi lembut.

"Kenapa awak tak kejut saya? " soalan dibalas soalan. Fiyya mencapai tualanya. Adam mengerutkan dahi. Dia pula yang dipersalahkan. Fiyya terus melangkah masuk ke bilik air.

**

"Awak nak makan tak? " Fiyya menyoal Adam yang baru turun.

Adam tidak membalas sebaliknya terus melangkah ke ruang makan.

"Letakkan makanan untuk aku, " Adam duduk di kerusi sambil membutangkan lengan bajunya. Fiyya mencebik. Cakap baik-baik tak boleh ke?

Fiyya meletakkan nasi goreng ke dalam pinggan Adam.

"Kau tak makan ke? " Adam menyoal apabila Fiyya hanya mengisi pinggannya.

"Saya dah makan dengan papa tadi, " balas Fiyya menuangkan air kopi untuk Adam.

Adam mengukir senyuman sinis.

"Kau nak ambil hati papa? Kenapa? Nak bolot semua harta dia ke? " Adam menyindir. Fiyya mengetap bibir. Bodohnya dia berfikir Adam Mikhail boleh menjadi baik hanya kerana bertanyakan satu soalan. Adam Mikhail takkan pernah berubah.

"Malas nak layan, " Fiyya membalas selamba. Membuatkan Adam melemparkan renungan tajam ke arahnya.

"Ada apa-apa lagu Encik Suami, kalau tak ada. Cik isteri nak pergi kerja ni, " Fiyya mengukir senyuman sinis apabila reaksi wajah Adam semakin kelat.

"Dont call me that?! " Adam memberi amaran.

"Whatever Encik Suami" Fiyya mencapai handbangnya yang berada tidak jauh dari situ.

"Adam, "

"Hmm, "

Fiyya berpeluk tubuh apabila Adam hanya membalas acuh tidak acuh. Dengan selamba dia menarik tangan Adam.

"Apa masalah kau ni? " suara Adam mula meninggi.

"Salah awak tak layan saya," seraya itu juga, Fiyya menyalami tangan kanan suaminya yang ditarik tadi.

Mengejar Cinta (hiatus)Where stories live. Discover now